Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Tuesday, April 20, 2010

SummerCamp@KLD. Hari Keempat Pt 1

Hari terakhir bersama ! Macam biasa, lepas bangun, bersihkan diri dan solat Suboh. Tiap-tiap pagi Kak Izyan kena check semua gosok gigi ke tidak :) Ustaz Ghaz pun suka sebab semua dah rela bangun pagi, tak nangis-nangis bila dikejutkan.

Pagi ni, Along punya Morning Exercise, senaman menari-nari. Ada Zapin dam Chicken Dance. Yang ni semua suka, bukan main semangat !

Streching dulu, betulkan urat-urat.

Budak cantik yang kami sayang, Mukminah dan Balqis

Belajar step nak menari ni. Exercise pakai selipar jer, sebab kasut basah

Anak dara berdua ni bukan main suka ber'chicken dance'

Happy Faces :)

Sarapan Pagi. Saya bukan masak ikut menu sangat, saya masak ikut permintaan. Pagi ni mereka nak meehoon ("pedas, tak pedas sangatlah, ye Mama"), makaroni goreng kicap dan scramble eggs. Ada juga bingka roti. Dan, tak boleh tiada, kena ada keropok goreng. Keropok ni, siang malam pagi petang kena ada sentiasa. Punyalah dia orang suka. Paling suka keropok ni, Wafiqah. Biskut pun kena ada juga.

Kucing ni, ada 3 kaki sahaja. di KLD, fasi-fasi panggil dia, BKU. BKU itu maknanya, 'Binatang kurang upaya'. Budak-budak ni semua suka kucing ni, tapi PakLet tak benarkan pegang.

Tarian Perang sebelum ke Medan Peperangan.

Posing lagi !

Mula-mula risau jer nak masuk air.



Lama-lama dah tak kisah dah.

Sukanya dapat main lumpur, kalau lah Ibu kamu tengok !

Bersungguh-sungguh tu, nak menang

Wafiq, Khalis, Amirul

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...