Apa mereka panggil kalau malas nak menulis nih ? "Writers block ?" Amboi, bukannya saya seorang penulis pun. Saya cuma pencatit, mencatit cerita suka duka peserta-peserta yang datang ke KEM LAMBAIAN DANAU. Mungkin keadaan kesihatan yang tidak memuaskan menjadikan saya begini. Untuk orang yang selalu cergas, selalu kena buat kerja melambak-lambak, keadaan diri sekarang amatlah melemaskan. Apapun, saya harus akur kepada pemberianNya. Semua ini kifarah dosa-dosa saya !
Okaylah, tidak boleh malas-malas. Ni blog cari makan - entah sudah berapa ribu orang dan berapa ringgit telah DARI HUTAN INI sumbangkan kepada Kem. Ramai peserta/organisasi tahu pasal KLD dari blog ni. Terima Kasih, DHI :)
Di Kem, macam biasa. Matger sudah berhenti kerja dan kini Syafiq, abangnya pula mengambil tempat Matger. Pakcik Bujang macam biasa, bekerja dan menghafal nombor. Saya sudah ada tukang masak baru. Nama dia Wak Ripin. Tua dah, dalam lingkungan 50an. Gigi dah banyak gugur. Ingatkan dah tua, perangai okay. Tapi macam juga anak-anak teruna saya. Miang. Ada awek. Dia beritahu, kalau awek dia nak ajak dating, saya kena bagi dia cuti. Sabar jer lah.
Er, lupa pulak nak bertanya kat Pakcik Bujang dia ada awek ker tidak. Ada kots.
+++++++++++++
Bola. Bila bola nih nak habis ? Saya tak minat dan tak faham bola. Bosanlah, buah hati saya tengok bola dalam bilik. Bising, bang. Tak suka tau.
Sebelum terlupa, ucapan tahniah untuk Johnie-johnie Kem yang telah berjaya ke Universiti :
Aliff - Management, USM
Adilah - Medicine, UKM
Nadrah - Dentistry, Uitm
Mushi - Agroscience, KUSTEM
Selamat menjadi warga kampus, selamat belajar bersungguh-sungguh. Enjoy yourself dan jangan lupa bawak grup ke KLD, okay ? hehe.
+++++++++++++
Saya dah ketinggalan menulis banyak lapuran - Perpaduan, SMK Teknik Segamat, MPRM dan grup apa lagi ? Lupa pulak dan buku 'booking' ada di Kem.
Dan baru-baru ni masuk pula Kolej Matrikulasi Melaka (Program Khas Pemulihan Akademik), UIA (As-Salam Club) dan Kem Kepimpinan, Kolej Matrikulasi Johor.
Saya melapurkan dengan gambar-gambar ye.
Ini Kolej Matrikulasi Melaka. Peserta-peserta Program Khas. Mama rindu kamu, guys ! Rajin-rajin belajar yer ! Ni dekat Mini Canyon. Memerhati lubang-lubang tiung pasir dan menikmati pemandangan di sini. Mereka juga panjat Bukit Tuah.
Matrikulasi Melaka. Abang Kucai sedang memberi penerangan tentang kawsan sekitar.
Matrikulasi Melaka. Ini selepas 'War Game' Hensems dan Cuns semuanya !
As-Salam Club, UIA. Mereka terdiri dari pelajar-pelajar Arab yang belajar di UIA. Ada dari Yemen, Saudi Arabia, Iraq, Palestin dan entah mana lagi ..
Mencari cerminmata yang hilang. Terpaksa cari sebab mahal - Gucci, you !
KMJ. Kem Kepimpinan.
Selepas War Game - lawanya korangs !!!
2 comments:
jenuh laa merodok lumpur carik 'GUCCI' tuh... jumpe x?
What a great site » » »
Post a Comment