Kami keluarga KLD berkumpul di Hentian Serdang untuk ke Kuala Kubu Baru, rumah Zack. Selalunya kalau rumah fasi jauh - macam Asri, Iha dan Azlie. Tak dapat pergi. Buat khenduri hari orang masuk, tak boleh nak bercuti. Ni Zack kahwin semasa cuti Raya, dapatlah kami ramai-ramai kami serbu.
Jauh juga KKB tu, bak kata Toyak - naik bukit,turun bukit, jumpa airterjun, juga tasik, tak jugak sampai. Kami ikut jalan Ulu Yam, Batang Kali dan KKB. Tapi bila dah sampai Taman kediaman ibubapa Zack dah senang. Papantanda Zack semua kaler Orange. Lagi sekali, sukahati Toyak sebab orange flag adalah penanda rasmi KLD untuk semua Race kami. Macam KLD Race kami mencari rumah Zack.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhy6FfLb4nuUIg5i-T_TgJKwL0qIhkNevCQ-hMHAWsvlp8mRv67vcK7reOXDeafHNgq59_TMl6CXse-LumQDIWF0n4J-CzV6XBU80HsET7NzucuNCAEyUSgGzT6XDwgPRMeSTZL/s400/kawen+5.jpg)