Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Friday, June 22, 2007

Apsere Adventure Taman Negara Pahang. Day Two

Genglasak KLD dalam River Taxi. Sekarang harga farenya dah naik RM 1:00 satu perjalanan. Yang bumbung hijau tuh 'floating restaurant'. Harganya reasonable dan masakan goreng-gorengnya ala Thai.

Hello from Taman Negara Pahang !

Suka gambar ni :) Faiq, Qistina dan Along dalam River Taxi

Lepas breakfast, patutnya rehat dulu.

Tapikan kami ni, mana reti rehat ! Fik and Team suggest kami gi Canopy Walk after lunch dan pagi ni, swimming time ! Tak sabar nak mandi manda :) Kami nak mandi di Lubuk Simpon. Lubuk Simpon airnya cantik tetapi arusnya deras. Atas nampak okay, tapi dalam - kena berhati-hati. Tahun lepas, tak lama selepas kami balik dari Taman Negara, ada berita 2 orang pelajar Kolej Matrikulasi Pahang lemas di Lubuk Simpon. Jadi, kami berhati-hati walaupun ramai antara kami mempunyai Sijil Menyelamat. (recognised di seluruh dunia) Kami bawa Buoyancy Aid dari Kem.

Dalam perjalanan ke Lubuk Simpon, singgah di Tourist Info Centre di Mutiara Resort. Alahai, sombong nyer lak Mamat yg jaga kaunter tu. "Naik seorang jer !" jerkah dia. hehe. Macamlah kami nak dengar cakap dia. Hangin gak, bila mat dan minah Salleh (backpackers) yang bau kepam tak mandi sebulan tuh dia kemain layan lagi. Ni negara kami, dan kami sangat-sangat faham yg tiada undang-undang kata yg kami tak perlu dilayan. Beb, tu pasallah kami layaannn habis diri sendiri kat situ. Harus ko nyesal, kan bang ?

Trekking ke Lubuk Simpon. MasyaAllah best tol hutan Taman Negara. Hijau, hijau, hijauuuuuu semuanya ! Jalan agak kurang selesa sebab lecak akibat hujan malam sebelumnya. Ada pacat, tapi ludah dan tarik jerlah.

Akhirnya sampai jua ke Lubuk Simpon. Terjun time ! Syafiq, Toyak dan Zali pi test air sebelum yang lain terjun. Abang Sham tunggu bawah sikit untuk tujuan rescue jika ada apa-apa berlaku. Jadi, jika ada pembaca yang ingin mandi kat Lubuk Simpon, tolong ambil langkah-langkah keselamatan. Kalau anda bukan perenang yang baik, jangan sesekali mandi di situ.

Masa untuk mendengki. Lepas seorang, seorang kena baling masuk air. hahahaha.

Hampir pukul satu. Masa untuk balik ke TVC.

Makan time ! Hajah Rosnah masak Patin Tempoyak, sambal serai cili padi ikan bilis dan tah apa lagi. Tapi semuanya sedap.

Fik beritahu Canopy Walk tutup pukul 3 petang, jadinya petang tu aktiviti kami Rapid Shoooting Sungai Tembeling ke Sungai Abai. Visit Orang Asli Settlement dan minum di Nusa Camp.

Alamak, we were to go in two boats. Dua-dua besar. Yang baru firstime ke Taman Negara, tak faham, kenapa Pak Let susah payah nak se-bot dengan budak-budak jahat. hehe. Nak main 'wargame' lah.

Belum pun jauh, habis semua orang basah kuyup. Yang kesian, one family ni - dia konon-konon nak dekat dengan kami. Sudahnya dia sekeluarga yg teruk berbasahan !

Macam mana kami main wargame ? Motif = Basahkan musuh. Senjata = apa sahaja. selipar boleh, cap boleh, paddle boleh, kaki, tangan .. apa sajelah !

Habis kuyup ! Dalam bot ni semuanya GengBaik yang baru firstime berApsere. Tengok muka Kak Zu dan Blue yg tak faham apa-apa tapi dah basah kuyup !

GengJahat dalam satu bot. Depan yg menyorok tuh, Kucai ! Dia ngan Syafiq lah paling jahat sekali. This time, Alhamdulillah tiada lagi sejarah selipar hanyut di perut Sungai Tembeling.

Kami berhenti di Pertempatan Orang Batek di tepi Sungai Tembeling. "Dulu abang duduk kat atas sana, kan ?" Toyak menyoal Tok Batin. "Baru pindah, ada orang meninggal". Begitulah mereka, jika ada ahli yang meninggal dalam masyarakatnya, mereka akan berpindah ke tempat lain.Bergambar dengan kawan-kawan kami. Mereka pemalu tetapi dengan kami semua, okay ngan jer nampaknya.

Dalam rumah kawan. Dari kiri : Datin N, Datin Q, Ronaldinho, Zul, Ghazali. Depan : Ayin dan Syafiq.

Kami mencuba menyumpit (blowpipe). Okaylah, ada yang melekat, ada yang hampeh ! Juga cuba untuk membuat api. Syafiq sahaja yg berjaya sehingga api menyala. Yang lain, setakat asap-asap jer.

Boss tengah menyumpit buat kali kedua diiringi dengan kutukan bertan-tan banyaknya. Nasib kali kedua, dia aim cantik jer kat kotak Dunhill tuh.

Selepas kunjungan ini, kami ke Airterjun Sungai Abai - mandi manda. Sejuk giler mengigil dengan hujan yg turun, kami panjat bukit ke Nusa Kem untuk minum minuman panas.

Main Raja Botol ! Punyalah takde keje, kan ? Ni Ice Breaking gak ni. Mandi dalam air ais dalam hujan !

Jambatan Gantung ke Nusa Kem.

Balik ke TVC. Siap-siap dan makan malam.

Malamnya aktiviti kami cuma merangsang otak kanan. Haruslah naik sem ni, semua bergeliga ! Sampai pukul 3 beb, exercise otak :)

to be continued in day 3

1 comment:

Kuriee said...

macam mana nak dapatkan pakej ke taman negara pahang ni.. harga pakej ok ker?? ada conteact phone sesaper tak yang boleh saya contact untuk tempahan atau pertanyaan harga???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...