Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Thursday, June 04, 2009

Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda NS

Penyapu Pak Tua penyapu lidi
Penyapu lidi menyapu jeti
Terima kasih ARP, kerana sudi
Ke KLD di alam realiti


Kami berkenal sejak 2006 lagi. Dan Amir pula, lebih lama mengikuti perjalanan Blog Dari Hutan Ini dan Kem Lambaian Danau. Tapi cuma di alam maya :) Walaupun Jasin-Jempol taklah jauh, tidak pula sekali pun kami cuba untuk bertemu hehe.

Hari Jumaat lepas, baru kami bertentang mata. Cewah ! Yang terperanjatnya Pak Let. Semua orang keluar kereta/bas dan terus salam tegur dia, "Pak Let". Mana lak budak-budak ni kenal dia, panik dia kejap. Rupanya, kami idola mereka. (Ambil yg okay jer tau, yg kami tak okay, jgn ko ikut - kita orang ni pun bak kata Cicha, sengal jugak sikit-sikit !)

Amir dan Geng ARP Jempol datang camping di KLD. Masa dia datang saya sibuk di dapur bersama TJ dan Fad (dua-dua lelaki yer) main masak-masak. Atas sebab setiap minggu bermain masak-masak dengan abang-abang hebat ni, itulah pasal blog ini tidak berupdate. Tapi mulai sekarang, insyaAllah boleh update tetiap minggu sebab Mbak Ika dan Mbak Fina sudah kembali merampas pejabat mereka. Tidak perlu main masak-masak secara hebat lagi di dapur. Er, lari topik lak. Maaf ye, lama tak update, tak reti lak nak menulis :)

Ok, back to Geng ARP Jempol .

Macam yang saya cuba terangkan di atas. Saya mengenali Amir dari ARP Jempol dari blog sahaja. Tanya-tanya khabar, tanya-tanya pasal barang camping, gitu-gitu sahaja. Sampailah satu hari, Cik Siti datang untuk booking, nak camping di KLD.

Peserta jumlahnya 80 orang, pegawai-pegawai merangkap Fasilitator pun ramai juga. Mereka cuba ambil beberapa aktiviti sahaja, tak perlukan pengendalian sepenuhnya dari kami.

Dah orang outdoor semuanya, sekejap sahaja, kami dah rapat. Maklumlah, 'satu kepala'. Siap ada kembar-kembar nya lagi - kembar suka makan, kembar mandi pakai Axion .. heheh. Dressing pun lebih kurang jer kami semua - pakai kasut getah menoreh jer :)

Ni info menarik nih. Kalau anda geng outdoor ataupun anda hiking/tracking guides, kalau anda lihat guest anda pakai kasut baru Timberland ker, Nike/Adidas Tracking Shoes bawak lak beg Deuter baru mahal-mahal. Senang kerja tuh ! Kalau panjat gunung sure tak sampai atas, kalau tracking pun bawak jer la tempat-tempat senang .. hehe. Tapi kalau dia pakai kasut menoreh jaga baik-baik, takut stamina dia lebih baik dari anda, jenuh kang nak maintain jadik hero. hehe. Tu yang bila kami beradventure kena ada Cicha, dia pakai seliar Tat Sing dan bawak beg plastik jer. Takut guides semua tengok wooo heheh

Tau tak menoreh apa ? Astaghfirullah al-Azim. Jauhnya saya merepek. Nantilah yer, belajar blogging balik semula.

Sementara tu, tengok gambar-gambar yang curi dari Blog Amir.

p.s Salam dari kami semua di KLD : Pak Let, Mama G, anak-anak kami Along, Angah, Nadzrin dan Nana, Cikgu Wan, Abang Cicha, Abang Toyak, Fad, TJ, Pak Tua, Ika dan Fina (Ika dan Fina sempat masakkan Ayam Cili berempah masa hari akhir kamu)

p.s.s. Geng KLD kata Team ARP Jempol : Amir, Cik Siti, Haidil, Fami, Encik Kamarul, Pian, Syida dan semua memang best !


Di Anjung Tuah. Amir bersama adik-adik

Berakit puas-puas yer ! Tasik kami luasnya 105 ekar, penat semuanya nak berdayung

Berenang puas-puas jugak. Sessi Water Confidence

Anak-anak gadis Jempol ni cantik-cantik, kan ?

Cicha mengajar peserta mengapungkan diri. Jangan tanya banyak-banyak, kang Cicha 'hang'

Menunggu giliran nak masuk tasik

Cicha menerangkan fungsi Buoyancy Aid, carapakai dan keselamatan di air.

Posing dengan Rakit Made In KLD

hehe. Orang kampung tak konal laei den


Jumpo Laei !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...