Sorry ek, lambat update. Banyak sangat benda yang perlu diurus.
Hari tu, bila anak saya Hafidz dihospitalised sebab demam panas, jumpa geng SBPIS penuh satu wad, sakit mata. Nasib baik lah bila the two guys yang sakit mata di Kem hari tu minta nak stay lagi, permintaannya direject. Kalau tak haruslah kita ramai-ramai kena sakit mata.
Pls click my sponsor
Sebutharga Kem Lambaian Danau
Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami.
KLIK Sini Untuk Ke Borang!
Monday, July 23, 2007
SBP Integrasi Selandar, Melaka
Labels:
sekolah menengah
Hari Keluarga Hajah Habsah
Paling best dalam dunia !
Bila Reni, Erma, Boy, Epol dan sepupu-sepupunya datang bertandang ke Kem pada tahun 2006 dulu untuk recce Kem, kami dah tahu - kumpulan ni pasti seronok untuk dikendalikan. Mereka sangat rapat, bergurau senda, kutuk mengutuk - sungguh sangatlah apsere ! Leh masuk pala kita nih, Kucai komen masa tu. Kucai yang bawa mereka tengok site aktiviti dan kemudahan Kem.
Memang tak sabar nak buat Program untuk mereka.Masa bulan 5 & 6 tuh, kumpulan yang buat Program masuk tak henti-henti. Tengahari ada orang keluar, petang masuk lagi kumpulan lain. Sibuk betul kami bekerja. Bak kata Kudin, "kita ni bekerja bagaikan ada anak 11 nak diberi makan". Serius, membanting tulang siang dan malam. Er, malam taklah membanting tulang sangat. Setakat kibas-kibas tangan jadi hantu sahaja.
Bila Keluarga Hajah Habsah masuk, kami seronok sangat. Pengendalian untuk kumpulan ni pun lain dari biasa. Selalu, kalau peserta masuk, mereka jadi anak Pak Let dan Mama G dan jadi adik-adik pada Abang-abang Fasi. Ertikata lain, mereka jadi keluarga kami. Tapi kali ni, kami pulak yang jadi keluarga Hajah Habsah.
Kami panggil Hajah Habsah, 'Nenek'. Kami ada Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Teh, Mak Teh, Pak Itam, Auntie dan ramai lagilah. Mereka anggap kami macam keluarga mereka. Baiknya mereka ! Sehingga hari ni, masih terkenang-kenang Nenek. Nenek, bila nak datang lagi jumpa kami ?
Tak sedar, sekejap sangat masa berlalu. Terimakasih, Keluarga Hajah Habsah kerana sudi bersama kami dan menganggap kami macam keluarga sendiri. Terima kasih banyak-banyak juga sebab belikan kami Towel baru tuh. Dah bawak pergi Taman Negara, dan sekarang pakai kat Kolej pulak.
Jumpa lagi ye, Nek !
Balik dari Danau Race. Semua kotor-bolor dan penat lelah kena 'ambushed' dalam Hutan Gelam.
Penjaga Kubur yang tetap dan berpencen, Abang Blue (pakai spec) sedang menjaga 'musuh-musuh' yang gugur dimedan perjuangan.
Bila Reni, Erma, Boy, Epol dan sepupu-sepupunya datang bertandang ke Kem pada tahun 2006 dulu untuk recce Kem, kami dah tahu - kumpulan ni pasti seronok untuk dikendalikan. Mereka sangat rapat, bergurau senda, kutuk mengutuk - sungguh sangatlah apsere ! Leh masuk pala kita nih, Kucai komen masa tu. Kucai yang bawa mereka tengok site aktiviti dan kemudahan Kem.
Memang tak sabar nak buat Program untuk mereka.Masa bulan 5 & 6 tuh, kumpulan yang buat Program masuk tak henti-henti. Tengahari ada orang keluar, petang masuk lagi kumpulan lain. Sibuk betul kami bekerja. Bak kata Kudin, "kita ni bekerja bagaikan ada anak 11 nak diberi makan". Serius, membanting tulang siang dan malam. Er, malam taklah membanting tulang sangat. Setakat kibas-kibas tangan jadi hantu sahaja.
Bila Keluarga Hajah Habsah masuk, kami seronok sangat. Pengendalian untuk kumpulan ni pun lain dari biasa. Selalu, kalau peserta masuk, mereka jadi anak Pak Let dan Mama G dan jadi adik-adik pada Abang-abang Fasi. Ertikata lain, mereka jadi keluarga kami. Tapi kali ni, kami pulak yang jadi keluarga Hajah Habsah.
Kami panggil Hajah Habsah, 'Nenek'. Kami ada Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Teh, Mak Teh, Pak Itam, Auntie dan ramai lagilah. Mereka anggap kami macam keluarga mereka. Baiknya mereka ! Sehingga hari ni, masih terkenang-kenang Nenek. Nenek, bila nak datang lagi jumpa kami ?
Tak sedar, sekejap sangat masa berlalu. Terimakasih, Keluarga Hajah Habsah kerana sudi bersama kami dan menganggap kami macam keluarga sendiri. Terima kasih banyak-banyak juga sebab belikan kami Towel baru tuh. Dah bawak pergi Taman Negara, dan sekarang pakai kat Kolej pulak.
Jumpa lagi ye, Nek !
Labels:
Hari Keluarga
SM Tengku Mahmood Iskandar
SMTMI, berjiran dengan Pei Hwa. Seperti kami terperanjat Pei Hwa ramai pelajar Melayu, Mahmood Iskanda pula, ramai pelajar Cina :) Dah kita bangsa Malaysia, kan ? Mana-mana pun boleh sekolah.
Labels:
sekolah menengah
Friday, July 20, 2007
SMJK Cina Pei Hwa
Mereka dari Muar. Program ni berjalan serentak dengan SMK Aminudin Baki. Jadi, ada 2 group di Kem. Yang kumpulan ni, buat aktiviti itu, yang kumpulan itu pula buat aktiviti ini. Fasi-fasi pun terbagi ikut kumpulan.
Sibuk sungguh keadaan di Kem. Selalunya bila satu kumpulan sahaja, bila mereka keluar untuk buat aktiviti di hutan atau kampung atau di Canyon. Kem jadi sunyi.
Dara-dara comel Pei Hwa sedang mengambil makanan. Walaupun Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, 50 % dari pelajarnya berbangsa Melayu.
Tubing Race, tugasan pertama dalam aktiviti Danau Race. Semua beradu untuk mengambil 'message in the bottle'. Untuk aktiviti ni, semua tugasan/checkpoint dalam bahasa Inggeris. Kadang tuh, kalau ada peserta tak faham, macam-macam jadinya. Setakat ni, paling teruk, kami dah dapat, 'tahi lembu sebotol'. Suruh car 'cowshed', dia bawa balik, 'cow shit'. Jenuh nak mengajar pulak - 'cowshed' tuh kandang lembu. Tahi lembu lak, panggil 'cow dung' Sukahati jer budak-budak ni.
Ni buat Rakit. Macam-macam jenis rakit ada. Abang Blue (baju oren) sedang dibuli peserta mengikat rakit mengajar adik-adik peserta ikat rakit.
Sibuk sungguh keadaan di Kem. Selalunya bila satu kumpulan sahaja, bila mereka keluar untuk buat aktiviti di hutan atau kampung atau di Canyon. Kem jadi sunyi.
Labels:
sekolah menengah
Subscribe to:
Posts (Atom)