Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Sunday, February 29, 2004

Penat! Penat! Penat!

Belum hilang penat melayan PAM yang keluar hari Rabu. Khamis hari mengemas Kem semula untuk menerima kedatangan STHAM, Cheng, Melaka. Jumaat sambung mengemas dan menyediakan persiapan terakhir.

Hari Sabtu ada tetamu - kawan-kawan Fadhli dan Sham dari KL. Ada bbq untuk mereka.

Selain tu tak habis-habis melayan orang datang nak buat booking/tanya pasal Kem. SMJKC Seg Hwa dari Segamat, SMK Seri Bemban dan JIM. Kedua sekolah confirm dah tempahannya. Cuma JIM - ada masaalah haribulan tempahan. Ada dah group (tapi tidak confirm) pada hari yang dikehendaki.

Hari ni pukul 9, group MMU sampai untuk Kem Lasak Sehari - satu bas, perempuan sahaja. Syukurlah sebab abang-abang yang dah kepenatan melayan STHAM tiba-tiba segar dan dengan machonya terjun tasik semula untuk acara-acara lasak: war game, obstacles run, water confidence dan kayak.

Sedang menunggu mereka habis beraktiviti dan lepas tu boleh la pulang ke rumah. Miss my kids. Tak bawa mereka sebab hari Isnin, Hafidz dan Nadzrin ada ujian bulan Februari.

Jurulatih Kanan minggu ni : PakMan dan Jamsari.

GangLasak minggu ini : Lenny, Iha, Cica, Muafa, Madas, Asri, Pakdi, Khalid, Ruddy, Agus, Fathi dan Zack.

GangDapur: Jepun dan Toyak

Imam Satu : Ustaz Zul
Imam Dua : Ustaz Dino

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Bidalan / Peribahasa

Bangsa Melayu bangsa yang kaya dengan bahasa indah - bergurindam, berpantun, bersajak dan bersyair. Tetapi ada juga peribahasa dan bidalan yang tidak lagi relevan. Ada juga yang telah diubah dan ditokok tambah. Di Kem, kami tidak ketinggalan juga memandai-mandai, seolah pakar, sesuka hati mencemarkan bahasa ibunda.

Pak Man - 'jadilah seorang tukang kebun'
Maksud Pak Man, seorang tukang kebun yang baik akan dapat membesarkan pokok. Biarlah anak pokok tersebut datang dari nursery yang baik, baka baik, jika tidak dibajai dan disirami ianya tidak akan hidup subur. Sama lah seperti mendidik insan.

Pak Let - Buat baik seikhlas hati, buat jahat jangan sekali. PakLet amat tidak suka jika disebut buat baik berpada-pada. Kalau nak buat baik, buatlah dengan ikhlas. Kenapa nak berpada-pada.

Cica - "Kita puyu, dia kerapu. Manakan bisa berenang dalam kolam yang sama". Ni bila awek kaya/lawa tidak sudi pada abang tak kaya/tak handsome. Mendalam maknanya. Enggang dan pipit masih boleh terbang di langit yang sama. Tapi puyu dan kerapu mustahil dapat bersama.

Ada lagi, tapi lain kali sahaja.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Menyusun jari sepuluh, memohon ampun dan maaf kepada GengJurnal

Tadi ada enquiry dan mereka telah request date (1 & 2 Mei 2004) yang telah saya berikan kepada TokRimau, spyz dan Wkdin.

Minta Wkdin telefon akak pada hari Selasa untuk kita bincangkan hal ni. Boleh tak Wkdin confirmkan date tu. Akak tahu Wkdin dan kawan-kawan telah banyak bersusah payah untuk projek ni. Kami sedang pujuk kumpulan tu untuk tukar hari. Serba salah akak dibuatnya. Susah juga untuk menolak RM 30K untuk kerja 3 hari !

Kita bincang ye ! Jangan marah akak dulu !

Friday, February 27, 2004

Nama dan pangkat

Anda panggil diri anda apa ? Kalau orang Utara rasanya (contoh Asri, Pakdi) sebut 'saya', orang Johor sebut 'kite', ore Kelate 'kawe'/'ambo', orang Perak
(macam Wazir) 'teman' dan macam-macam lagi ikut negeri. Ni sebutan dengan kawan-kawan la.

Kalau dengan keluarga mesti ada panggilan istimewa/manja. Saya adik-beradik senang jer - Ogy, Nan dan Ida. Singkatan dari nama dalam surat beranak.

