Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Wednesday, February 11, 2009

Nonet-nonets yang sangat kami sayang !!!

Kem Cuti Sekolah 2/2008 : 30 November 2007 - 2 Januari

Memang saya takleh nak update blog ni ikut masa. Amat sibuk sekarang. Maid lama dah balik Indonesia, menunggu maid baru yang tak kunjung sampai.

Ni cerita Kem Cuti Sekolah. Macam biasa, semua facis excited bila Kem Cuti Sekolah. Dan, bila KCS, kena letak abang-abang dan Kakak Facis yg baik-baik aje jaga adik-adik. Kena letak yang sabar-sabar tahap tinggi !

Hari Pendaftaran. Adik-adik sibuk mendaftar diri.

Kawan GengJurnal - Wkdin yang berbaju putih tu(mantan Presiden GJ) hantar 13 wakil !

Semasa sessi pendaftaran KCS kami ada Kolej Matriks Johor. Ni mereka, setelah balik 'berperang'. Dengan kotor bolor berlumpur gitu, ingatkan adik-adik ni takut - rupanya asyiklah tanya, "bila lak kita nak main lumpur ? " oh, amboi !

Facis-facis 'garang' takleh jaga adik-adik. Toyak & the gang :P

Makan selepas mendaftar. Kami mmg siapkan minum pagi sebab kadang-kadang anak-anak ni, sebab excited, tak boleh nak bersarapan di rumah.

Gotong-royong pasang tent. Haziq dan Nana

Ok, ini Bapa Mithali, siap tolong anak pasang tent. Risau jer nak tinggalkan anak tuh :)

Wah, dah siap khemah dah.

Aktiviti petang tuh, makanan dalam hutan dan kraf perkhemahan. Abang-abang facis dan Kakak Facis kamu ni, over tau. Siap buat garlic potato in foil utk makanan hutan ! Sebenarnya menu yg ada ialah : Roti Pintal (ala garlic bread dan gula butter), Nasi Masak dalam Kelapa Muda (sedap dan wangi sebab Along guna kelapa pandan, Ubi Kayu Bakar (hangus ,, hehehe) dan Garlic Potato.


Ni Baked potato with garlic and butter


Abang Zack demo cara buat Roti Pintal. Nadira WKdin bukan main fokus lagi tu.


Ni gadget yg adik-adik buat. Tempat gantung baju. Mereka juga buat pintu gerbang dan tempat kasut.

Sessi bersama Encik Kamal. Tu Mira dan Nana

Aqilah yg tidur di pangkuan Mama G. Kes Aqilah. Masa Mummy dia bekalkan susu dan botol susu, facis sudah sedikit panik :) Facis biasa mandikan adik-adik, sikatkan rambut, pakaikan baju, gosokkan gigi, tidurkan adik-adik. Cuci Bottom tuh, mereka panggil jer maid - Ina ker Maya ker. Tapi buat susu belum pernah lagi. Tapi Kak Bai dah fokus dah masa Mummy Aqilah ajar cara buat susu. Ok, setel dah isu tu.

Malam, Aqilah sudah nangis-nangis. Mak saudara dia ada, Mira (umur 7 tahun). Kami ramai-ramai pujuk dia. Pastu bila lagi dia nangis tak ingat dunia, kami cuba nak trick dia. Nak tipu kata malam karang Mummy dia datang. TAPI, kami berbicara dalam bahasa Inggeris. Konon, biar dia tak faham. Sekali dia beritahu Pak Let nak telefon Mummy dia. Pak Let bawa dia pergi Office. Kat office, dia cakap kat Mummy dia, in English - "Mummy, please pick me up, I want to go home". Nah kau, patut ler lagi dia dengar kami bincang hal dia, lagi menangis nangis dia. Puas Pak Let pujuk dia dan akhirnya terpaksa juga telefon Puan Leen. Nasib Puan Leen dan keluarga bercuti di A Farmosa Resort, Alor Gajah. Kalau dah balik JB, parah juga. Menunggu kedatangan Puan Leen, Mama G tidurkan dia dulu. Lelap lak atas tilam tebal tuh :)

Ni sessi bersama Encik Kamal. Baju kuning tuh, Yusuf, Ucop kami yang sakit jantung berlubang, yang pernah datang KCS yang lepas. Kini Ucop dah okay dah, tak perlu lagi makan ubat. Dan dia dengan sepenuh hatinya melasak sesuka hati. Yang sebelah Encik Kamal tu, Damia, adik Ucop. Umur 6 tahun.

Baca ikrar. Dari kiri Din, Afy, Ucop, Taj dan Mir

Chicken Dance.

Sunday, February 01, 2009

Facis Training

Best !

Kami buat Lake Exploration on Raft dan Exploration di Safari 6 dan 7. Ni route paling mencabar di tasik.

Tengok gambar, okeh dan gambar yg tak berapa sopan tu, maaf ek. Terpaksa bukak baju sebab dalam baju ada duri nenas air.



Dari Kem, pikul rakit ikut laluan Kampung Cina, masuk dekat selekoh sebelum Kebun Pisang. Cari tempat landai untuk kami turunkan rakit.

Tengah nak balancekan rakit, kena pergi tempat yang dalam sikit

Tunggu Ghaz dan AG naik rakit.

Air cetek, takleh nak paddle. Ghaz dengan AG cari laluan air dalam supaya kami boleh berakit

Yes ! sudah boleh kayuh.

Sudah ada obstacle - kayu banyak, kami turun, bersihkan laluan. Bahaya kayu nih, kalau tiub tayar pecah, menangis nak apungkan rakit. Dah lah kami sepuluh orang, tiub ada lapan jer, berat buluh lagi - tu lom facis yg berat-berat tuh.

Kejap boleh berkayuh, kejap kena terjun. Bila boleh paddle, takleh laju-laju sebab tak tahu apa obstacle ada kat depan. Kena hati-hati sentiasa.

Masa ni best jer berakit. Tak ada halangan apa-apa.

Mula masuk Safari. Mula azab ! hehe

Kena bersihkan umbai untuk buat laluan. Kami tolak Along dan Fati untuk ratakan umbai.

Giliran Wan pula kena tolak. Akhirnya habis juga umbai tu

Kena tolak rakit lagi

Kena angkat pokok mati

Sedih ! Masih takleh nak naik rakit. Dah jauh nih, kami berjalan sambil tolak rakit. Ghaz masih di depan, cari laluan


Dah sampai ke kolam ikan

Kena pikul naik rakit ke ban

Pikul rakit ke Safari 7

Jauh ! kena lalu ladang getah

Ini di Sungai ke Tasik Kem

Dah hampir ke tasik. Lepas ni boleh paddle terus, tak payah nak turun rakit lagi :)

Tadi TJ lead, ni pulak Fathi nyer turn

Camni lah berakit, ye adik-adik. Serentak jer :) Ni kamu, sorang depan, sorang belakang mana ler rakit nak bergerak.

Sempat bergurau senda dan menambah koleksi encik lintah. Best woo, banyak lintah nih. Masa ni semua dah tak berbaju, pakai BA jer. Okeh ah tuh, same gak cam pakai singlet.


Hutan itu Kem. Yes ! Sudah sampai
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...