Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Thursday, March 27, 2008

Kem Cuti Sekolah 2

Hari Kedua

Suboh dengan Abang Kudin.

Senampagi. Berzapin Ayam. Entahlah kenapa, tapi di Kem ni asyiklah senampaginya berkonsep 'Ayam'. Zapin Ayam dan sekarang nih, tambah pula 'Chicken Dance'. Zapin Ayam kena nyanyi sendiri, 'Chicken Dance' senang sikit, kepak-kepak, gelek-gelek, tepuk-tepuk, pusing-pusing - settle ! Tapi berpeluh dengan hebat jugak :) Lagu 'Chicken Dance' ada kat Imeem tepi tuh.

Okay, back to SHC. Hujan lagi. Sekejap, sekejap jer berhenti. Kami buat 'Water Confidence' Sekolah rendah buat dulu dan sekolah menengah reka dan bina rakit. Ramai Abang Fasi menjaga adik-adik semasa Water Confidence, termasuk Uncle Sham dan Auntie Zu. Pak Let dengan Rescue Boat. Barulah abang-abang Fasi tahu macam mana 'senang' nya nak 'meyakinkan' adik-adik seperti Aiman, Amirul dan Alya. Ucop memang power, dia steady jer masuk air walaupun Mama dia nih yang resah gelisah. Hadui, terjun selamba badak jer Mamat tuh ! Last-last semua masuk air. Cuma Daniel jer takut-takut. Kejap jer dia takut, pastu macam Ucop, semua budak-budak kenits nih tak ingat dunia. Sabar jer lah kita orang !

Belajar pakai BA

Peserta Sekolah Rendah, sebelum Water Confidence

Masuk air. Seorang, seorang dulu.

Dah tak sabar !

Belajar float

Yang sekolah menengah jangan ceritalah. Walaupun takut, tak berapa berani, mana nak tunjuk kat kawan-kawan. Semua control macho, control power, gitu ! Takut peers pressure. Normal lah tu, anak remaja. Yang positif jer tau, sayang.

Lepas semua dah confident dan dah pandai mengapungkan diri, kami berakit. Yang kecil-kecil dibawa oleh abang-abang Fasi, naik kayak.

Dah boleh float

Sekolah Menengah pula posing

Belajar float

Rakit !

Berakit sekeliling tasik. Lepas tuh, berenang lagi. Dan, hujan lagi ! Sepatutnya ada Khidmat Masyarakat, mengemas rumah Warga Emas, tapi tak boleh nak pergi sebab hujan.

Letih tak ?

Dayung, jangan tak dayung !

Pusingan kedua

Si-kembar tak reti dayung :)

Buka Rakit pula. Gotong-royong.

Makan Tengahari, solat Zohor berjemaah dan rehat sebentar.

Petangnya, sekolah rendah buat Obstacles-Run dan sekolah menengah buat OTOS. Semuanya berjalan dengan lancar.

OTOS - one team, one spirit !

Paddle serentak, kata Abang Blue :)

Budak kenits, buat Obstacles Run

War Game

Malam, makan malam BBQ dan doa selamat Ulangtahun Perkawinan Pak Let - Mama G. Lepas bergembira, ada sessi kaunseling untuk peserta-peserta sekolah menengah. Yang budak kenits, tidur :)

Hari Ketiga

Apalah maknanya kalau ke KLD tidak dapat main 'War Game'. Aktiviti paling best :) Sekolah Rendah lawan Sekolah Menengah. Sekolah Menengah kalah .. hehe. Budak-budak kenits nih tak perlu merangkak, dia lari jer ambil botol air rebutan tuh. Tapi alasan sekolah menengah, kami sayang adik-adik kami dan biarkan mereka menang. Iyerlah, tu !

Kami berpisah petang itu. Jumpa lagi bulan Jun 2008.

1 comment:

SK. Pinawantai said...

wauuuu cantik la ni tempat..
harap-harap dapat ke sana
suatu hari nanti...
-Hamsun Bin Masan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...