Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Thursday, April 01, 2010

SummerCamp @ KLD. KCS 2009. Hari Ketiga

Pagi hari ketiga, Alhamdulillah, tiada lagi yang menangis bangun Suboh. Kecuali lelaki sekolah menengah yang tidur dalam surau ber'sleeping bag', yang lain tidur dalam chalet. Abang Yanto (peserta panggil Abang Botak Garang) dan Along, yang peserta-peserta 'kurang suka' sebab garang (hahaha), tidur berdua di Anjung Kayu, atas meja, kesejukan sebab hujan menjaga keselamatan adik-adik semua. Hari pertama lagi Boy dah kena denda dengan Along sebab masuk air (selepas WC) dan buka BA. Walaupun pandai berenang, undang-undang tetap undang-undang. Aiman pun kena denda sama. Tahu telinga sakit dan sudah dilarang masuk air, masuk juga. Nahaslah kamu, Along dengan Yanto bukan boleh bawa berunding hal-hal keselamatan ni. Kenalah denda.

Suboh dengan Abang Ghaz yang semua sayang. Ustaz ni best, kan ?

Selepas Suboh, hari ni kami ke Canyon, menikmati udara pagi yang segar tetapi sejuk !


Haziq Kecil belakang tu. Dia letih pagi ni. Lepas solat terlelap. Ghaz biarkan dia tidur semasa Kuliyah Suboh.


Sabrina yang comel ni memang pandai posing. Sabrina sewaktu kecilnya antara peserta paling muda pernah ke Kem. ( Dia ikut group Geng Jurnal)

Matahari mula menyinari Canyon

Gunung Ledang di kejauhan. Nun sayup kat belakang tu. Suka mereka kami bawa panjat Bukit Tuah.

Exercise dengan Along. Gerakkan tangan. Tangan nak pakai berakit nanti.


Ini Adam. Tok Batin. (Kawan-kawan panggil dia macam Stacy panggil, 'Adammm')

Haziq yang letih. Ni nak cerita rahsia Haziq. Dia sebenarnya minum susu botol. Jadi Mama dia yang perihatin, setiap hari datang, bawa susu. Dan setiap hari bila offer, dia tak mahu minum. Dan Haziq terus berhenti minum dari botol. Tahniah Haziq ! Haziq ni disayangi oleh semua orang.

Balik ke Kem

Haziq tidur masa kawan-kawan ikat rakit. Kesian dia mengantuk.


Ikat rakit dengan Abang Yanto. Semua orang buat sama-sama.

Apa yang penting ? Kerjasamaaaaaa

Posing lagi. Ala rockers lah tu !

SummerCampers ! Aye, aye, Chief !

Doa, dengan Abang Ghaz, sebelum mula aktiviti.


Kerjasama lagi. Semua angkat rakit, diperhatikan oleh Kak Izyan

Mula berakit.

Saya sayang mereka semua ni !

Haziq, Aiman dan Wafiqa.



Mereka semua berakit. Saya dan Pak Let dalam bot. Ambil gambar dan jaga keselamatan. Yan dengan MB, satu kayak. Fina dan TJ, satu kayak lagi.

TJ bawa bekal gayung. Ada sebabnya !

Dah nak mula ....

Perang air !

Habis semua lencun, tapi seronok !

Kami masuk ke sungai nak ke kolan ikan. Laluan yang sama, jika peserta-peserta adalah dari Universiti. Anak-anak kecil 6, 7 dan 8 tahun ni amat hebat. Mereka mendayung sama. Jika ada peserta yg dtg ke KLD dan kata tak larat, memang kami tunjukkan gambar-gambar anak-anak ini. Bina, Syiqah, Balqis semua mendayung !


Masa ni Mukmin cramp kakinya. Along angkat dia dan serahkan kepada kami berdua. Mukminah duduk bersilang sebab pegang Haziq Kecil. Dia takut Haziq jatuh !


Dah sampai kolam ikan. Kami melawat kolam ikan yang bernilai ratusan ribu ringgit.

Banyaknya ikan !

Mukmin tak larat nak jalan. Along kena dukong.

Abang 'Botak' jaga jer jangan ada yang nak ketepi air :)

Masa untuk balik ke Kem ! Dan makan tengahari :)


Bos kami dengan wisel :) Menjaga keselamatan anak-anaknya.

Hebat ! hebat ! hebat !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...