Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Sunday, April 11, 2010

SummerCamp @ KLD. KCS 2009. Hari Ketiga. Bhgn 2

Selepas makan tengahari, solat Zuhur dan tazkirah, aktiviti kayak pula. Semua pergi kecuali yg kecil-kecil, Tahun Satu - Fina, Wafiqah dan Haziq. Walaupun tak dapat berkayak, Along bawa kami naik Bot. Kak Yan pun ada, pegang Haziq. hehe.




Along bagi penerangan mengenai Kayak dan Abang Yanto buat 'praktikal'nya. Tahukan anda, 12 buah kayak, digerakkan oleh Abang Yanto seorang, sahaja. Kagum kami.



Kami bersedia dengan membuat 'rafting'. Kami kena pegang kayak kuat-kuat, kalau tidak nanti, orang yang bergerak, boleh jatuh.

Abang Yanto berjalan atas 'raft' kami.


Pusing pula.

Ini ada pengalaman pertama kami, berkayak. Seronok sangat. Tambahan pula, abang-abang Fasi bagi kami penerangan yang jelas, ditambah dengan demonstrasi, senanglah faham. Pak Let ada beritahu, dia sentiasa percaya kepada perpatah Cina ini,

"Tell me and I forget. Show me and I remember. Involve me and I understand."

jadi begitulah caranya Pak Let mengajar kami, semuanya kami kena buat, barulah ada pengalaman dan nanti boleh pandai :)

Ini semasa Abang Yanto pusingkan kayak-kayak kami seorang diri


Lagi demo oleh Abang Yanto


Dah dibenarkan berkayak sendiri. Tapi dalam kawasan yang Along benarkan sahaja. Jangan melawan perintah, garang Mamat Abang Fasi ni. hehe



Satu demi satu kayak keluar untuk kami main kayak. Keselamatan tetap dijaga sentiasa. Angah, Abang Yanto dan Abang Ghaz menjaga kawasan, Along dalam Bot memerhatikan kami.


Dah petang, kena pulang T_T


Dah sudah main, kena simpan 'toys'. Sama sahaja di sini, dah sudah main kayak, kena susun semula di tempatnya. Kecil, besar, lelaki, perempuan, berkerjasama.


Nasi Ayam Mama G


Selepas solat Maghrib, makan malam dan rehat sebentar sebelum solat Isya'. Semua kacak-kacak berbaju Melayu :)


Makan malam sambil berbincang hal-ehwal negara.

1 comment:

icam said...

Bat, lepas ni boleh ajak geng-geng tebat buat refreshment kat Medan. Hidup kat sini ok juga. Makan senang pasal banyak restoran Nasi Padang dan Restoran Sunda. Roti canai, teh tarik pun ada. Semua adaaaaaa......

Kalau nak cuti kat medan contact kita bat. hp 0811-642365.

Salam buat sekeluarga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...