Biarlah, budak comel punya pasal, sangguplah Mama G tulis lagi !
SK Sri Duyong dibawa oleh Kaunselor mereka Cikgu Dahlela. Dahlela beserta Cikgu Fitri, Cikgu Ujie Hartini dan Encik Fakhrin merupakan bekas fasi KLD. Satu batch semua tu. Dahlela dulu student UM, Fitri dan Ujie budak Sains Sukan, UPM dan Fakhrin, budak Computer Science, UiTM. Eh, semua dah kawen dah, kecuali Fitri. Bilalah Mamat hensem, muka sweet nih nak kawen ? Fakhrin ada sejarahnya di sini. Dia merupakan Mat Bunga pertama KLD sebelum takhta tuh dipegang Fendi dan sekarang, the present Mat Bunga tentulah Abang Piling :)
Okay, back to budak-budak comel SK Sri Duyong. 80 orang Pengawas dan Ketua Kelas yang berumur 9 hingga 12 tahun. Mereka masuk Sabtu 25 Mac dan pulang pada Ahad 26 Mac. 2 hari 1 malam
Sebaik selesai upacara penyerahan dari pihak sekolah ke Kem. Kami mulakan aktiviti pasang khemah. Abang-abang fasi yang pasang sebenarnya. Dah tinggi pun tak sampai had pintu khemah, macam mana nak pasang pole dan letak flysheet.
Selesai semuanya, acara Ice Breaking. Berkumpul di Anjung Kasih. Bahagi-bahagikan kumpulan. Lantik Tok Batin dan Mak Dara. Bila Pak Let cakap boleh mecalonkan diri - hampir separuh berdiri, ingin bertanding. Puas juga Abang Toyak, Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya Kem memilih calon-calon yang sesuai bertanding. Untuk Pilihanraya kecil kali ni, syaratnya calon perlu berumur 12 tahun pada tahun ini. Ramai juga cukup syarat. Pengundian dijalankan dan Ketua Pengawas dan Penolong Ketua Pengawas terpilih.
Sudah ada kumpulan, kerja kumpulan diberikan. Buat ikat kepala bertulis nama masing-masing. Setiap kumpulan dapat kain berlainan warna. Lepas tu kena fikirkan Moto Kumpulan. Pak Let bagi 15 minit untuk buat kerja.
Selepas 15 minit, presentation. Ketua Kumpulan kenalkan diri. Check ikat kepala, semua bagus dan molek.
Pak Let : " Moto kumpulan adik ? "
Ketua Kumpulan : " Motobot "
Pak Let : " hah ? "
Pak Let : " Kumpulan lain ? "
Dan terdengarlah kami moto-moto mereka. Moto Polis, Moto Keris, Moto Honda, Moto Rola ... Adoi, macam nak mati kami gelak. Tak faham rupanya. Pak Let bagi contoh kat mereka, sebut Moto Polis dan lain-lain. Mereka akhirnya dapat juga mencipta moto masing-masing. Sangat original. Antaranya,
" Berkawan Mengeratkan Silaturahim"
" Berilmu, Beragama, Berjihad"
" Jatuh Sekali, Bangkit Berulang-ulang Kali "
Yang last tuh, kami tak faham. " Kenapa bangkit berulang-ulang kali. Tak boleh jatuh sekali, bangkit sekali ker ? " Pak Let cuba berdebat dengan Ketua Kumpulan. Nasib baik akhirnya Pak Let insaf. Tiada gunanya berdebat berhabis-habisan kerana akhirnya akan terpaksa setuju dengan pendapat mereka. Mereka akan gunakan berbagai alasan. Berbagai contoh - dari Mawi, dari Aznil, dari ShinChan, dari Atok kita, Mak kita, Abah kita ...
Selesai, Pak Let serah semula kepada Asri. Awek-awek sekelian, Asri ialah calon suami mithali. Cukup sabar dia dengan keletah peserta. Semua fasi pun sabar juga walaupun banyak cabarannya :) Ni dari abang Azlie, Pening sume fasi nak kena jaga diog nie.. Bukan nya dengar kata..Al maklumlah kan budak2 sekolah..dari darjah 3 sampai darjah 6..tp xrmai sgt cuma 80 org je kalau x silap aku..tp penat macam jaga 300 org..fuhhhh
Masa untuk makan tengahari. Didi, Cicha, Wau, Donny, Mustapha dan Raup, ex-fasi kami yang dah kerja, yang gaji besar lebih 3K ( bila mo belanja kami ? ) sendukkan makanan. Bila semua dah dapat makanan, Asri suruh baca Doa makan dan ajarkan menjemput makan. Dengan comel, lemah lembut dan bersopan santun, mereka menjemput. " Jemput makan Pak Let, Mama, abang-abang fasi, kakak-kakak fasi, cikgu-cikgu ..... " Bila selesai dan Asri kata, " Silakan makan". "Yeayyyyyyyyyyyy .... ", dah mula bising semula.
Aktiviti-aktiviti yang dibuat untuk mereka, yang senang-senang sahaja. Water Confidence dan Obstacles Run (versi mudah). Kena pentingkan keselamatan. Kalau biasa untuk Pilot Splash, 3 orang sahaja yang jaga tapi hari tu yang menjaganya Toyak, Kucai, Asyraf, Mustapha, Donny, Wau dan Mustapha.
Malam, kami buat juga Night Walk. Tapi jalan dekat. Dan PakLet melarang fasi dari mengganggu peserta. Kami cuma berdiri di tempat-tempat yang ditentukan dan diam sahaja. Berdehem pun dilarang :)
Comel sungguh mereka. Sambil jalan, sambil munajat, sambil mengaji. Harus khatam muqadam malam tu. Penat juga tahan hati, tidak menganggu mereka. hehe.
Malam tuh juga fasi tidur dengan adik-adik. Mustapha dan Didi tidur dengan budak perempuan di Anjung Kasih. Kami selimutkan mereka. Wau, Azim dan Donny tidur di surau dengan budak lelaki. Yang lain, meronda dan berjaga ikut giliran.
Kami memang seronok sangat dengan mereka. Sampai hari ni asyik teringatkan si-kembar Arif dan Alif juga Azrul yang comel giler. Alahai, semua comel-comel !
+++++++++++++++
Didi dan Mustapha nih perempuan dan ini bukan nama sebenar. Nama semasa jadi Trainee.
+++++++++++++++
Jangan lah hilang lagi entri ni weh !!!
2 comments:
a'ah... entry yg neh...
sayang kak g kat dorang, ghajin taip balek.. ^_^
You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it Best shoes for eliptical workout Lesbian hardcore xxx pics Large sport bras http://www.american-tv.info airline jobs Texas disability lawyer Vw tuareg diesel taillight wiring location 2002 jeep liberty limited http://www.conference-calls-3.info Bionaire humidifier bcm7204 credit report Domaine de la riviere Guardian security systems craps printers http://www.pain-relief-tramadol.info
Post a Comment