Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Wednesday, May 03, 2006

Ulangtahun Kelahiran, Johnie KLD dan Apsere Adventure 2006.

Menyambut ulangtahun kelahiran minggu lepas, 27 April. Thanks to my family - Abang, Mak, anak-anak, adik-adik dan adik-adik ipar atas doa' yang semoga dimakbulkan untuk saya. Semua hantar kad termasuk anak saya yang jauh di KK. ( Iqi, mama tak kira, mama nak juga JD tuh .. paksa mummy cari juga untuk mama tau !) Saya sayang mereka semua. Abang dan anak-anak, thanks bagi saya hadiah yang sungguh 'bermakna' tu. I love you !

Thanks so much untuk Asri - akak dah print dah ucapan tuh, dan semoga doa' tu dimakbulkan jua - Amin ! Thanks Iha, thanks Fakiha for the call ! Thank you Icam, kawan dari kecil for being the first to wish me this year. Suka dia, saya dah ikut sama tua dengan dia :(

Tiada apa yang saya mahu dari kehidupan ini. Selain dari sentiasa di bawah lindunganNya, diberikan rezeki yang baik untuk saya nikmati sekeluarga dan semoga saya tidak lagi lalai mengerjakan semua suruhanNya. Amin ! Pun begitu, saya sentiasa meminta agar anak-anak diberikan kehidupan yang baik, semoga mendapat kejayaan dalam kehidupan mereka dan juga tidak lalai dari mengerjakan segala perintahNya. Saya juga mohon semoga diberikan hati yang baik dan semoga saya dapat berkongsi kasih sayang yang saya ada dengan semua orang yang saya sayang.

Dan juga semoga anak-anak saya di Kem yang bakal grad mendapat pekerjaan yang bagus-bagus, gaji besar - semoga boleh belanja kami makan sate. ( Aup dengan Zack, masih hutang kita belanja gaji pertama, kan guys ? )

+++++++++++

Johnie KLD

Johnie adalah panggilan untuk 'Junior Fasi'. Fasi-fasi yang masih dalam training, yang belum pandai kerja. Dipanggil Johnie, bukan Junior.

Bukan mudah untuk menjadi seorang Johnie apatah lagi menjadi seorang Fasi. Dua minggu lepas, ada seorang Trainee datang membuat 'on the job training'. Dia seorang yang mempunyai berbagai sijil dalam bermacam bidang. Tetapi kerana asas yang berlainan, cara dia tidak sama dengan cara Kem.

Ada banyak sijil memang bagus. Tetapi yang paling penting ialah anda. Diri anda sendiri. Sebab yang bekerja anda, bukan sijil-sijil tersebut.

Disiplin penting, begitu juga perwatakan diri. Rambut pendek dan kemas. Dari PakLet hinggalah ke Alif yang baru bekerja termasuk Pakcik Bujang, semuanya berambut pendek.

Pakaian juga kemas. Walaupun kami pakai baju free sahaja bila bekerja ! Memang banyak baju free bila bekerja di sini. Selalunya, organisasi yang buat program akan menghadiahkan baju-baju kepada fasi-fasi yang bertugas. Ada juga baju dari 'Bank Baju'. Kasut pun tak perlu beli. Ada banyak kasut di 'Bank Kasut'. Takpun, pakai sahaja 'Adidas Jawa'.

Fasi-fasi yang ada hari ni telah bersama Kem sejak 4 tahun lepas. Dari mereka tahun pertama, tahun ni semuanya dah grad atau tinggal semester terakhir. Zack, Pakdi dan Fendi dah grad. Semester akhir - Asri, Iha dan Azlie. Hiedy, Kucai dan PG dah tahun 3. ( er, ye ker Kucai tahun 3 ?)

Mereka 4 tahun dulu bukanlah seperti mereka hari ni. Sekarang adik-adik nampak abang Fendie dan abang Asri, konfiden sahaja bercakap depan beratus-ratus peserta. Tak gentar, tak mengelabah pun menyusun ayat. Bukan ada skrip, kan ? Boleh melawak lagi. Dengan budak kecil, begini caranya. Orang tua lain pula. Nampak konfiden sahaja, kan ?

