2 minggu lepas, anak-anak di KUTKM berkonvo - Pakdi, Asri, Azlie dan Fendie.
Hujung minggu lepas pula( 12 Ogos 2006), hari bahagia Lenny dan pasangannya Faried. Ni dari Lenny sendiri :
"Orang Pontian, namanya Faried.
Jangan risau, saya ikut pesan kak g, cari orang Jawa. ;)
Kami bertunang bulan dua yang lepas, alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik, maka kami akan bernikah bulan depan, insyaAllah.
Tegas, ya cukup tegas.
Saya kenal dia sebagai seorang pegawai wataniah. Ya, macam Kuchai. ;) "
"Salam Bahagia untuk Lenny dan Faried. Bawaklah Faried jumpa kami semua, yer Len. Sorrylah Len tak berkesempatan untuk bersama di hari bahagia Len. Ingat tak, Cicha dan Toyak kata nak berkayak ke Sarawak kalau Len kawen ? hmm, asalkan boleh sahaja. Dia orang semua cakap Tahniah kat Puteri Santubong diaorang :)"
Minggu yang sama, Iha dan Zack pula berkonvo. Aduhai, banyak sungguh berita gembira !
+++++++++++++
Ni untuk Lenny dan Faried :
Selamat Pengantin Baru
Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha Allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup
Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu
Beginilah resam manusia
Tak lari dari ketentuan Ilahi
Suami ketua isteri pembantu
Melangkah hidup saling berpadu
Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal ke anak cucu
Moga kekal hingga ke syurga
++++++++++++
Jutaan Tahniah juga buat Zack dan Iha. ( While i'm typing this, Zack tengah upload gambar .. so gambar hensem Zack tuh akan diadd kemudian, yer geng !) Bertahun-tahun penat belajar, sekarang sudah mengengam ijazah idaman.
with all our love .. from all of us at KLD
No comments:
Post a Comment