Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Thursday, May 15, 2008

Berkenaan Program Tentatif

HARI PERTAMA AHAD, 1 JUN 2008

MASA

AKTIVITI

10.00 pagi – 12 tengahari

Pendaftaran di Anjung Kelana, KLD. Ucapkan Selamat Jalan Kepada IbuBapa.

12.00 tengahari

Taklimat Program.

12.30 tengahari

Makan Tengahari

1.30 tengahari

Solat Zohor Berjemaah.

2.00 petang

Dirikan khemah.

2.30 petang

Aktiviti 1. Ice Breaking.

4.00 petang

Minum Petang. Solat Asar Berjemaah.

4.30 petang

Aktiviti 2. Riadah Petang – ‘Ambil Angin Tasik Biru’. Lihat pemandangan indah Gunung Ledang, tengok Canyon dan sarang tiung pasir.

6.00 petang

Bersihkan diri.

6.45 petang

Makan Malam.

7.15 malam

Solat Maghrib. Kuliyah Maghrib dengan Pak Imam, Tuan Haji Haris. Solat Isya’ berjemaah.

8.45 malam

Aktiviti 3. Study Skill oleh Penceramah Jemputan (YM Dr. Tengku Azam Syah Tengku Muhammad )

10.45 malam

Aktiviti 4. ‘I Wonder Why’. Game in English by Puan Rozida, Neologix Solutions

11.45 malam

‘Midnight Feast’

12.15 malam

Selamat Malam


Sorry lama tak update blog. Sibuk dengan Ni ! :

jeng jeng jeng ... we got new toilets !

Dulu ada 16 buah sahaja, dan pagi-pagi, kalau group ramai - kesian kat anak-anak semua kena tunggu turn. Sekarang dah ada 46 tandas. Tak payah nak berebut-rebut lagi, kan ! Ada kolah mandi kat dalam tandas juga. Koleh mandi besar di Tapak Puteri pun masih ada, banyak pilihan tempat mandi sekarang.

Ni ada gambar, tapi tak lawa sebab taken with camera phone.

Tandas !

Ni kolah mandi

Ni Dewan baru. Konsep masih sama seperti konsep Kem - dewan terbuka. InsyaAllah, hujung Mei ni siap untuk Kem Cuti Sekolah :)

+++++++++++++

Okay, back to tentative program.

Selepas pendaftaran, program terus bermula. Kalau boleh, tolong sampai ke Kem awal sedikit. Tak payah berhenti untuk sarapan sebab Kem akan sediakan sarapan. Tapi jika rombongan anda ramai i.e. Mak, Ayah, Tok, Nenek, Pakcik-Makcik semua menghantar, nak bawa makanan pun boleh, kita share-share dengan rezeki yang ada kat sini.

Taklimat Program. Pak Let akan terangkan objektif program, undang-undang Kem dan lain-lain yang perlu.

Makan Tengahari. Menunya Nasi Tomato, Kurma Ayam, Daging Black Pepper dan Acar Tumis.
Peringatan Untuk Ibubapa. Sila jangan bekalkan anak-anak anda makanan. Makanan banyak di Kem. Kalau lapar in between meals, mereka boleh ke Dewan Makan - ada roti dan biskut. Gula-gula dan cokelat pun kami bagi hehe (jgn risau, malam-malam ada sessi pergi tandas, gosok gigi)

Bapak tengah distribute jajan untuk anak-anak :)

Lepas Solat Zohor, sessi Ice Breaking. Buat kerja kumpulan. Tiada buat logo/bendera semua tu. Ice Breaking kami lain. Selepas Ice Breaking, semua akan pandai bercakap :) Dan tak malu-malu lagi dan dah dapat ramai kawan baru !

Er, yang lain-lain baca sendiri. Let me update perkara-perkara penting jer :)

Study Skill oleh Penceramah Jemputan (YM Dr. Tengku Azam Syah Tengku Muhammad). Kita beruntug sebab YM Tengku dapat luangkan masa untuk bersama KCS. Dia pun dah bersedia untuk bersessi dengan adik-adik in pyjamas. Tengku akan ajar cara untuk 'study smart'.

‘I Wonder Why’. Game in English by Puan Rozida, Neologix Solutions. Game ni berkenaan sains dan alam sekitar. Lepas tu ada sessi soal-jawab.

++++++++++++++

Kem Lambaian Danau berkonsepkan Kem Keluarga. Di sini ada Pak Let, Mama G, abang-abang Fasi dan Kakak-kakak Fasi. Peserta ialah anak-anak/adik-adik kami. Tiada panggilan Tuan, tabik-tabik, denda-denda mengarut tuh semua. Kami percaya pada mendidik dengan kasih-sayang. Tiada juga kawad askar dsbnya.

Semua aktviti yang dijalankan perlu mengikut piawai keselamatan. Aktiviti air, sebelum bermula, perlu buat 'Water Confidence' dengan memakai BA (Buoyancy Aid, macam Life Jacket tapi bukan Life Jacket) dan mengikut cara yang betul. Aktiviti lasak lain, semua ada demo dan tunjuk ajar oleh Fasi sebelum peserta boleh menjalankan aktivti tersebut (Sila tengok VCD KCS yang lepas).

Pendaftaran masih dibuka. Sila hubungi kami.







1 comment:

Zaq said...

Bila nak buat lagi. Kalau nak buat School Holiday Camp lagi, hantarlah khabar dekat sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...