Keluarga Abang ramai, 9 beradik. Beberapa orang ada nama gelaran - Atan, Konde, Ewet dan Let. Let tu suami saya. Masa kecil dia bulat dan keluarga panggil dia 'Lat'. Dia pula tak reti nak sebut dan sebut 'Let'. Jadinya sampai sekarang dia dipanggil 'Let'. Dah tua, dipanggil Pak Let :) Sekarang ni adik beradik Abang ada Dato', ada Datin, ada Prof tapi semua tetap dipanggil dengan nama gelaran oleh orang kampung. Terasa istimewanya. Apapun kita hari ni, kepada sanak-saudara dan orang kampung, kita tetap 'budak kecik' dengan nama gelaran tu. Saya suka dengar Mak Mertua marah-marah si-Let. Bebel-bebel dia suruh pergi masjid bila
balik kampung. Let, Let, Let. Sweet, honey !

Ada orang ikut pangkat - Along, Angah, Uda, Alang, Uteh dan Achik. Macam ni saya suka sebab bila masing-masing dah ada anak-anak boleh panggil Pak Long, Pak Ngah dan sebagainya. Hari ni banyak orang panggil Auntie/Uncle. Saya sendiri dipanggil Auntie Ogy oleh anak-anak sedara sebelah suami. Tak best, kan ?
Sebab orang lain yang tiada pertalian pun dipanggil begitu juga. Jadi kita yang
mak sedara ni seperti sama sahaja dengan kawan-kawan ibu bapa mereka.

Sekarang ni dah tak ramai lagi dah orang-orang yang saya dapat bahasakan diri 'Ogy'. Sebab orang yang tua dari saya, semakin lama semakin ramai yang
pergi. Dengan kawan-kawan saya bahasakan diri 'aku'. Cuma yang rapatlah.
Yang kurang rapat, 'saya'. Dengan yang muda-muda, 'Kak G'. Saya dah dapat juga pangkat 'nenek' tapi cucu saya tu panggil saya 'Nanna'. Amboi, cam orang puteh ! Apa nak buat memang anak mat salleh !

Dan dengan 'TUAN' saya juga saya bahasakan diri saya 'aku'. Sebab saya mahu
rasa rapat denganNya. Saya, hambaNya yang hina. Yang sering meminta-minta !

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Happy Exam !
Adik-adik di Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan akan menghadapi peperiksaan. Selamat Berjaya : Madas, Fendi, Asri, Pakdi, Erni, Aidil dan Lempeng.
Pointer cun-cun, eh ?

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hari ni akan menerima tetamu dari SMK Tun Haji Abdul Malik hingga Ahad.
Ahad juga ada program Lasak Sehari - MMU, Melaka.

Happy weekend !

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Alhamdulillah ... Haji Ibrahim, chef Kem dah kembali dari Mekah. Minggu depan
dia akan mula bekerja. Boleh lah makcik pencen !

Monday, February 23, 2004

Johor! Johor! Johor!


Salam Maal Hijrah untuk semua

++++++++++++++++++++++++++++++

Suami saya nak anak-anak kenal negeri 'mereka'. Plan trip jalan-jalan ke Johor. Tak plan sangat pun, sebenarnya. Tanya sana-sini. Surf pun, info lama. Dah tak relevan lagi. Kami main redah jer !

Hari Jumaat lepas solat, kami semua bertolak ke selatan. Pergi dengan 2 kereta. Kami, anak-anak, Mak dan adik saya, Ida. Dari Tangkak terus ke Plaza Tol Kulai. Awal juga sampai - 4.20 petang. Ke Kota TInggi. Unsure dengan jalan, sekejap-sekejap kami telefon Agus, fasi Kem - orang Kota Tinggi. Drive thru Felda Air Tawar menuju ke Tanjung Balau. Mencari Tanjung Balau Resort. Baca percutian Dona di situ, macam seronok. Kami pun nak cuba.

Tanjung Balau Resort memang best. Swimming pool dia dengan splash dan slides. The two nets (Nadzrin and Nana) dah suka. Tapi abang-abang (Amir & Hafidz) tak suka. beach dia berbatu-batu. Pujuk kami, nak ke Desaru. Kami pun terus ke Desaru.

Apa dah jadi dengan Desaru ? Macam ghost town. Banyak hotels dan condos yang macam kena tinggal/dah close down. We tried Desaru Chalet. Sebab pernah duduk situ dulu. Alahai, dah tak terurus. Abang-abang nak juga stay situ. Sebab beach best, ada pokok untuk gantung hammock dan boleh pasang tent depan chalet. "Adventure, Ma !" Iyelah, dengan kita jer the only guest. Beradventure dengan hantu adalah. Takmo.

