Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Friday, February 06, 2004

Amir Pakai Braces, Yayasan Nurul Yaqeen dan Peningku yang tak habis ni !

Amir dah pakai braces. Gigi dia teruk, taring ke atas. Muncung jer bibir. Jadi, kami bawa dia ke pakar otodentik (betul ke eja ni ?) dan selepas cabut gigi 4 batang bulan lepas, hari ni gigi dia dipasang braces. Abang dan Mak yang bawak dia semalam. Saya kena mengurus Kem dan anak-anak yang lain.

Petang dia telefon, kata braces tercabut dan gigi sakit. Tak dapat makan langsung dan lapar. Gastrik. "Mama, datanglah tengok Along". Siap sedih-sedih macam nak menangis. Lepas Maghrib, kami bertolak ke sekolah dia. Singgah di Jusco. Abang gi dinner di Food Court. Saya pergi ke McD beli bubur ayam. Lepas tu stop kat supermarket beli Cadbury Choc Drink, Nestum, air mineral dan roti.

Terus je ke asrama dia. Miss call dia. Tak boleh pakai mobile di sekolah. Tapi sesuka hati jer langgar peraturan. Sama jer anak dengan Mak-Bapak ! Nampak saya, terus jadi sedih. Heh ! Hero sakit gigi ! Masa ni saya rasa dia cam 'my little boy' again. Dapat peluk Mama, Mama kiss, tetiba semua okay ! Kadang-kadang he act cam dia dah besar sangat, dah pandai sangat. Degil pulak tu. Bila dah sakit, ingat Mama, nak Mama. Saje Mama tulis sini biar bila awak besar dan Mama dah tak de, awak boleh baca, boleh tahu macam mana Mama nak besarkan awak. Hari Sabtu ni dia kena pergi ke klinik sendiri, gi repair balik braces yang 'putus' tu.

Minggu ni kami kena uruskan peserta dari sebuah sekolah di KL dan 2 buah sekolah di Pagoh. Mereka ditaja oleh Yayasan Nurul Yaqeen. Program Bina Insan. Setakat ni dah ada sebuah sekolah yang sampai dihantar Cikgu Disiplinnya sebentar tadi. Sekarang mereka dengan Abang dan Asri pergi bersolat Jumaat di masjid Chinchin.

Bila Program Bina Insan, tentunya yang datang pelajar bermasaalah. Kalau lelaki selalunya kes pukul memukul, kes ugut, merokok dan ponteng sekolah. Yang perempuan kes bercium, beromen, jadi bohsia dan ponteng juga. Jenuhlah hari ni memikir pasal anak bangsa !

Dan program ni banyak dengan ceramah-ceramah. Dan selalunya bila kena tinggal dengan guru-guru, mereka jadi baik. Sebab takut dengan orang yang tak dikenali, yang semuanya garang-garang belaka. Mereka faham, jika tidak ikut peraturan, mereka akan kena denda.

Fasi-fasi yang kerja minggu ni fasi-fasi 'serious' belaka. Asri, Agus, Pakdi, Muafa, Khalid dan PakMan. Dijamin tiada gelak ketawa di Kem minggu ni ! Dijamin saya akan tido jer la sebab tak de geng jahat utk projek jahat

Malam ni saya nak pergi dengar ceramah ni "Sahsiah Diri". Ceramah ni oleh consultant yang dilantik oleh syarikat kami. Saya akan ambil notes, dan kalau ada yang best-best nanti akan saya postkan kat sini. tu pun kalau saya tak lelap

Pening ? Teramat pening ! Apalah susahnya nak hantar surat tu ? Tolonglah jangan segalanya last minute ! Uh, bencinya menunggu !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...