Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Monday, May 15, 2006

Di Tepian Danau

So long, dearest Pondok Fasi !. Pondok Fasi atau nama rasminya D Tepian Danau diruntuhkan untuk Projek Baru Kem. Sedihnya kami. Selama 3 tahun, di sinilah tempat fasi-fasi lelaki tidur, berehat, simpan kasut (bank kasut di tangga pondok) dan berbagai kegiatan lagi yang tak cukup ruang untuk tulis di sini.

Image and video hosting by TinyPic
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Image and video hosting by TinyPic
Pondok fasi, dari depan. Kat sini ada 2 sofa lama, yang saya bawa dari rumah. Sofa tu, sofa pertama saya yang Mak dan Ayah belikan selepas kahwin. Selalunya sofa tu jadi tempat tidur Ayap dan Toyak. Ular pun pernah tidur atas sofa ni. Tapi dah bakar dah sofa ni semalam :(

Image and video hosting by TinyPic
Dari kiri : Toyak (pegang winter green yang bersejarah), PG, Cicha, Matger, Azlie, Syafiq, Fendie dan PakLet. Depan, bongkok : Asri. Kami posing sebelum Pondok Fasi dipecahkan. Soft toys Nana yang jadi permainan dan teman tidur fasi, diarahkan Pak Let supaya dibakar. Dapat selamatkan seekor ayam sahaja. ( Kat tangan Azlie)

Image and video hosting by TinyPic
Poster ni, dah ada di Pondok sejak Pondok siap dahulu. Budak SMK Teknik Bukit Katil bagi kat Pak Man. Kenapa simpan poster ni ? Selain kenangan untuk Pak Man juga kenangan untuk saya sebab group ni sejak 2003, hinggalah sekarang, masih belum bayar upah penat kami !

Image and video hosting by TinyPic
Tangga tempat fasi-fasi lepak main guitar, usik aweks dan lain-lain. Selalunya kat bawah tangga ada banyak kasut-kasut fasi-fasi.

Image and video hosting by TinyPic
Tak boleh bawa kasut ke atas Pondok. Baca signboard ni.

Image and video hosting by TinyPic
Kerja-kerja memecah bermula pada pukul 8 pagi tadi. Matger dan Syafiq atas bumbung. Fendie tukang angkat zink bersama Pak Let. Toyak sampai pukul 8.30 pagi.

Image and video hosting by TinyPic
'Tukang pecah rumah'

Image and video hosting by TinyPic
Gambar ni saya ambil pukul 12.30. Zink dan rangka atas juga dinding dah habis dibuka.

Image and video hosting by TinyPic
Tengahari tadi kami makan lauk asam pedas ikan tenggiri yang saya masak. Ada letak daun kesum dan bendi. Ni Fendie. Fendie kerjanya membuka semua paku-paku dan angkat papan untuk dikumpulkan depan Bayu.

Image and video hosting by TinyPic
Kayu-kayu yang telah dibuka dikumpul depan Bayu. Kami nak guna kayu-kayu ni untuk besarkan jeti.

Image and video hosting by TinyPic
Ni tempat lepak fasi yang terletak depan Pondok. Lepak ramai-ramai di sini.
Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Will update on SMK Banang Jaya and The President Visit to KLD soon. Hari ni, penat sangat. Berat sungguh papan yang saya kena angkat tadi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...