Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Monday, October 29, 2007

Apa khabar ?

Lama sungguh saya tak menulis.

Macam-macam hal jadi, external harddisk, tempat saya simpan gambar-gambar sudah tidak boleh dibuka. Frust sungguh, sebab kat situ saya simpan banyak gambar-gambar Universiti Malaya, Matrix Johor, Anak-anak Yatim Darul Iman, majlis solat hajat periksa dan banyak lagi. Nak kena tunggu, personal tukang godek computer saya, balik dari Sarawak untuk sessi 'mengoperate'.

Macam mana Raya anda ? Saya biasa saja, Raya kat sini, Raya kat Muar dan beraya juga di KL sekejap, rumah Long yang sakit. Dan, Raya ni juga saya dah jadi, 'Tok Auntie'. Dah ada cucu baru, anak Aida dan Taufik, Adam Mikhael. Hadui, tuanya ! Kalau kat Jasin, saya paksa cucu-cucu sedara panggil 'Nanna' sebab takmo tua. hehe, Tapi ikut belah suami yang dipanggil 'Tok Busu', saya yang dipanggil 'Auntie' oleh anak-anak sedara, kenalah jadi 'Tok Auntie'. Tu, lah budak-budak ni, kecik-kecik dah nak kawen, lain kali tunggulah umur 35 baru kawen. (This is a warning to u, Iki ! Jgn nak kawen lagi. Kang berderet-deret budak-budak call me, 'Tok' karang !)hehe.

Pasal kerja. Kem dah wajah baru, warna baru. Iyer, dah tak warna hijau putih lagi walaupun sebenarnya warna hijau putih tu lagi lawa. Sekarang sudah warna hijau, kuning dan cokelat. Terang ! Tempat mandi tepi tasik pun dah tak ada, dah buat bilik mandi berkolah untuk girls. Boys jer yang mandi berjeti lagi, itupun tempat mandi berkolah untuk mereka sedang dalam pembinaan. Jeti lak, buat style 'poontoon'. Poontoon dibuat dari tong drum dan atasnya baru ada platform untuk jeti. Ada tali dan poontoon ni boleh bergerak-gerak. Kalau tak ada orang nanti, bolehlah 'Tok-Tok' berdua ni pasang bot tarik poontoon biar mereka berdua ke tengah-tengah tasik untuk sessi-sessi dating sambil pancing ikan. Tak ke romantik, gitu ? hehe.

Cakap pasal ikan, sekarang musim ikan. Hari-hari Pak Let bawa banyak ikan balik. Tadi dapat Pacu 2 ekor (lebih 3 kg seekor), lampam, tilapia, merah mata dan macam-macam ikan. Ni bukan pancing, kami pasang jaring depan Rumah Kayak.

Kem Cuti Sekolah. Soon yer, berita pasalnya. I have to confirm few things, lepas tu saya akan beritakan kat sini. Tema / konsep kali ni adalah 'Kem Kembara'. Ada satu sessi Motivasi sahaja. Maknanya ada satu ceramah sahaja. Lainnya, adventure gitu ! Akan ada sessi Jungle Survival - kraf perkhemahan, masak nasi dalam buluh dan banda-benda begitu. Compass Marching dan macam-macamlah. Tadi ada interview peserta KCS Sessi 1/2007, wah mereka nak Sessi melawat lembu-kambing lagi. Tapi tengoklah dulu ya. Kali ni nak lebihkan part 'mulia pekertinya' tu. Mama G cadang nak buat khidmat masyarakat. Kita pi tolong kemas rumah nenek tua seorang tu, nak ? Sian kat dia. Tunggu lagi few days ye !

Selamat Hari Raya !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...