Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Tuesday, June 30, 2009

Tapak Khemah dan Musim Durian di KLD

Sila klik pada gambar untuk besarkan gambar.

Kerja keras anak-anak saya, sangat hebat. Paling kesian semasa menebang dan menaikkan Kayu Tembusu yang sangatlah berat itu.

Info : Antara ciri fizikal Pokok Tembusu Kayu: merupakan sejenis kayu keras berat, tahan lama, dan sering digunakan dalam industri balak.

Selain dari letak Pintu Gerbang ke Tapak Perkhemahan, setiap tapak khemah telah diikat batu dan dipenuhkan blok itu dengan pasir. Jadi, selesalah nak tidur, bagaikan berkhemah di tepi pantai :)

Blok untuk lelaki, kami letak nama-nama Bukit di Melaka dan blok-blok perempuan pula kami letak nama tempat bermula dengan nama 'Ayer'.

Kita tengok gambar, yer !

'Bukit Baru'

Tapak Khemah, hampir waktu Maghrib

Dalam hutan cepat gelapnya. Kami mula pasang lampu sebelum pukul 7 malam.

Masa ni Belia Alor Gajah sedang camping

Ini Tapak untuk Puteri - 'Ayer Paabas'. Tapak untuk Puteri, besar-besar, boleh memuatkan lebih 10 khemah setiap blok.

Tapak khemah, belakang tu Tasik. Kawasan tapak perkhemahan kami nyaman, sejuk sebab di bawah pokok-pokok dan dikelilingi pula oleh air

Dekat pagar tu, anak-anak teruna saya tanam pokok bunga ixora

Tapak Puteri, blok yang depan sekali. 'Ayer Paabas'

'Bearverly Hill' hehe

'Bukit Cina'. Abaikan daun-daun tu, pic nih saya ambil tadi (Tue). Pak Tua sapu campingsite pada hari Khamis. Jadi, campers masuk hari Jumaat, semua sudah bersih dan kemas.

Anak-anak teruna saya dengan Pak Tua. Dari kiri, Pak Tua, Fadly (UPM), Harry (UPM), Acid (UM), Amir (UiTM). Kacak, bijak, warak, lasak, pandai masak dan juga pandai kerja kontrak !

Masa kami sibuk-sibuk bekerja ni, itik liar ni, sibuk juga berenang keliling tasik. Comey mereka ni, ada lebih 10 ekor.

Hensem lah tuh !

Musim Durian

Di Kem tak de pokok durian, tapi kat rumah ada. Bawa ke Kem dan masak bubur kacang durian.

Si- Ika kalau durian, mak mertua lalu pun dia tak nampak !

Posing kat dapur - MB, TJ dan Ika

Seperiuk nasi (periuk nasi yang boleh masak untuk 100 orang makan) bubur durian.

Durian

MB, pakar kopek durian

2 comments:

ARP Daerah Jempol said...

Wah dah siap pun tapak khemah tu yer....Cantik nampaknyer....

aidafiqs adamia said...

aunty..sedapnye durian tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...