Kami pening. Hari dah petang. Saya ajak Abang kembali ke Tanjung Balau. On the way to Tanjung Balau, kami nampak satu signboard. Le Cemara Flight School. Sekolah untuk pilot ker ? Kami belok dan ke Le Cemara. Tanya-tanya. Ada flight park, hoseback riding, bicycle for rental, lounge dll. Ada banyak jenis apartment - family studio, deluxe studio, junior penthouse dan deluxe penthouse. Harga dari RM 280 hingga RM 560 per nite. With breakfast. Dah nak Maghrib, ok jer la.

Malam nya we had nite swim. Rasa cam nite swim kat Kem lak ! Front Office staff carik kami. Beritahu esok tak de breakfast sebab kitchen staffs kena bersiap untuk 2 group besar yg akan check-in esok. Malamnya dinner pun hanya ada nasi goreng dan mee goreng sajer. Alahai, kami nak seafood.

Ke bandar Penawar. Amir dah pernah pergi ke Bandar Penawar lawan hoki dengan Sekolah Sukan Bandar Penawar, dia tahu jalan. Pusing-pusing cari restoran. Tak jumpa-jumpa. Akhir sekali jumpa Medan Selera. Makanan paling tak sedap pernah dirasa ! Serius. Saya orang kampung, tak reti sangat makan benda-benda mahal ni. Biasa dengan lauk kampung saje. Tapi memang tak sedap. Tak tentu arah nak betulkan rasa. Bayangkan kalau nasi goreng, perah limau nak bagi rasa ! Dah rezki kami macam tu.

Baik saje ke Le Cemara. Tidur. Konon ada in-house movies dan satelite tv programmes. Suria Singapore dapatlah. Lain-lain tak de. Layan bantal jer.

Esoknya sarapan, kami makan saje roti dan pastri yang bawak dari Melaka. Minum OJ. Anak-anak nak pergi horse riding. Ada 3 ekor kuda yang kesian kami tengok. Tak jadi lagipun staff jaga kuda belum datang. Kami mandi laut. Tak de orang lain, kami anak-beranak saje. (Memang resort macam kosong jer pun). Puas mandi. Tapi beach dia kurang bersih. Ombak best, tinggi menggunung. Suka hati abang-abang berdua. Kami bawa BA, boleh la berenang jauh sikit.

Lapar. Checkout awal. Cari kedai/warung jual masakan kampung. Nak makan ikan fresh dari laut. Jumpa sebuah kedai ni, jual lauk-lauk. Sedap sungguh sambal kupang dan ikan sembilang asam pedas. Masa cuti-cuti ni, yours truly cuti pantang makan jugak. Siap pi mintak doc ubat. "Sikit-sikit minyak jer boleh, Puan". Saya belasah jer. Nasib tak apa-apa.

Dari Bandar Penawar ke Kota Tinggi semula. Singgah di Felda Air Tawar 3. Kami nampak orang jual kasut bundle. Banyak hiking boots. Abang beli lima pasang - RM 50.00. Untuk kegunaan di Kem.

Dari Kota Tinggi terus ke JB. Di JB kami stay di Tropical Inn. Tak kisah la betapa banyak dan barunya hotel-hotel lain. Abang tetap nak stay di Tropical Inn. Sentimantal reason. Tak, tak, kami tak honeymoon kat sini - kami honeymoon nun jauh kat tempat sejuk gitu. Saya pun tak tahu reasonnya tapi dia memang so attached to this hotel. Rates kat Inn ni murah. RM 168 ++ untuk sebuah family room. Kami ramai, jadi kena ambil 2 bilik macam di Le Cemara jugak. Sebuah family room ada 2 queen size bed dan sebuah living hall. Inclusive of breakfast.

Lepas check-in sedang lapar semuanya. Mereka ada high tea - RM 12.00 per pax. Makan dulu. Lepas tu baru ke bilik. Relax-relax kejap lepas tu keluar lagi jalan-jalan. Pergi Hutan Bandar. Tengok okid dan main a few games. Penat berjalan saje, orkidnya taklah sebanyak mana.

Balik, kami singgal di City Square. Cari innerwear. Tak cukup bekalan yang dibawa. Terpaksa beli :)) Beli juga chocolate kat chocolate kiosk. Pastu gi Komtar. Beli buku-buku. Amir dan Hafidz beli buku rujukan dan latihan PMR. Nan beli coloring books. Nadzrin mencukupkan koleksi buku-buku Nabinya. Saya cari buku Kuala Lumpur Di Mana Suamiku. Jumpa dan beli. Beli juga buku Norhayati Berahim, Hati Seorang Wanita.

