Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Tuesday, November 06, 2007

Aktiviti Kem Cuti Sekolah

Kalau Siri 1/2007 banyak menekankan kepada cara dan motivasi belajar, Siri 2/2007 lebih kepada membina jatidiri dan semangat peserta.

Jika bakal peserta seorang yang lemah semangat, pemalu, tidak pandai bersosial dengan rakan sebaya, sombong, tidak mahu menolong di rumah, tidak tahu berdikari - mereka adalah calon yang sangat sesuai menyertai Program ini.

Aktiviti yang dirancang untuk peserta mengubah diri dan harapan kami semoga bila mereka pulang nanti mereka akan menjadi insan baru yang tabah mindanya, hebat fizikalnya dan mulia pekertinya.

+++++

Pengalaman kami semasa Kem Cuti Sekolah yang lepas-lepas tu, ada peserta yang takut air, takut ulat malah tengok semut pun menjerit-jerit. Ada yang tak tahu nak berkawan, ada yang tak tahu nak mengurus diri dan ada juga yang sangat pemalu dan rendah diri.

Ada yang dah remaja sekolah menengah berperangai macam budak-budak dan ada yang budak-budak kecil tapi sudah macam orang dewasa yang punya seribu masalah.

+++++

Mengenai Aktiviti

Hari Pertama

Selepas pendaftaran, ibubapa bolehlah bergerak pulang dan jika anda memilih untuk bercuti di Jasin / Melaka sepanjang anak-anak berkhemah di KLD, anda tidak perlulah datang menjenguk anak-anak anda ye. Datang bila dah habis program sahaja nanti.

Aktiviti 1. Ice Breaking. Untuk peserta berkenalan dengan kawan-kawan, abang-abang fasilitator, Mama G dan Pak Let. Juga untuk kami mengenali dan 'membaca' mereka. Peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Sekolah Menengah tidak bercampur dengan Sekolah Rendah.

Aktiviti 2. Kraf Perkhemahan. Biar rasa 'camping' betul-betul, kan ? Abang Kucai dan Kumpulan GengLasaknya akan mengajar adik-adik cara membuat beberapa kraf perkhemahan seperti tempat letak kasut, tempat sidai baju, pintu gerbang dan lain-lain.

Mereka juga akan ajar adik-adik memasak nasi dalam buluh, masak telur cara hutan dan buat roti pintal. Ni sebahagian sahaja. Ada lagi macam-macam aktiviti yang abang-abang sediakan untuk adik-adik.

Aktiviti 3. Study Skill. Akan update ni nanti.

Aktiviti 4. Night Walk. Kita akan jalan malam ramai-ramai. Menikmati pemandangan malam dan juga adik-adik akan diajar cara menentukan kiblat dengan berpandukan Buruj Orion. Arah kiblat boleh diketahui dengan mengunjurkan arah bintang tiga berderet berkenaan ke arah barat. Harap-harap cuaca baik dan langit terang.Buruj Orion kelihatan tinggi di langit pada waktu tengah malam pada bulan Disember.

++++

Aktiviti Hari Kedua

Aktiviti 5. Selepas Solat Suboh berjemaah dan Kuliyah Suboh, peserta akan membuat senaman pagi. Ada senaman yang baru Pak Let reka - Zapin Ayam. Nanti kita buat eh.

Aktiviti 6. Compass Marching. Belajar cara baca kompass sambil menikmati pemandangan alam semulajadi di KLD

Aktiviti 7. Water Confidence. Belajar mengunakan 'Buoyancy Aid' untuk mengapung diri dalam air. Belajar sehingga batul-betul 'confident'.

Aktiviti 8. Khidmat Masyarakat. Kita akan pergi menolong 2 orang nenek tua yang tinggal seorang diri. Kita tengok apa yang perlu ditolong. Selepas tu, melawat lembu dan kambing di Ladang Abta Ternak.

Aktiviti 9. Tubing Race, Rafting dan Kayak. Dah pandai mengapung diri, masa untuk 'Sukan Air' !

Malam ada Makan Malam BBQ. Wak Ripin dan GengDapur akan panggang ayam madu, ikan-ikan, sosej, burger dan jagung untuk makan dengan nasi lemak ! Kalau ada sesiapa yang menyambut Hari Lahir dalam bulan Disember, sila bagitau semasa hantar Borang Penyertaan. Nanti Mama G boleh beli kek.

Aktiviti 10. Luahan Rasa. Peserta akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil mengikut keperluan masing-masing.

Aktiviti 11. Bonfire @ Canyon ! ( Ni surprise, Abang-abang GengLasak tak kasi cerita)


Aktiviti Hari Ketiga

Aktiviti 12. Nature Walk. Peserta akan dibawa sekeliling Kem untuk lihat pokok periuk kera, paku resam, anggerik hutan yang tumbuh atas tanah dan banyak lagi tumbuhan yang ada di KLD.

Aktiviti 13. War Game. Jom rasa main lumpur !

+++++

Sedekah.

Jika adik-adik mempunyai baju sekolah / kasut sekolah / beg sekolah lama yang tidak mahu dipakai lagi, adik-adik boleh bawa ke Kem semasa adik-adik datang untuk Program nanti. Tapi sila minta kebenaran dari Ibu dan Ayah dahulu. Bawa jika mereka benarkan sahaja. Tapi biarlah baju, beg dan kasut itu dalam keadaan yang masih boleh diguna dan bersih. Kita akan sedekahkan barang-barang yang adik-adik bawa itu kepada kawan-kawan yang tidak bernasib baik. Terima kasih !

2 comments:

ARP Daerah Jempol said...

Assalammualaikum kak Ogy.
Maaf lambat reply. Mengenai khemah yang akak tanyakan tempoh hari. Kami takda lah kak. Dulu memang skuad kami ada pinjam kat PLKN. Tapi sebab kami yang buat hal ( terlewat pulang ). Akhirnya PLKN tak bagi lagi pinjam kat kami.
Sori la yer kak...selamat hari raya pada warga KLD.

Amir
http://anugerahremajaperdana.blogspot.com

Kamalj said...

Seronok nampaknya rakan2 diKLD. Saya bercadang hendak kesana. From Gemencheh, NSDK.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...