Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Friday, October 22, 2004

Kak Pah dalam Kenangan

Innalillahi wainna ilaihi raji'un....

Entah bagaimana nak memulakan pun tidak tahu.

Hari ni seluruh warga Kem kehilangan orang yang kami hormati dan sayangi. Pak Man, Jurulatih Kanan Kem telah kehilangan isteri yang tercinta, Kak Pah. Kak Pah telah meninggal dunia pada pukul 2.10 petang, hari Jumaat, 8 Ramadan, 1425 Hijrah.

Pada keluarga Kem, setiap ahli keluarga mereka juga keluarga kami. Isteri Pak Man bagaikan kakak kepada kami semua. Kak Pah yang suka gelak, Kak Pah yang pandai masak. Manalah lagi kami dapat makan pizza special buatan Kak Pah, apam gula hangus, koci labu dan berbagai makanan yang selalu di beri pada kami.

Sebaik tahu berita sedih dari bekas fasi Kem, Zack MRSM - saya, Jepun dan Abang terus sahaja menelefon fasi-fasi lain, menyampaikan berita sedih.

Jepun, Toyak dan Geger ada di Kem. Kami semua masih membuat kerja-kerja maintenance Kem. Hari ni cat dewan-dewan semua.

Suruh semua mandi, saya balik untuk bertukar ke baju kurung dan semua terus sahaja ke rumah Pak Man.

Sebaik sampai, Pak Man peluk Abang dan saya peluk Syafiq. Syafiq sebaya Amir, anak saya. Pak Man dan arwah punya 2 orang anak sahaja - Nini dan Syafiq. Nini 20 tahun dan Syafiq, 15 tahun. Pak Man minta saya pujuk Nini. Macam manalah nak pujuk .. Nini menerkam saya dan kami berpelukan. Saya buka kain tudung yang menutup wajah yang selalu manis, selalu riang tu. Wajah lembut tu seperti tidur, tersenyum manis seperti sewaktu hidupnya.

Tidak sakit, berita pemergiannya memeranjatkan kami. Kak Pah meninggal dunia semasa tidur, sekali sahaja kata PakMan dia menghembuskan nafas akhir. Senang sungguh Kak Pah pergi. Orang baik begitulah. Kak Pah dulu semasa arwah ibunya sakit, dia yang jaga. Sekarang dia menjaga ibu mertua. Lama selepas arwah Pakcik Tawi (ayah Pak Man) meninggal, Kak Pah di rumah mertua menjaganya. Barulah beberapa bulan ni balik semula ke rumah mereka. Kak Pah masih muda, baru berusia 45 tahun.

Dia tidak bekerja. Surirumah sepenuh masa. Hidupnya untuk anak-anak dan suami. Dia memang isteri yang baik.

Sekejap sahaja warga Kem telah berkumpul - Pak Haji, Ustaz Zul, Cikgu Jamsari, Cikgu Yaya, Muafa, Toyak, Geger, Jepun, Cica, Abob dan Along Yusuf. Asri telefon, beritahu dalam perjalanan balik ke Kedah.

Buat kali terakhir kami membantu Pak Man menguruskan isteri tersayangnya. Jenazah dimandi dan disembahyangkan di rumah, lepas tu di bawa pula ke Masjid Kesang sebelum disembahyangkan dan dikebumikan dekat makam ibu Kak Pah. Pukul 8.10 baru semua selesai. Abang bawa semua budak-budak tu makan. Berbuka puasa tadi cuma berkongsi sebotol air yang Muafa bawak.

Hari ni saya semakin dewasa. Abang saya Man, yang saya lihat kuat gagah selalu juga seperti manusia lain. Dia adalah tempat mengadu kami suami isteri. Di saat kami susah, dikala kami berdua ditimpa musabah dialah suami isteri yang membantu walaupun 'just be there for us' sahaja. Hari ni air mata kami berdua gugur melihat Pak Man dengan Nini dan Syafiq. Hancur hati melihat mereka bertiga mengucup arwah sebelum dikafan sepenuhnya. Tapi, kita adalah hakNya bila-bila sahaja boleh dipanggil pergi. Kak Pah dijemput pulang pada hari baik, bulan baik semoga dia beroleh kesejahteraan yang dijanjiNya.

Saya bawa bersama anak saya Amir. Amir dan Syafiq berkawan sejak dari kecil lagi. Suruh dia belajar solat jenazah. Walaupun tahu, tapi tak pernah lagi buat. Beritahu dia, nanti kalau Mama yang pergi, Along tahu solat. Dia peluk saya.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan beliau bersama orang yang soleh.

6 comments:

LiTtLe^m3 said...

kak g,sampaikan salam takziah pd pak man.

ep said...

Gee.. Innalillahi wa inalillahi ro'jiun. Tolong sampaikan salam takziah ep kepada Pak Man.

Tok Rimau said...

Al-fatihah. Takziah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

spyz said...

Alfatihah. sampaikan salam takziah saya pada pakman sekeluarga.

Marilyn said...

Al-fatihah. Salam takziah saya untuk pak man dan keluarga. Orang baik selalunya pergi dahulu sebab Allah sayang mereka lebih daripada orang-orang jahat.

Zareda Norman said...

al-fatihah buat keluarga yang kehilangan. semoga rohnya dicucuri rahmat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...