Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Tuesday, September 26, 2006

Untuk si-Budak Tembamz

Semalam, Bamz minta resepi berbuka puasa dari saya. Tembamz yang saya kenali, memang rajin ke dapur walaupun kurang pandai memasak. Sekarang, dah kena jadi tukang masak di rumah, dah pandai sikit, kots, Bamz ? Er, Bamz, kebetulan tadi Pak Haji Berahim singgah di Kem, pam tayar motorsikalnya yang pancit (dia baru balik dari kutip sekerap getah) dan ramai-ramai fasi, ko pulak yang ditanyanya :) Maybe sebab ko pembantu favourite Pak Haji di dapur, kan ? Atau ada gossip-gossip yang akak tak dengar ? Maklum ler marrying old rich man is the 'in-thing' sekarang, kan ? Orang tua tuh kaya, kebun getah banyak .. hehehe. Leh lah minta hantaran 9999999 . Eh, nombor nih, orang lom booked, kan ? 2 dah, 3 dah, 4 dah. hehehe.

Sorry ye pada jejaka-jejaka yang sedang menaruh harapan kat Bamz, ni gurau jer nih.

+++++++++++

Ok, jom kita main masak-masak.

Resepi hari ni, puan-puan sekelian, ialah Tepung Pelita, versi paling mudah sekali. 20 minit dah siap jer Puan. Dan bahannya murah dan mudah didapati.

Bahan-bahannya :

1. Kita siapkan adunan-adunan tepungnya dahulu.

Untuk Lapisan Hijau :
1 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir (boleh kurangkan, kalau tak suka manis)
5 cawan air
5 helai daun pandan, diblend dengan sedikit air, perahkan, tapis dan ambil airnya sahaja.
secubit kapur
Cara: Campurkan semua bahan di atas dan kacau rata. Biarkan dahulu.

Photobucket - Video and Image Hosting

Untuk Lapisan Putih :
4 cawan santan (dari sebiji kelapa)
6 sudu besar tepung beras
sedikit garam
Cara : Campurkan semua bahan dan gaul rata. Garam tu, biar terasa sikit, baru kick lemak santan.

Photobucket - Video and Image Hosting

Lapisan Air Gula :
(Tak nak letak pun tak apa. Nanti kuih manis sangat. Tidak elok untuk kesihatan anda. Tapi kalau letak, sedap lebih lah kuih nih. )
1/2 biji gula melaka
1/2 cawan air
Cara : Masak hingga pekat. Dah masak ratakan dalam loyang seperti gambar ini.

Photobucket - Video and Image Hosting

2. Masak Lapisan Hijau. Kacau tanpa henti atas api hingga masak, berkilat-berkilat macam gambar bawah ini.

Photobucket - Video and Image Hosting

Dah masak, ratakan dalam loyang si atas gula Melaka tadi.

Photobucket - Video and Image Hosting

3. Masak pula Lapisan Putih. Kacau tanpa henti hingga masak.

Photobucket - Video and Image Hosting

Ratakan atas Lapisan Hijau.

Photobucket - Video and Image Hosting

Ni dia dah sejuk dan sudah siap untuk dimakan. Tak boleh potong yer, Puan-Puan. Kena cedok-cedok sebab terlalu lembut. Tepung Pelita ni sebenarnya caranya ialah diletakkan dalam bekas-bekas daun pandan/daun pisang yang comel-comel itu. Disebabkan saya fail bab membuat bekas itu, maka inilah versi saya yang mudah dan senang.

Dalam mulut, sama saja, kan Bamz ?

Pelajaran selanjutnya ialah Creme Caramel. Jika Cik Bamz teringin resepi apa-apa, silalahh beritahu.

Selamat Memasak. Salam Ramadhan Al-Mubarak.

2 comments:

Anonymous said...

wawawaa..kena terai nih.Selamat bernenas batu ek kak.

mira said...

salam kak g. mira cilok resipi ni tau! mekasih.. :)

selamat berpuasa kak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...