Balik ke hotel, Maghrib dan kemudian relax-relax lagi. Memang tak de ape nak buat pun. Turun bawah dan pergi dinner. Kami makan western food. Dah biasa bekerja di hotel, dapat membezakan rasa makanan. Western food dia memang ok. Lamb chop sedap, sizzling steak pun sedap. Fish and chips masak style lama-lama. Pakai bread crumbs betul, bukan dari kotak. Dan mereka serve makanan dalam 'brown liner'! Ancient sungguh ! Heheh ! Restaurat lama-lama jer pakai crockeries camni - brown liner, green liner or gold liner. Rupanya cam pinggan biasa la, heheh. Tapi bewarna putih dan ada line ikut nama nya. Glasses pun pakai goblet dan high balls. Dan serve soup dalam consome bowls. Sekarang banyak hotel serve dalam chinese bowl rice saje.

Naik atas dan main ginrummy ramai-ramai. 'Belajar Matematik'. Letih, tidur lagi !

Breakfast. Buffet. Makan-makan. Checkout.

Telefon Tuan ni, tuan punyaWeblog Biasa. Di Jasin, berangan nak pergi rumah dia. Tapi tak sempatlah. Ok jugak sebab rasanya dia tengah tidur. Suara blur saje. Tapi dia kata dia dah bangun. Entah apa lah yang dia tengah buat.

Kami buat lawatan sambil belajar ke UTM. Tunjuk anak-anak universiti cantik tu. Mereka selalu pergi KUTKM yang sekolahnya di rumah kedai dan MMU, yang bangunannya tak berapa ramai tu. Heheh ! Best kutuk ! UTM besar. Motivate dia orang sikits. Beritahu betapa seronoknya sekolah di universiti.

Dari UTM ke Tanjung Piai. The most southern tip of mainland Asia. Naik tram dan jalan-jalan. Tak de ape nak tengok dari atas tram. Sedara mara Alex jer ramai. Stop di Tanjung Piai Resort. Jumpa budak-budak SMK *** Masjid Tanah. Ada orang panggil Abang saya, PakLet. Peserta yang pernah datang Kem dulu ! Masa tu jugak PakLet nya terus behave ! heheh ...

Kami beli certificate menyatakan pernah sampai tempat paling ujung di tanah benua Asia. Satu certificate RM 5.00. Beliseorang satu, Saje nak menghabiskan duit. Bukan apa pun. Tapi nampaklah Singapore (link kedua) dan Indonesia (Pulau Karimon). Abang jer merayau ke camping site. Tanah paya macam tanah yang Cliff offer kami di Sepang dan tanah Sham di Sungai Petani.

Dari Tanjung Piai ke Pontian Kecil. Singgah pasar, beli ikan fresh. Lepas tu singgah luch di kedai Kak Yah. Femes kedai dia ni. Ikan-ikan fresh semua. Kami makan kepala ikan sembilang, sambal sotong, sambal kupang, sayur jantung pisang, sambal belacan dan ulam-ulam. Anak-anak tak makan pedas, makan nasi ayam.

Dari Pontian Kecil ikut jalan Air Baloi ke highway. Jalan teruk. Kiri kanan banyak kebun nenas. Macam sawah padi. Terus masuk ke Highway. Singgah di R&R Machap untuk ke tandas dan solat. Lepas tu terus lagi dan keluar di Air Hitam. Shopping kerepek-kerepek dan pisang segala macam jenis.

Drive terus ke Jasin.

Penat, tapi seronok. Walaupun tempat yang kami pergi tu tak berapa okay. 3 hari bersama-sama dengan orang yang saya sayang - suami, anak-anak, Mak dan adik. Seronok sebab cuti pantang makan ! I had lamb chop, asam pedas, tomyam, nasi lemak dan macam-macam (Dr. Chua - my gastro specilaist tak baca blog .. ) Dapat tengok bandaraya ! (asik le tengok hutan !) dan sempat juga tengok recreation camp kat Desaru. This will be our last weekend utk bercuti kots. Sebab Kem dah fully booked sampai May. Dapat jugaklah berpoya-poya sedikit. Letih drive tapi seronok !

Dah sampai kat Kem. esok ada group Perbadanan Air Melaka. Program Team Building. Mereka keluar hari Rabu. Khamis rehat sehari. Jumaat ada kem Kepimpinan, SMKTHAM, Melaka.

Masa untuk bekerja. Masa untuk cari duit semula !

p.s. Jurnal Ini Aku Punya punya tuan ada di Kem. Dia sihat, dia okay dan dia seperti remaja lain juga seusia dia. Saya sangat tidak suka bila ada yang melayan dia seolah dia sakit teruk. Tolonglah, he's okay. Dan dia akan bersama kita selama yang Allah Ta'ala izinkan. Dia boleh makan, boleh jadi imam dan juga boleh pergi jungle-trekking. Dia juga berkayak di sini.

