Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Tuesday, December 04, 2007

Fakulti Ekologi Manusia, UPM

Latihan Praktik Dalam Kampus. Program 5 hari 4 malam.

FEM dah biasa buat program di KLD, tapi sebelum ini kami buat Program Pemulihan Akademik atau FEM panggil, 'Aspirasi Ekologi' . Pemulihan Akademik ni, program untuk peserta-peserta yang keputusan peperiksaannya tidak bagus, pointer rendah :)

Program kali ni, menyiapkan mereka untuk ke Latihan Industri kelak dan juga persediaan yang dibuat oleh Fakulti sebagai permulaan untuk melangkah ke alam bekerja, satu hari nanti.

Bagi saya bukan sahaja tujuan-tujuan di atas tercapai tapi Program ini juga bagaikan program integrasi kaum dan 'teambuilding' mahasiswa tahun satu, FEM.

++++++++

Hari Pertama

Persediaan oleh KLD. Kem apa pun dan program apa pun, bagi kami, ianya perlu yang terbaik, perlu capai objektif program. Pak Let dan Encik Mahadi dari FEM bertelefon-telefon, email-email dan datang mesyuarat untuk memastikan semua yang dimahukan akan tercapai.

Kami pun, dengan persediaan kami - paling utama keselamatan peserta. Check basikal, kayak, floats, BA dan trek-trek yang akan digunakan. Yang buat obstacle, berlari-lari 2-3 pusingan untuk memastikan semua laluan selamat, yang buat kayak, check tasik, check pokok-pokok dan marking laluan.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Meeting dan briefing sebelum Program bermula

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Cara kerja kami. Semua mesti faham tanggungjawab.

Begitu juga yang buat basikal - marking laluan dan beritahu orang kampung yang kami akan ada program. Hati-hati bila memandu atau bawa motosikal. Untuk Danau Race, bendera-bendera oren telah dipasang di trek.

Untuk 'war game', pergi check dan mengharung paya untuk pastikan tiada kayu atau benda tajam didalam 'war zone'.

Kat dapur, macam persediaan khenduri kahwin - beras, gula, susu, cili, bawang-bawang dan semua persediaan kena sedia ada sebelum Group masuk. Bukan kerja mudah nak menyiapkan makanan untuk 300 orang, 5 kali sehari selama 5 hari.

Nasib lah, KLD punya team yang baik - dari Pengurusan sehinggalah ke fasi dan tukang masaknya. Semua faham dan tahu tanggungjawab masing-masing. Walaupun penat, tapi hati suka kerana semuanya dikongsi sama-sama.

UPM sampai ke Kem.

Hari Rabu tu, UIA masih ada di Kem. Mereka dengan 'Ta'aruf Week' mereka. Kami selesaikan tanggungjawab kami dengan UIA dahulu sebelum bermula dengan UPM.

Peserta-peserta.

Aktiviti Rakit. Peserta dari UIA sedang bina rakit

Pak Let sampaikan sijil pada Pengerusi Taaruf Week, UIA

Semasa sampai dan turun bas, tengok muka seorang demi seorang - 'muka terpaksa!' Makan dahulu, gulai kurma' ayam dan sayur kacang panjang. Bila kenyang, selalunya masalah akan selesai !

Sessi bahagi kumpulan dan pasang khemah. Taklimat Program dan Undang-undang Kem. Petang tu upacara perasmian dan taklimat acara oleh Dr. Anisah.

Makan Malam. Solat Maghrib dan Jama' Isya dengan Encik Md. Radzi.

Ice Breaking dalam hujan ! Bersadinlah semua orang dalam Anjung Kasih :) Apapun semuanya berjalan lancar walaupun malam tu, kena tidur dalam Anjung, atas Pentas dan di Surau. Itulah hakikat ber'camping' yer adik-adik !

Selamat Malam !

Menyambut adik-adik ke rumah baru mereka, Kem Lambaian Danau

Selamat Datang, adik-adik ! Kudin (Asst. Kem Kom Admin) dan Fath-hi sedang menyambut adik-adik.

Jenuh ku menjenguk, sukarnya mecari wajah riang ! hehe

Persediaan. Basikal. Semua okay !

Kayak-kayak sedang diperiksa, tukang periksa di tasik - Toyak dan Asyraf.

Himpunan BA-BA yang telah siap diperiksa.

2 comments:

MeSue said...

thanks a lot...walau kami tak tunjuk mukee hepi time datang..tapi balik rase sayangggggg nak tinggalkan KLD mama..harap2 leh p sane lagikkk..hu3..

kak Sal said...

hai semue..rindu nyer kt korang!! salam sayang..muahahaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...