Banyak yang telah mereka lalui. Terlalu mahal pengalaman 4 tahun tu. Mereka grad dengan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti. Mereka juga grad dengan Pengalaman Mahal Mengendalikan Manusia dari KLD.

4 tahun dulu, Fendie dengan rantai tangan dan rantai lehernya. Dengan rambut 'iron'nya. Asri, si-panas baran. Sekarang, siapa paling cool di Kem ? Hensem pulak dah tuh, semua yang dah besar nih :) Dulu, Mat Piling pun tak hensem macam sekarang. Dulu aweks peserta saja mengurat Mat Piling, sekarang dengan cikgi-cikgi dan pegawai-pegawai sekali mengurat dia

Abang Zack 4 tahun lepas, dengan kupiah kaler-kalernya. Nak kata ala Raihan bukan, ala Rabbani bukan. Sekarang semua sudah jinak ! Kak Iha dulu, asyik jadi mangsa gurauan dan bulian. Kucailah si-tukang buli. Kesian Iha bila Kucai dan Abob ada. Sekarang, berani kacaulah, kan Iha ?

Abang Toyak dan Abang Cicha jer yang sama sahaja :)

Bukan terus-terus sahaja mereka boleh handle peserta.

Masa mula-mula mereka kerja dulu, KLD sangat miskin. Bangunan yang ada cuma tandas dan sebuah bangsal. Dewan yang dibuat dari Kayu Gelam dan Zink. Kami tidur ramai-ramai kat situ. Kalau hujan, tarik tikar, buat tutup badan. Lelap juga sehingga pagi. Sehingga nak kejut, PakLet kick baru nak bangun.

Tapi kami happy. And sometimes i feel i'm happier then. Zaman anak-anak kecik lagi :)

Dan kerja fasi, bukanlah mengikuti aktiviti sahaja. Kalau ada emergency - baik tandas tersumbat ker, pintu tandas tercabut, kunci pegawai hilang, kereta pegawai tak boleh start - pun kena setel juga.

Tanyalah orang lama, pengalaman mereka. Yang baik, jadikan contoh dan yang tak elok, elakkanlah.

Selamat Menjadi Johnie.

++++++++++

Apsere Adventure 2006

List Confirm Pergi : PakLet, Kak G, Ayin, Nana, PG, Cicha, Toyak, MatGer, Asri, Iha, Fendie, Zack, Abob, Along Bunga, Azlie, Azim, Apek, Kucai dan Hiedy.

Kita akan naik keretapi dari Tampin ke Kuala Tembeling.

Tak boleh nak bayangkan masing-masing punya perangai.

Along Bunga, FendieAzlie dan Azim - akan kacau aweks sepanjang gerabak.
Pakdi, Asri, PG akan interview pekerja KTMB - dan check semua enjin yang ada dalam keretapi tuh.
Cicha akan kacau MatSalleh dan speaking bahasa yang dia jer faham tu.
Toyak dan PakLet akan check semua lubuk yang kelihatan dari ketapi - 'ada puyu tak tuh?'
Kucai, Abob, Zack akan kacau semua orang

mau agaknya , driver ketapi, tepon headquaters dia'

" Encik, chop sekejap boleh ? " Encik Driver
" Iye, apa hal " Encik Boss dia lah ni
" Ada 20 orang yang tah dari mana nih, suruh dia orang turun dulu boleh ? "

wah, kena behave tau guys. kang orang halau kita ker, kurung kita dalam gerabak haiwan ker. kesian kita.

encik kamal pun nak ikut. leh cari makan nih, kita organise kem kat taman negara, siap ada penceramah motivasi terkenal !

Fasi on-duty minggu ni, nanti PakLet telefon. KK Selandar confirm, KK Alor Gajah ada problem pulak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...