Dan saya, juga semua di Kem tidak melayan dia macam dia sakit. Dia okay, okay ! He walks around. he plays around just like us. So please, jgn la memberikan simpati yang berlebih-lebih. Lebih baik kita bersama dia berfikiran positif. Harapan saya, doa saya dia akan sembuh. Selama ini pun kata-kata dan ramalan doctor tidak betul. Saya sangat sayangkan dia InsyaAllah dia akan sembuh dan segala cita-citanya akan tercapai. You know how much we all love you, dun u Din ?

Thursday, February 19, 2004

UNTUK KIMURA

Orang lain jangan baca.

Salam Kimura.

(Sila baca sambil letak tanduk atas kepala. Salah pilih cikgu. Makcik ni sekolah pondok jer sayang !)

Meh belajar coding ! Heheh ! Yes, target blank tu utk page tuh bukak kat window lain.

cara senang nak buat link:

1. pakai software w.bloggar. klik at the end of my page. logo dia warna biru dan download. byk functions dia. senang buat link, leh tukar2 kaler dan size fonts dll

2. copy pastekan template ke front page. paste kat page html tu. godek2 sepuas hati dan pastekan balik the final template to ur upsaid

3. ni jahat skets. view source blog org. copy camner dia buat. apa? takleh nak view sebab dia org matikan right click ? ok, tengok kat atas tu. ada tulis File, Edit, View, bla, bla, bla .. klik kat view tu, pastu klik source, semua rahsia dlm tangan dah. copy je la ! heheh !

***mustahak. kena simpan template sedia ada. manatahu tersalah ke, nanti susah kena start curik template semula, kan ?

selamat berjaya.

Wednesday, February 18, 2004

MARI BELAJAR BAHASA MELAKA

Melaka terdiri dari 3 daerah : Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.
Orang Melaka daerah Alor Gajah dipengaruhi slang ala Negeri Sembilan. Tengok cara tulis orang Melaka yang berasal dari Alor Gajah, Melaka ni --->amd. Mereka bukan saje bercakap loghat Negeri malah juga ikut adat Perpatih, bersuku-suku dan berkampung-kampung.

Orang Melaka Tengah adalah orang Melaka yang berketurunan campur-campur Baba, Portugis dan Chetti (bukan ceti bagi pinjam duit tu). Mereka ni kalau bercakap, power sungguh. Kat area Alai, Bacang, Ujung Pasir. Kalau anda kawan mereka dan dah lama tak berkunjung ke rumah. Jangan terperanjat kalau mereka kata, " Lama kau tak datang, ingatkan dah mampos !" Sabar, tu tanda kemesraan sejati. Mereka juga sebut perkataan ikut ejaan. Misalnya kucing, tak sebut kuceng tapi kucing. Hah, sebut betul-betul - kuciiiinnngggggggg. Pandai pun :)

Saya orang Jasin. Tak tahu lah nak komen orang Melaka daerah Jasin cakap macam mana. Yang penting, kami kasar ! Heheh ! Maybe bebudak kecik geng saya ni boleh kutukkomen cara cakap orang Jasin. -->bamz, Dino dan Lenny. Mereka pun dah dipengaruhi oleh bahasa percakapan orang Jasin.

Kamus Bahasa Jasin dan contoh-contoh ayat.

1. godak - kacau, bancuh. Proses mencampurkan bahan-bahan yang berair seperti air, bancuhan kuih dan dodol.
Contoh ayat
"Jepun, air teh ni kau dah godak ke belum?"


2. kumbah - proses menyemakkan kembali sesuatu yang telah di kemas.
Contoh ayat
Habis khemah-khemah yang telah disusun Cica dikumbah oleh Alex

3. rebas - hujan yang tidak lebat
Contoh ayat
Dah lama tak hujan, rebas-rebas pun tidak.

4. bahai - 'hancurs' (as the meaning ikut bahse rock. tiada perkataan sesuai dalam bahasa Melayu)
Contoh ayat
Budak tu takleh nak buat apa. Perangai bahai. Kita benam dia masuk tasik jer la. Baru kurang degil.

5. dano - terlalu bodoh, dungu
Contoh ayat
Apalah punya dano. Cari tanda arah yang senang pun tak jumpa.

6. membokoh - makan
Contoh ayat
Asyik kerja membokoh jer. Mana ler perut tak naik.

Ada banyak lagi. Lain kali saya akan sebut lagi. Banyak-banyak karang lupa pulak. Slow-slow kita belajar, okay

Tapikan, tak semua orang Melaka kasar. Ada seorang ni, berbudi bahasa dan sopan. Pergilah baca blog dia

See, salahkan kalau kata orang Melaka kasar ?

