![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgh5Pfx82Ne8nLQtWKHoqfBiDiR8Hs8ajckhHiPkE0bW_bCkgvuPBo5RK4QjJ5THZzcdRoqmyxs0fk34CV9K3gOejhcg9wY73wJFtdy_TuOptc8m5vZNDE_T4ibXr3L7o_52AKq/s400/Smcbaru.gif)
Bila dapat panggilan dari Clifford School, Kuala Kangsar; Pak Let bagaikan, biar betul sekolah ni, datang ke Melaka nak bercamping. Sekali, oh, cikgunya ex-campers KLD - Cikgu Siva Anand.
Suatu masa dahulu, semasa Cikgu ni masih belajar di sebuah IPTA, dia join sekali Kem Pemulihan Akademik. Result Cikgu Siva molek bagus sahaja tetapi biasalah, walaupun Universiti dah bagi peluang pada pelajar-pelajar yg keputusannya tak bagus pergi ke Kem untuk proses penyedaran, masih sahaja ramai yang ponteng. Yang keputusan bagus pula yang pergi sebab mereka tahu di Kem Pemulihan Akademik boleh belajar macam-macam yang pastinya boleh menyedarkan diri. Pada Kem yang dihadiri Cikgu Siva, ada seorang peserta bukan sahaja bermasalah Akademik tetapi juga bermasalah Disiplin. Alhmadulillah, sekarang ex-camper tu dah berkerjaya dan teratur hidupnya. Jadi, kata Cikgu Siva semasa penyerahan anak-anak buahnya pada Pak Let, "buat macam Pak Let buat pada kami dulu"
Anak-anak Clifford ni adalah bakal pemain bolasepak negara. Wah sayang, masinlah hendaknya mulut Mama kamu ni ye ! Mereka pelajar sekolah sukan (Rancangan Khas Sukan) dan mereka adalah footballers sekolah. Sprinter pun mereka.
Fasi pula bila tahu 'Budak Sukan' yang datang, semualah berebut nak 'duty' Group Clifford. Tak dapatlah, OTAIs atau Kontraktor Kelas 'A' dah masuk nama dulu .. hehehe. Along, Cicha dan Toyak yang jadi Fasi mereka.
Siapalah yang tak mahu jaga peserta hebat, kan ? Apa sahaja aktiviti, semua join bersungguh-sungguh.
Harapan saya semoga anak-anak bukan sahaja hebat bersukan tetapi mesti hebat juga dalam pelajaran. Ingat falsafah Rakit, OTOS dan Obstacles. Hidup mesti menempuh halangan. Lagi banyak halangan dan cubaan yang kita hadapi, lagilah 'kuat' diri kita.
Malam sudah datang
Siang sudah pergi
Sekarang kita pulang
Senjakala senjakala
Esok datang lagi