Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Thursday, December 09, 2004

UKM : Oh, minggu tanpa tuan tanah :)

Jumaat
3 Disember 2004


Sepatutnya ini minggu cuti. Minggu senang-lenang bersama anak bini dan cucu-cucu rakan-rakan. Tapi rasa kosong pula bila mahu rehat-rehat begitu saja kalau kau ini aktif orangnya.

Fon Madas dan Madas tak boleh datang. Jadi kiranya aku ganti secara sukarela.

Seperti biasa aku sampai pada waktu ayam sudah masuk tidur. Mujur ada Asri dan kereta kompeni, bolehlah datang menjemput beta aku di depan Balai Polis Tangkak. Aku memang suka tunggu depan balai polis kerana bimbangkan kehormatan diri.

Waktu tiba, semua fasi bertugas dan kem komandan bertugas dah ada. Minggu ini ada kelainan, biasanya cuma ada fasi bertugas saja namun kali ini kami juga ada kem komandan bertugas kerana Pak Let bercuti; Pak Man. Asri, Pakdi, Cica, PG, Azim, Asyraf, Toyak, Rauf dan Liza adalah fasi bertugas. Dan kira la aku sekali. Geng dapur seperti biasa Jepun, Geger, Pak Aji dan Sham.

Kumpulan sudah dibahagi sebelum aku sampai. (Alamak, aku lupa la nama kumpulan). Cuma yang pasti ada bermacam-macam warna. Ada kuning, ada oren dan warna-warni lain. 6 kumpulan semuanya. Seperti biasa, setiap kumpulan dikehendaki menyampaikan nama kumpulan, moto dan hakka masing-masing. Semua berseronok dan semua memberi kerjasama.

English proverb says:

Too much play and no learn made Jack a dull boy

Mungkin itulah maksud Pak Man. "Korang bukan budak-budak. Korang pemimpin. Kalau korang memimpin dan macam budak-budak, korang akan diperbudak-budakkan".

Bergembira sememangnya bagus. Tapi gembira tanpa kawalan buat kumpulan daripada UKM ini lupa matlamat. Kerna terlalu berseronok, tugas yang diberikan tidak diselesaikan dengan baik dan hasilnya tidak memuaskan. Pak Man memulakan sesi pertama 'brain wash' yang baik. Semua terdiam dengan nasihat dan komen yang diberi Pak Man.

Good leader learnt from mistakes. And they never make the same mistakes again.

Acara seterusnya adalah night-walk. Semua yang ada berkobar-kobar selepas mendengar ceramah. Night-walk seperti biasa dalam satu kumpulan yang besar sambil diiringi oleh fasi-fasi. Pak Man paling depan jadi peneroka penunjuk jalan.

Wah, ini kali pertama sejak berbulan-bulan tak menjadi fasi. Ada perubahan pada laluan night-walk. Perjalanan pergi melalui laluan hutan. Lalu ikut jalan tanah liat nak ke tapak war game. Barulah thrill macam ni. Berpusing-pusing dan berhalang-halangan. Masuk semak, keluar semak, lalu Grand Canyon dengan tanahnya yang putih bersih dan sunyi.

Aku baru perasan jalan bila nampak tokong Cina di tengah-tengah hutan tu. Jalan pulang masih ikut jalan tar seperti biasa. Seperti biasa juga, 'hantu-hantu' komited dalam menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Disebabkan rakan 'seper'hantu'an' aku, Khalid takde (Khalid dah buka kedai printing di Melaka, tahniah :) ), maka terpaksalah aku menjadi hantu secara solo. Mula-mula semangat masih berkobar-kobar, jadi aku tunggulah dalam semak. Tapi bila orkestra nyamuk bermula, aku keluar dan tercangak di tepi jalan.

Apa yang seronok bila jadi hantu adalah menghayati perasaan hantu itu sendiri.

Bak kata Prof Scott Peck:

" It is an enthuism for me when an entity(ghost) make funny of people".


Bayangkan manusia yang melangkah megah. Bayangkan perempuan berjalan dengan mulut tak lepas bersoksek-soksek. Bayangkan mereka-mereka yang tiba-tiba berlari selaju Micheal Johnson. Cukuplah kenangan bilamana 5 kali aku menegur mereka yang tengah berjalan, dengan niat tulus ikhlas (bukan nak mengorat,ya) sekadar untuk bertanya:


"Ramai lagi ke kat belakang?"

Lalu mulut yang macam machine-gun tadi jadi macam silencer. Diam sepi terus. Ada yang mengucap panjang. Kadang-kadang terfikir juga alangkah mulianya hantu-hantu yang sentiasa membuat manusia ringan berzikir pada nama tuhannya :)


Bila semua sudah tiba di kem, ada peserta-peserta yang menunding ke arah aku. "Itu hantunya". Alangkah tak senonohnya, sehensem aku dituduh sebagai hantu pula..


Biasalah malam pertama, siapa mahu tidur awal,kan? (Eh, korang yang fikir bukan-bukan :p )


.......................................

Sabtu
4 Dismeber 2004


Jam 6.15, semua sudah bersedia untuk menunaikan solat Subuh. Saya bangga dan kagum punya rakan-rakan semacam ini. Komited dengan solat walaupun di dalam hutan. Biasalah, imam satu takde (Ustaz Zul), maka akulah yang mengambil alih. Pagi-pagi buta itu aku mengambil peluang untuk mengucapkan selamat datang kepada para peserta sekali lagi. Sekadar menambah kemesraan dengan cara yang berbeza pula.

