Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Tuesday, December 16, 2008

Kolej Matrikulasi Johor

Matriks Johor. Kem Kepemimpinan untuk Pemimpin-pemimpin Kolej. KMJ sampai sebaik sahaja UTM & USIM keluar. Minggu yg sibuk, ramai fasilitator di Kem. Bergilir-gilir semuanya bertugas. Letih dan penat semua orang. Apapun mesti beri yang terbaik untuk peserta dan organisasi yang membayar kami. Dan habis penat-penat, dapat gaji, happy semula :)

Let's the pics tell the story, okay ! (Klik pada gambar untuk lihat versi besar)

Baru sampai. Di Dewan Bahagia mendengar taklimat program dan undang-undang Kem

Ikrar.

Pasang khemah. Biru untuk guys !

Turquoise, khemah baru untuk anak-anak gadis

Tazkirah oleh Fasilitator KLD, Abang Fikry

Ice Breaking. Khusyuk dengar penerangan Abang Cicha

Dengan Abang Boss

Aktiviti Pertama untuk Hari Kedua. Danau Race. Sedang berlari mencari Check Point dalam Kampung. Ni rumah 'Kelim', comel dan meriah !

Baru keluar dari 'Puyu ke Batuk ?' . Hari baik, cuaca terang, peserta dapat menikmati pemandangan Gunung Ledang. Tuh background tuh, Gunung Ledang.

Crossing di Paya Selut. Free spa, dik !

Check Point berikutnya ialah Bukit Tuah, tuh peserta sedang mula mendaki


Dah sampai Kem, Posing dulu depan Kem

Water Confidence. Semua dah boleh mengapungkan diri

Rakit. Menuju Flag Satu di belakang pulau KLD

Menuju Second Flag di Safari 6, di pulau kecil, hujung tasik


Balik dari WarGame. Depan Kem

Masa mereka berkawad ni, tetamu-tetamu kecil kami, peserta-peserta Summer Camp sedang mendaftar. Wah, kenit-kenit tuh semua excited ! Hari-hari berikutnya asyik tanya kami, bila boleh nak main kotor macam abang-abang dan kakak-kakak ? Oh, amboi !

2 comments:

Unknown said...

Tak sabar nak tgok gmbr dan baca cerita adik2 kenit plak..cepat aaa kak G..

Anonymous said...

wah tahun lepas sy yg ke sini,kem under KMJ..skrg junior2 plk ke sana..tradisi~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...