Makcik Penat

Sangat-sangat penat ! Kurang tidur sejak minggu lepas lagi. Ahad lepas High School keluar. Biasanya hari Isnin kerja setengah hari. Tapi Isnin ni pulak kerja full day. Bersama-sama Abang, Khalid dan Jepun kemas Kem. Buang sampah, menyapu, cuci toilet dan bersiap-siap untuk kumpulan KUTKM. Cica kemas bahagian dalam - vacuum kabin-kabin, cuci surau, cuci dewan makan dan cuci semua linens yg guna utk bilik-bilik tersebut. Hampir Maghrib baru usai semua kerja. Malamnya pergi beli-belah barang-barang makanan utk Kem.

Selasa pagi, seorang diri ke Pasar Borong. Beli dan ambil barang-barang yang sudah diorder semalam. Sampai Kem nasib baik, Jepun dan Sham dah siap semuanya. Dah sedia dah hidangan untuk minum pagi. Kakak Sajen hantar kuih-muih yang diorder.

KUTKM sampai. Dan mulakan program. Hari pertama, mereka sendiri yang handle. Saya kena masak dengan Sham dan Jepun. Haji Ibrahim masih belum balik haji. Toyak tolong GangLasak. Nasib baik tak ramai.

Hari ni pun lepas masak, kami tolong GangLasak. Jaga masa dan jaga check-point untuk acara Trialthlon. Orang dah bekerja tidaklah selasak students. Lembab

Musim angin kuat sekarang. Nak tidur malam boleh dengar angin menderu-deru. Bila angin kuat. Paling takut ialah kebakaran hutan. Tahun lepas, hutan pokok Acasia terbakar. Sebelum tu hutan lalang. Nak menangis tengok tempat-tempat yang kami sayang hangus begitu.

Petang ni ada compass-marching. Route 3 jam sahaja. Jalan senang saje.

Jalan dalam kampung
Santai-santai
Lenggang kangkong


Em, zar dan sal : ini kira haiku tak ? Heheh .. akak tak sempat pun nak tengok laman haiku tu.

***********************************************************************

Tahniah dan Berita Fasilitator Kem

Asri dan Aidil
Tahniah menang tempat kedua 'Drawing Competition'anjuran Society of Manufacturing Engineers, KUTKM. Mereka dapat hadiah printer baru. Reka tempat letak kasut cum tempat duduk. Penat-penat belajar, reka tu jer? Cipta le roket ke, robot yang leh jungle-trekking ke, mesin yang kita boh bahan mentah, tekan resepi, kuar makanan dah siap. Kan ke best ? Akaklah pembeli pertama ! Bese aaa gang, tak kutuk bukan orang melaka, bebs !

Eiha
Tahniah, dah selesai Educare ! Lama sungguh Iha tak datang :) Ada orang rindukan Iha ! Program kayak tu confirm tak ? Cepat confirmkan, kalau tak akak bagi date tu kat orang lain.

Fathi
Ko jumpa akak online jer ke ? Eleh tak de transport .. tak reti naik bas dah ?

Zack
Tuan President Secretariat Rakan Muda MMU. Tahniah Encik ! Carnival Rakan Muda. Dengar citer the programme was a huge success :)

Madas
Tahniah juga sebab berjaya menjayakan Program Kecemerlangan Mahasiswa FKP.

***** dan untuk semua-semualah yang akak sayang ! Ada dah berjaya menyelesaikan masaalah peribadi, ada yang dah jatuh cinta ada yang telah berjaya buat midterm dengan baik dan ada yang dah berjaya panjat satu lagi gunung. Ada yang sedang menjalankan latihan industri. Apa-apalah yang korangs buat. Semoga berjaya.

Tu jer la, nak surf dan cari info pasal Kota Tinggi, Desaru dan Tanjung Balau. Thanks, dear Dona for ur info :)

Monday, February 16, 2004

Kempen Membaca dan Lapuran Perkhemahan MHS

Kempen Membaca

Klik pada My Layan List. Ada beberapa link baru yang best.

Novel - Bersama Suara Hati. Baca cerita pasal Hanna.

Kisah seorang isteri diperantauan. Pergi lawat. Laman Ixora Rajiah

Ada juga yang pindah rumah. Baca mimpi basah Wkdin.

Yang ini Kuchik saja tambah, adikku yang tersayang. Saja nak promote dia... A-Ie. Majulah sukan untuk negara!!