7 pagi, Asri memulakan senaman pagi. Melampau la Lans Koperal ni. Senaman pagi ala-ala askar dilakukan. " Tu baru sikit, Dino.." Entah, aku ni pun dah lama tak bersenam waktu pagi-pagi, padanlah jika tercungap-cungap juga.

Pukul 8 lebih, kumpulan bertugas menolong geng dapur mengisi air dan sarapan. Semua makan dan kenyang. (Bak kata Jepun : Yang ni pun perut macam stokin). No comment

Lebih kurang jam 8.30, acara Jungle Trekking bermula. 2 kumpulan digabung menjadi satu, jadi cuma tinggal 3 kumpulan Jungle Trekking saja. Pak Man seperti biasa adalah chief-de-mission. Dalam sibuk-sibuk mahu bertolak, felo-felo Kolej UKM mahu memancing. Kurang pasti samada banyak atau langsung tiada ikan yang ditangkap, cuma tahunya mereka memancing di jeti kedua.

Saya menolong Cica bersiap untuk aktiviti rakit pada waktu petang. Angkat buluh, paddle kayu (berat pula) dan kerjakan mana-mana tiub bermasalah.

Tengah hari, lebih kurang jam 12, semua peserta sudah pulang. Mereka mandi-manda di tasik dan makan. Menerima saranan saya, mereka berjemaah secara jamak dan Qasar. Dihimpunkan Zohor dan Asar sekaligus. Ini memudahkan lagi perjalanan aktiviti di petang hari nanti.

Jam 2, semua sudah bersedia untuk aktiviti berakit. Pertama-tamanya pastilah penerangan daripada Pak Man. Kemudian acara merekacipta. Seperti biasa, dengan kehadiran engineer-engineer banyaklah rekaan-rekaan rakit yang terbaru dan unik diketengahkan. Ada yang mementingkan konsep aerodinamik, ada yang cuba berpegang pada keselesaan pengguna. Saya berdiri di sebelah Pak Aji. Bekas askar ini tentulah banyak idea yang bukan sekadar bernas malahan praktikal. Saya diam saja mendengar ceramah.. :)

Letih memerah kepala untuk rekabentuk terbaik, ada acara makan petang. Malang sekali acara makan-makan ini tiada pertandingan, jika tidak pasti ramai akan berusaha bersungguh-sungguh bertanding :)

Jam 4.30 rasanya, tibalah masa untuk menguji kenderaan di treknya. Jika kereta formula One di litar Sepang, maka rakit formula One pula di tasik kem. Saya kurang pasti siapa yang menang kerna banyak sangat warnanya. Lagipun saya ini semacam mengkarung, bertukar-tukar warnanya. Mana-mana kumpulan yang kalah akan saya sokong. Yalah, kan gentleman sedikit lagaknya :p

Perlumbaan terpaksa dihentikan awal dan ada rakit terpaksa ditunda. Saya ingat warna kumpulannya tapi biarlah saya rahsiakan untuk menjaga aib mereka. Kilat memancar dan langit mula gelap.

Seterusnya pasti boleh dijangka. Hujan turun dengan selebat-lebatnya. Kalaulah diibaratkan dengan manusia, meraung merataplah jenis tangisan hujan itu. Dalam kekalutan hujan itu, kami berseronok. Mandi hujan! (Mampus kena leter bila Kak G baca ini). Tak puas lagi berseronok, Cica dengan serius bertanya:

"Budak-budak tu ok ke?"

Berlarilah kami. Macam cerita berlari ke langit pula. Cuma bezanya kami berlari ke khemah. Pelajar-pelajar UKM semuanya dah selamat bercanda di dewan kantin dan di surau. Kami ini berbasah-basahanlah menyelamatkan mana-mana khemah yang cuba dimasuki air. Memang agak lebat hujan itu hinggakan terbentuk beberapa aliran-aliran air mengalir ke arah tasik. Tapi itulah adat hidup, sudah berpanas, kita berhujan pula.


Malamnya semua dah letih. Saya mengimamkan solat Maghrib+Isyak berjamaah secara Jamak dan mengadakan sedikit tazkirah. Meminta maaf jika hujan ini menyusahkan tetamu yang datang dan mengaitkan erti kepayahan dengan alam.

Lepas makan malam (seperti biasa, masakan yang enak daripada Pak Aji and the gang), peserta daripada UKM ini melakukan aktiviti dibawah kelolaan jawatankuasa mereka sendiri. Kami? Oh, kami kan bagus-bagus semua.. Tak elok kita mengganggu majlis orang, jadi kami memerhati daripada pondok fasi. Betul, kami tengok dengan mata celik. Mana ada tidur :)


.................... (panjang sangatlah bila laporan ini terperinci. Nanti taip lagi. Lab HS ni pun buka sampai 10.30 saja. Sehingga aku rajin lagi :) )

2 comments:

Tok Rimau said...

Ahh... aku rindu pada tasik dan pokok. Cill, kau memang ada bakat jadi hantu.

Anonymous said...

Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. Wedding day blowjob Model 96 taurus .22 Mature pussy+pics dvd players region 2 clomid challenge test masking Free online rpg game called four swords

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...