Salam Ramadhan !
![Photobucket - Video and Image Hosting](http://i114.photobucket.com/albums/n247/ogyrosli/8.jpg)
KLD - biru, putih dan hijau, tenang dan damai di bawah langit Ramadhan ! Hari ni, dah lapan hari kita berpuasa, kan ?
Bulan puasa, kami bercuti sebulan. Tidak mengambil sebarang tempahan. Bercuti pun, bukannya tak buat kerja langsung. Malah, lagi banyak kerja yang perlu dibuat. Inilah masa untuk membuat kerja-kerja maintenance - repair apa yang patut, mengecat, menaiktaraf kemudahan yang ada dan lain-lain.
Jadual kerja, padat. Sebaik keluarnya SMK Cheras Perdana, pelantar depan office telah direpair. Buka balik semua lantai-lantai dan tukar tiang-tiang yang tak kuat. Sekarang, dah boleh berlari balik atas pelantar tuh.
Habis tu, kerja-kerja meracun. Umbai, menerung dan rumput bukan boleh dibiar. Kalau tidak nanti, tasik jadi cetek. Tak sanggup nak mencabut, Syafiq dan PakLet meracun dari atas bot. Kalau Matger dan Kemang dahulu, mereka cabut.
Dah mati kena racun
Umbai dan menerung yang dah mati.Siap meracun, kerja-kerja mengecat bermula. Hampir 40% siap. Anjung Kelana, Pentas dan separuh Dewan Makan.
Anjung Kelana. Syafiq sedang mengecat AK semasa saya ambil gambar ini. Warna cat ? Tentulah Putih dan Hijau. Suci dan bersih jer kedua warna ni, warna pilihan Baginda Rasulullah SAW.
Er, ini Syafiq, bukan Farrah yer. Farrah, thanks eh, tinggal baju. Buat baju kerja, baju Farrah nih :) Mengecat tiang Dewan Makan.Sambil tu, kerja-kerja membasuh juga giat dijalankan. Selain dari linens chalet-chalet, semua, IYER, SEMUA cadar-cadar, kain selimut dan sleeping bags fasi telah dibasuh. Sekarang dalam proses membasuh baju-baju, tracks bottoms,
spender, tights dan segala maknenek fasi yang masam, kepam dan buchuk giler tuh. Sekali masukkan dalam mesin, sekali megren, korang tau tak ? Mendidih jer darah nih, nak lepuk-lepuk pala korangs, tau ?
Menjemur baju di Pelantar. Mesin Basuh Baju ni adalah pemberian Wak Ripin. Tapak Puteri. Sudah cantik diisi dengan pasir. Sudah boleh bercanda di tepian pantai gitu. Seluruh Tapak Puteri sudah berpasir. Bestlah, tents sudah boleh pasang atas pasir. Dan siaplah, Boss Khemah - Toyak dan Cicha nak layan khemah berpasir :) Kerja membuat border hampir siap, tinggal nak plaster sahaja.
Level pertama, paling tinggi. Kami buat tiga level - tinggi, sederhana dan rendah.
![Photobucket - Video and Image Hosting](http://i114.photobucket.com/albums/n247/ogyrosli/10.jpg)
Pasir Gred A untuk Tapak Puteri. 15 lori besar. PakLet anggarkan Tapak Puteri boleh memuatkan 120 orang peserta sekarang. Setor bawah tanah untuk Bilik Kecil 15 buah juga sedang dibuat. Asalnya 10' x 10' x 10 '. Sekarang ni, luas dan lebar memang 10' x 10' tapi dalamnya dah terlebih sebab JCB terlebih sikit mengaut. Hantam jerlah ! Setor lama tuh tak cukup untuk menampung peserta yang ramai. Takkan setiap minggu nak panggil IWK menyedut pulak.
Lubang Najis Setor bawah tanah yang baru.
Dhalan dan Wak Ripin sedang bekerja.
Wak Ripin. Dia suruh saya ambil gambar dia.
KLD, kesayanganku !++++++++++
Malam tadi, Raup datang. Dia belanja kami makan kat Kedai Siam Jasin Hilir. Terima Kasih, ye Raup !