***********************************************************************

Malacca High School

3 hari yang seronok, yang mencabar. It was a good programme. Peserta bagus, cikgu-cikgu bagus dan program berjalan dengan lancar.

Hari Jumaat mereka sampai dengan bas sekolah mereka. Seperti biasa, menyanyikan lagu Negaraku, lagu negeri Melaka dan lagu sekolah. Nyanyi dengan penuh semangat. They passed the first test. Memang mereka dengan rela hati nak mengikuti program. Sessi rampas-merampas. Dpt sedikit mobile phones dan radio jer. Tak der rokok. Wow, bagus ni. Selalunya kami akan dapat juga kalau tidak banyak, sebungkus dua. Passed lagi test kedua :)

Malamnya sessi ice breaking. Kenal-kenal dengan ahli kumpulan. Juga LDK. Uji akal. Tapi record 'Raja Botol' masih dipegang oleh MRSM Kem Terendak. Mereka dapat pergi sampai 56, Malacca High dapat sampai 37 saje. Cuba lagi lain kali. Tidur awal, pukul 1 pagi. Tapi bising saje, sampai kena marah dengan Abang Fasi baru nak tidur.

Paginya semua dah ada di surau semasa Ustaz Zul sampai. Tak payah kejut, tak payah denda. Berbeza sungguh dengan kumpulan minggu lepas :)
Lepas sarapan ada ceramah 'Komunikasi dan Pemimpin'. Penceramah ialah Encik Nordin dari Insan Resources. Ceramahnya bagus. Semua response dengan baik. Adalah yang nakal seorang, tapi dia dapat jadi menantu Encik Nordin. Seronokkan guys, ceramahnya ? Auntie tak tahan tengok kamu buat kerja masa lagu 'mission impossible' tu. Sekarang dah tahu kan, nothing is impossible ? Semoga anda semua praktikkan apa yang dipelajari.

Petang Sabtu, aktiviti jungle-trekking. 12 km. Budak lelaki. Tak sampai 3 jam, semua dah kembali ke Kem. Lawa-lawa pulak tu. Semua pakai masker lumpur. Ala-ala Survivor gitu. Tu sebab kami semua di Kem lawa-lawa. Selalu pakai masker :) Penat, tapi seronok. Menikmati pemandangan Gunung Ledang, melintas antara 2 tasik, meredah paya kerbau, mencari selembu, mandi air tanah liat dan banyak lagi pengalaman pertama hari tu.

Malamnya buat persembahan. Lepas tu 'blind walk'. "Oh, apek sayang .. jalan tutup mata .... " What a great fun we had, kan ? Ramai sungguh dengan rela hati menjadi pokok. And boys will always be boys. Nakal jugak kamu ye !

Ahad. Aktiviti rakit. Tapi kali ni tanpa pertolongan fasi. Design sendiri dan kayuh sendiri. Angin tasik bertiup kencang. Banyak rakit hanyut. Tapi semangat kuat dan habis juga semuanya. Kecuali satu kumpulan. Design nya terlalu canggih. Aerodynamic gitu. Heh ! Sorry guys, tapi kami tak tahan gelak tengok rakit kamu. Cuba lagi, mana tahu nanti ada yang ada bakat mencipta. Kami gelar-gelarkan rakit mereka. Yang menang, rakit Ferrarii, rakit BMWW. Yang kalah, mereka kata rakit Minardii (bukan kalah saje, tapi tak habis !). Orang Minardii mempertahankan diri, tak pe kalah - janji control hensem. Macam Mamat yang drive Mianrdi tu lah. Kan hensem tu ? Apa-apalah adik !

Lepas berakit, mandi, kemas Kem dan makan. Majlis Penutup dan pulang semula ke sekolah.

Komen saya mewakili fasi-fasi Kem. Kami amat seronok mengendalikan program ni. Boleh dikatakan program integrasi kaum. Semua bangsa : Melayu, Cina, India bekerjasama. Ass. School Captain, Philip menjalan tugas sebagai penghulu dengan baik. Contohnya semasa menyelesaikan masalah pergaduhan kecil semasa Kuliah Akhlah yang dijalankan oleh Lenny dan Agus. Good work, Philip. Kami juga kagum dengan semangat cintakan sekolah. Nampak yang anda semua berbangga dengan sekolah anda. Bila ada kemenangan, anda semua dengan penuh bangga menyanyikan lagu sekolah. Tepuk cara sekolah. Fighting spirit yang baik. Tak pernah lagi di Kem, acara rakit ada pemenang bersama. Bersungguh-sungguh untuk menang. Sampai ke akhirnya, masih berlawan dengan penuh semangat ! Tahniah, guys !

