Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Tuesday, May 02, 2006

SM Sains Muar, SMK Cina Seg Hwa, Literasi Melayu, dan MMU Cyberjaya

Sekolah Menengah Sains, Muar.
MasyaAllah, dah lama sangat SMS Muar masuk dan keluar sampai lupa cerita peristiwa yang berlaku. Saya Cuma ingat kumpulan ni ada peserta-peserta yang bernama unik – lelaki bernama Rina dan Angela. Selalu gitulah, tak terlupa pada yang pelik dan unik.

SMK Cina Seg Hwa
Saya menunggu-nunggu kedatangan gambar-gambar dari Jurugambar Seg Hwa. Si-‘Dewa Kekayaan’ yang menjadi jurugambar berjanji akan mengemelkan gambar-gambar, tapi sampai hari ni, tiada jua bayangnya. Saya ada terima gambar (hardcopy) dari Safiyah. Tapi tak de scanner. Tak boleh scan untuk letak di sini. Cantik-cantik gambarnya, dengan berbagai posing dengan abang-abang fasi.

Untuk Seg Hwa, kami lantik 2 Asst. Kem Komandan – Asri dan Fendi. Dengan peserta ramai dan aktiviti-aktiviti baru, kerja jadi banyak dan peserta perlu perhatian setiap masa. Selain dari fasi bertugas – Iha, Cicha, Toyak, Azlie, Azim dan Angah, ada juga jungle guide yang bertugas. Haji Yusof, Lan, Ah Lau, Jin Keong, Iz dan Elo.

Seg Hwa buat Kem Remaja Lasak 5.

Hari Pertama
1. Meneroka tanah depan Pintu Besar KLD. Site ini juga telah dinamakan dengan rasminya (ishh okay ker ayat ni?) sebagai Tapak 3 Lambaian Seg Hwa. Setiap kumpulan perlu mengemas tapak sendiri, bina gadget dan pasang tents. Hujan lebat lewat petang menyebabkan tapak depan tuh licin dan berselut. Fasi mengikat tali-tali sebagai pemegang ketika berjalan. Aktiviti malam, Night Walk dan ada kumpulan yang tak tidur malam, menyiapkan gadget.

Hari Kedua
1. Morning Exercise untuk memanaskan badan.
2. Sarapan Pagi.
3. BadangRace. Selepas sarapan, peserta akan keluar dari Kem. Mereka perlu buat berbagai ‘task’ dan menjawab soalan-soalan.

Sebahagian peserta akan berdayung ke ‘Pokok Durian’ membawa boya-boya dan paddles. Kemudian, meninggalkan boya dan paddles, berenang kembali ke jeti. Tak jauh, dalam 800 meter pergi dan 800 meter balik sahaja.

Selepas semua berkumpul, memulakan perjalanan. Jalan Merah-Tapak War Game-Canyon-Bukit Tuah-Puyu Ker Betuk-Sempadan Johor Melaka-Rumah PAM-Rehat dalam Hume Gergasi-Ladang Kelapa Sawit- Gelunsur- Buluh Tolak Rakit- Ladang Getah – Tebang Buluh Rakit – Angkat Buluh- Reban Ayam- Tepi Tasik Biru- Lunch di Tepian Tasik- Kampung Cina- Pokok Pisang- Ladang Getah-Jalan Merah- Pokok Durian-Ikat Rakit- Berdayung Balik ke Kem.

18 kilometer.

Keluar pagi – sampai ketika hampir waktu Maghrib. Fasi dan peserta semua letih longlai !

Kumpulan yang menang ialah Kadet Polis yang berentap dengan Pengakap.

Macam-macam peristiwa yang berlaku.
1. Peserta pengsan (lupa nama – kawan Safiyah). Saya dan Azim bawa balik ke Kem.
2. 3 orang peserta sesat. Saya dan Azim dah tunjukkan jalan dan lukis atas tanah, arah mana perlu tuju, dia sesat juga. Kumpulan Iha. Dah lah Iha kena tolong pikul buluh, risau ahli kumpulan sesat lagi. Akhirnya, ada orang hantar mereka ke Kem. Dan saya kena bayar RM 2.00 duit minyak si-penghantar.

Hari Ketiga.
1. Streching
2. Sarapan Pagi
3. ‘War Game’
4. Majlis Penutup

Bye, Seg Hwa !!!

Literasi Melayu, MMU Cyberjaya

Kem Komandan, Zack dibantu oleh Cicha, Alif, Adilah dan Mushi. Program Senggang Santai – Berpoya-poya sahaja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...