Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Friday, May 13, 2005

Issh ada oranglah !

Ada peserta di Kem, bukan tak ada. Saja, malas sungguh nak menulis apa dia orang buat.

Sekarang ni, tengah ada MPIK. Isnin pulak, masuk MPRM sampai Khamis. Weekend ada SK Cina Chinchin dan Kolej Komuniti. Ada jer orang masuk. Yang tak masuk, duitnya :)

Peserta buat aktiviti-aktiviti biasa jer - rakitlah, kayaklah, jungle trekkinglah, water confidencelah, obstacles-runlah ..

Bilalah nak ada grup yang nak buat aktiviti-aktiviti ekstrem - combat ker, lasak 8 ke Gunung Ledang ker, amazing race lagi ker, rakit safari route 5/6 tuh ker ... ish rindu ah, nak buat benda mencabar :)

Er, tapi SK Cina Chinchin tuh, surelah mencabar para pesertanya, kan ? Dah ler budak sekolah rendah, jenis kurang faham bahasa lagi cam 'sekolah yang tu-tu' kots ? Jenuh ah fasi, asyik kerja tiup wisel :) Nak takutkan diaorang ? Ala, mini canyon tuh tempat dia orang bermain hari-hari. Takut tokong ? Ish, takkan ler pulak. Apa cara eh, Fendie ?

Saperlah fasi bertuah yang bakal dilantik sebagai Kem Komandan grup nih ? *fasi lain, kita simpan gelak kita sampai peserta keluar, okay!*

Kalau saya, nak sahaja cadangkan fasi-fasi persatuan ayam serama bertugas. Sama kecik besor, senang sikit bebudak tu nak 'ngam'.

Hm, kalau adik pG pun okay kots ?

+++++++++++

Itulah malas menulis, nak juga menulis. Merepek-repek lah jadinya. Hari Jumaat pulak tu. Harus ditazkirah oleh Ustaz Dino ni, karang.

++++++++++

Happy Birthday, Ruddy !

Hampir lupa nak wish Ruddy. Hari ni, harijadi Ruddy Hamzah (nama sebenar dan ejaan sebenar) Dah besar dah Ruddy. Semasa mula kenal dia dulu, dia student tahun satu. Termalu-malu gitu. Malu sebab payah nak control lidah. Lama kelamaan kami biasa dengan lidah Jawanya :)

Ruddy ni best orangnya. Tabah dan berpendirian. Ada kejadian berlaku suatu masa dahulu. Hanya Ruddy seorang sahaja yang tidak terpengaruh dan tetap setia bersama kami.

Hari ni Ruddy, yang dah grad telah ada syarikat perniagaan sendiri yang dikongsi bersama Syam. Bak kata Asri , zaman sekarang bukan lagi zaman makan gaji. Zaman jadi 'tuan' pada diri sendiri. Ruddy pun dah faham, bukan senang menjadi 'tuan'. Penat kan kerja ? Berada atas bumbung, cuci tangki. Panas. Berpeluh-peluh. Tak per Ruddy, setiap peluh yang menitik tu, ada ganjarannya. Halal Ruddy, setiap sen yang Ruddy dapat tu.

Akak doakan semoga Ruddy berjaya. Tercapai cita-cita nak beli Mercedes sebelum Fendie dan Azlie grad. Hahahaha ..

Semasa saya menulis ni, Ruddy dan Syam ke ILP Pedas, jumpa seorang kawan yang telah berbaik budi menolong memperkenalkan Tangki Jaya. Ada rezeki, dapatlah kontrek cuci tangki ILP. Ada satu hotel ni pun dah booked Tangki Jaya cuci tangki hotelnya selepas cuti sekolah nanti.

*** ini adalah untuk Fen dan Lie
Ramai aweks, mak aweks mengurat Ruddy dan Syam. Menggigil nak panjat tangga, bila aweks tolong pegang tangga, bebs ! Ada seorang tu, aweks anak Pak Haji. Hantar Syam sampai kereta. Syam blush sampai petang. Hahahaha .. Seronok pergi cuci tangki. Yang tension masa hantar flyers tuh jer. Kesian korang, kena kejar anjing.

Pakdi ada pengalaman buruk juga, hantar flyers. Ada Pakcik, orang Melaka (hehe) marah dia. Memanglah kurang asam Pakcik tu. Kesian Pakdi, tension sungguh dia. Itulah adik-adik (pinjam bahasa Dino) bukan senang nak senang :)***

Ramai lagi fasi-fasi yang akan menyambut hari lahir bulan Mei ni :

Cikgu Jamsari, Toyak, Syam, Fendi, Asri, Rauf (wei, mana ilang ?), Jepun, Azim ... sapa lagi eh ? Dan mereka nih berbintang Taurus. Sama macam saya.

Orang Taurus lasak, ker ?

1 comment:

Anonymous said...

This is very interesting site... »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...