Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Sunday, October 24, 2010

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Dr Ismail Bakri Muar (STUDI)

Been there, done that ! STUDI was here :)



Pak Let, kalau orang 'Muor' datang, sukanya dia. Maklumlah orang kampung dia, kan. Habis semua peserta dia tanya, "Bakri, batu berapa ?"

STUDI sampai awal dan saya, kalau peserta sampai awal memang lah risau - takut tak makan lagi. So, heavy tea snacks. Bukan snacks lagi dah tapi dah macam dinner :)

Masa Studi datang ni, cuaca kurang baik. Melaka-Muar dilanda jerebu. Pesan peserta, minum air banyak-banyak. Minuman adalah 'free-flow' di KLD. Kalau dahaga datang sahajalah ke Anjung Makan, air akan sentiasa ada. Air sejuk manis (sirap ker, air barli ker, air sarsi ker) dan air suam.

Bergotong-royong pasang khemah. Pasang khemah atas tapak-tapak yang dipenuhi pasir, agak selesalah. Kalau malam tak sejuk sangat. Badan pun tak sakit macam kalau tidur atas tanah.

'Ice-breaking' di pulau. 'Ice breaking' bukan semestinya buat di Dewan. Mana-mana pun boleh. Kadang di tepi hutan, tepi tasik, di Canyon, belakang dapur, pun jadi !

Cicha dan peserta semasa Cicha bagi briefing tentang 'Water Confidence' Habis aktiviti, Cicha juga yang debrief.

Bukan boleh ikut suka terjun ke air. Basahkan kaki dulu. Dengar arahan. Basuh muka. Perlahan-lahan baru boleh 'tidur' atas air :)

The boys dah berani dah. Belajar mengapung diri sambil diawas oleh Fasi.

Girls biasalah, sedikit penakut. Tapi Cicha bagi motivasi dan tunjukajar. Lama-lama mesti pandai.

Wah, semua dah yakin berada di air !


Aktiviti hari kedua, Rakit. Peserta dan Fasi sedang ikat rakit.




Ini rakit yang menang.

Petang pula, aktiviti 'Obstacles-Run'. Balancing.

Salah satu obstacles, water crawling. Kalau nasib baik, boleh jumpa ikan.

Pilot Splash

Crawling lagi

Pun crawling :)

Lake Crossing

Malam sessi bersama Fasi dan Pak Let.


Jumpa lagi, STUDI !

2 comments:

buntalicious94 said...

mmg best,nak pergi lagi,banyak pngalaman yg dapat

Jenice ♥ said...

salam sejahtera, boleh saya tahu tentang acara water confidence & lake exploration, adakah cikgu bersama-sama dengan peserta sampai ke tengah air?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...