Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Thursday, December 06, 2007

FEM, UPM - DAY TWO

Hari Kedua
Selesai solat Suboh, aktiviti 'Morning Exercise bermula. Pagi ni dengan Abang Kucai, Abang Asyraf dan Abang Aliff. Selalunya, kalaulah Abang Kucai yang ketuai 'Morning Exercise', senam ala tenteralah kamu semua, kan ? hehe. Dah tahu sangat dah style abang-abang kamu ni.


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Abang Asyraf, Abang Kucai dan Abang Aliff.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
1,2,3,4,5,6...7,8 ...

Selesai Morning Exercise, sarapan pagi dan bermulalah aktiviti lasak.

Aktiviti lasak terbahagi kepada :1. Adventure on Wheels (Mountain Biking / Basikal Lasak 12 km)
2. OTOS - One Team, One Spirit (Tubing Race)
3. Rafting - Bina Rakit dan Rakit Race
4. Kayak Safari (Berkayak ke Hutan Periuk Kera, Hutan Umbai, berkayak dekat Pulau Lambaian, tempat 'bird watching').

Aktiviti lasak yang empat nih, dibuat ikut giliran, bermula dari hari kedua hingga hari ketiga. Setiap kumpulan 60 - 70 orang. Setiap pagi lepas briefing FEM, semua orang pergi ke Aktiviti yang telah ditentukan. Masuk Sekolah Basikal, Akademi Rakit, Sekolah Kayak dan Sekolah Formasi OTOS. :) :)


Aktiviti Basikal - "Adventure on Wheels ". Fasi yang bertugas untuk aktiviti ini : Abang Mie, Abang Blue dan Abang Herry.

Dengar briefing basikal dari Abang Blue, ambil ration, air mineral sebelum mula berkayuh !

Belajar di Akademi Kayak. Kelas kat tepi pagar jer, cikgu lak, takleh tanya lebih-lebih, kang dia 'hang'. Letih restart, tu yang kekadang Pak Let 'reformat' kan jer Cikgu nih. heheh

Cabaran berbasikal bermula. Jumpa tasik, stop tengok pemandangan Gunung Ledang, tunggu Cikgu halau lembu ... mencabar sungguhlah !

Posing jap !


Selamat pagi Encik Lembu. Maafkan kami, menganggu Encik Lembu mencari rezeki. Tumpang lalu !

Rehat di Sempadan Melaka-Johor. Yang nampak belakang tu, Gunung Ledang.

Aktiviti Rakit.

Dengan Abang Cicha, Fathi dan Cebean. Kudin pun tolong juga. Kelas Rakit, kat tepi pagar jer :) Tak kisah kelas kat mana pun, janji anak murid tabah belajar, kan guys ? Cikgu dah lah asyik 'hang' jer. hehe.

Macam-macam bentuk rakit budak-budak ni buat. Ikut sukahati dia orang jer. Ada yang laju, ada yang kena rescue dengan Bot Bayu Tasik. Tapi paling best, teamwork dia orang. Semua sekali paddle dan tak de group yang bergaduh.

Paddle, jangan tak paddle ...

Berakit di Tasik Lambaian Danau, Tasik Air Tawar seluas 105 ekar

Sapalah yang berdiri dalam air tu, pecah rahsia, tasik kami tak dalam .... hehe

Cicha bawak Cikgu Sal (ishh .. rindu kat ko, Sal !), Dr. Anisah dan sapa ek, baju kuning tuh ? Fiza ker Afzan ? Tak nampak muka. Tengok aktiviti air - rakit, OTOS dan Kayak Safari yang berjalan serentak. Penuh dan riuh, tasik kami !

5 comments:

kak Sal said...

rindu nyer kt korang..seb baik ada periuk kera yang comei lote.thanks mama..nnt kiter nk g saner lagi.tggu tau kedatangan kiteorg..kim slm sayang + rindu kt smue warga KLD..n also to my good team work(ustad fathi) hehhehe!!!

haFizah ZakaRia said...

kak Sal..biler lg nk g sane tue.yeye jer..hahaha.periuk kera tue pn ntah g mane dh.xnmpk btg idong pn..hehehe

ekin ('',) said...

salam...
apa khabar sumer? semoga sumer sehat sejahtera.. windunyer kat sumer warga kld- pak let, mama, abg kudin, abg wan, abg kucai, abg cicha, alif, ustaz, bean, AG, along, abg toyak n adik kechik, hehe... klu ade yg tertinggal sowy yer... klu ade mase,kte jumpe lg yer, friendship 4eva ('',)

tia_007 said...

salam...
smg sume sihat sejahtera.
ckit je gmbr kami..
p 5 ari 4 mlm tp gmbr cm p 2ari je..
ishk..ishk..sedih tul..=(
xpelah,'sandarkn pd kenangan' la sume2 ye..
yg 'terpaksa' pg pd 21hb..
jd 'terpaksa' balik pd 25hb..
teruk jgk "penangan" KLD kn?
huhuhu..=)
lastly, rindu kt sume!
"Latihan Praktik FEM 2007 dlm kenangan..."

salam,
<"><<<<

K.A.M.I(kaki anda memang itam) said...

cemek0m..
pk let..pe cite neh..x de pown pic kitowunk..neh yg nk majuk ne..s0b3~
x mo dtg sne agi..hehehe~alaa..gambo dak2 sis yg cun2 tu..pewiitt!!btw,kem slm kt abg2 facis n mama G yea..
daa...(x_X)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...