Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Friday, April 18, 2008

SCHOOL HOLIDAY CAMP SIRI 1/2008

Nota Penting : Saya telah poskan vcd dan borang penyertaan kepada semua ex-campers yang datang pada sessi 2005, 2006 dan 2007. Jika ada adik-adik yang tidak menerimanya, sila email atau sms kan alamat adik-adik. Terima Kasih.

+++++++++++

Cuti sekolah datang lagi, dan Kem Cuti Sekolah sekali lagi !

KCS bulan Jun 2008, pengisiannya lebih kepada akademik. Kali ni ada tiga motivator yang sudi bersama adik-adik peserta. Mereka adalah konsultan-konsultan Kem yang sudi (jutaan terima kasih, sahabat-sahabat !) memberikan sessi mereka dengan kos paling minimum. Istimewa untuk KCS sahaja. Dan mereka juga tidak kisah jika dalam sessi mereka kali ini, mereka menyampaikannya pada adik-adik yang berbaju tidur :o) It'll be a nice change Puan Rozida, I promise you ! Selalu bagi course kat 'mereka-mereka' yang bersuit bertie sakan mengambil nota dengan Notebook canggih masing-masing. Kali ni dengan adik-adik yang bersila berbaring menulis nota :) hehe

Tiga orang sahabat saya ini ialah YM Dr. Tengku Azam Syah yang akan ambil sessi Study Skill. Puan Rozida dengan sessi I Wonder Why ( in English) dan tentunya Encik Kamal, pakar dalam memotivasikan anak-anak sekolah dengan sessi Penerokaan Awal Bakat Anak Ke Arah Kerjaya Gemilang

+++++++++

Kem Lambaian Danau akan mengadakan Program SCHOOL HOLIDAY CAMP SIRI 1/2008 pada 1- 3 Jun 2008. (3 hari 2 malam) bertempat di Kem Lambaian Danau, Jasin, Melaka.

Penyertaan untuk Program ini, terbuka kepada 2 kategori :

1. Pelajar Sekolah Rendah ( 7 hingga 12 tahun )
2. Pelajar Sekolah Menengah ( 13 hingga 18 tahun )

Penyertaan adalah terhad. 80 orang sahaja untuk setiap kategori. Tarikh tutup penyertaan pada 25 Mei 2008.


Pakej :
Latihan dan Bina Semangat oleh Pakar Perunding Bertauliah KLD, Aktiviti Outdoor oleh Jurulatih KLD. Makan dan Minum 5 kali sehari, BBQ Dinner, air mineral dan bekalan makanan untuk aktiviti luar. Insuran Berkelompok - RM 10, 000 dan kemudahan hospital RM 500.00, Sijil Penyertaan dan VCD Kenangan.

Harga :
RM 135.00 seorang
Tempahan Berkumpulan, RM 125.00 seorang, jika melebihi 8 orang.


Untuk keterangan lanjut dan membuat tempahan, sila hubungi :

ROSLI @ PAK LET( 019-3682498 ) atau SHAMSURI ( 019-2654545 )

Untuk maklumat lebih lanjut, sila KLIK SCHOOL HOLIDAY CAMP



1 comment:

ARP Daerah Jempol said...

Assalammualaikum kak G

Wah ada jawatan kosong di KLD...
Memang menarik syarat2nya....malahan lain daripada yang biasa kiter dengar.

Tapi bagi amir yang saya respek sekali adalah syarat 'seseorang yang tidak meninggalkan solat" . Teruskan syarat macam nie kak G...sebab inilah kunci untuk mendapatkan seseorang fasi yang terbaik di samping syarat2 lain tu. Semoga KLD terus termasyur....

( patutlah ramai kata facy2 KLD best2...rupa2nya itulah rahsianya......

from
amir jempoolll
www.anugerahremajaperdana.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...