Terima Kasih juga kepada cikgu-cikgu MHS. Mereka semua bersama-sama mengikuti aktiviti. Thanks Cikgu Salinah, Cikgu Omar, Ustaz dan Cikgu-Cikgu lain. GPK HEM, Encik Rozlan juga bersama-sama kami selama 3 hari 2 malam. Patutlah pelajar-pelajar anda begitu sayangkan sekolah. Cikgu-cikgu nya pun sama. Tiada komplen langsung kali ni. Dewan Makan bersih, tandas bersih, peserta berbudi bahasa. Saya rasa ini adalah antara program yang terbaik pernah di jalankan.

Kami harap anda semua gembira berada di Kem Lambaian Danau. Makan semua habis ! Licin ! Heh ! Semoga kita dapat berjumpa lagi !

***********************************************************************

Hari ni di Kem kami semua tidak bercuti. Berkemas untuk program esok. Esok, Selasa akan menerima Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan. Program Team Building.

Have a nice Monday, frens !

Saturday, February 14, 2004

Tidak, tidak, tidak - saya tidak sambut Valentine's Day

Lagu Love Story tu cuma lagu Abang untuk saya. Dan saya copy paste utk post satu lagi entry. Saya sekarang post entry dengan menggunakan software w.bloggar. (Klik pada logonya at the end of this page). Senang untuk post entry. Boleh tukar-tukar warna font, senang nak letak link dan berbagai lagi functions. Elok benar pada saya yang tidak pandai ni. Go check, frens ! Tidak kena mengena langsung dengan sambutan Valentine's Day.

Hari ini ni ada ceramah/diskusi di Kem tentang Valentine's Day. Semua setuju yang itu bukan budaya Islam. Lagipun banyak hari lain lagi untuk bagi bunga. Orang-orang outdoor di Kem memang tidak reti nak menghantar bunga-bunga ni. Tapi kami, orang perempuan. Sekasar mana, seoutdoor mana pun suka jugak kalau buah hati hantar bunga. Saya sendiri sudah lama tak dapat bunga. Last sekali, 5 tahun dulu. Waktu melahirkan Nana.

*Hint, honey* Message diterima ? Okay, over and out !

LOVE STORY

Where do I begin to tell the story
Of how great a love can be
The sweet love story that is older than the sea
The simple truth about the love she brings to me

Where do I start
With her first hello
She gave new meaning to this empty world of mine
They'll never be another love another time
She came into my life and made the living fine

She fills my heart
She fills my heart with very special things
Angel songs and wild imaginings
She fill my soul with so much love
That any where I go I'm never lonely
With her around who could be lonely
I reach for her hand
She's always there

How long does it last
Can love be measured by the hours in a day
I have no answers now
But this much I can say
I know I'll need her until the stars all burn away
And she'll be there

How long does it last
Can love be measured by the hours in a day
I have no answers now
But this much I can say
I know I'll need her until the stars all burn away
And she'll be there



**** thanks so much, sweetheart. i love you !

Friday, February 13, 2004

And what's wrong with my post ???

Al-Fatihah
Kehilangan lagi. Ayah, Haji Osman bin Ali telah kembali ke rahmatullah pukul 9 malam, 10 Februari 2004. Ayah ? Bukankah Ayah saya telah lama pergi ?

Yang ni, Ayah yang bela kami adik-baradik. Mak dulu bekerja dan walaupun rumah ada pembantu tapi Kak Mah kami anak dara, Mak tak percaya dia untuk jaga kami. Jadi kami dihantar ke rumah Ayah Darat dan Mak Darat. Merekalah yang jaga kami. (*** Darat dan baruh merupakan panggilan tempat untuk orang Melaka. Selalunya mukabumi tempat yang dipanggil darat tu lebih tinggi dari baruh)

Selain dari kami 3 beradik, ada satu lagi keluarga juga menghantar anak-anak mereka ke rumah ni. 2 beradik - Abang Zul dan Abang Kamal. Anak-anak Ayah Darat sendiri - Kak Long, Abang, Kak Chik dan Rubiah.

Jadilah kami sebuah keluarga besar. Saya punya ramai abang, ramai kakak. Ayah dan Mak Darat pun mengasihi kami seperti anak-anak sendiri. Tiada beza anak sendiri dan anak yang dibela.

Yang menjadi kenangan sekali ialah kuah sate dan roti paun. Masa tu Ayah Darat kerja di Pejabat Daerah, pangkat rendah, gaji pun kecil. Walaupun keluarga kami membayar pada Mak darat upah menjaga tapi banyak mana benarlah upahnya. Oleh sebab duit tak banyak, dengan kami semua yang kuat makan. Ayah Darat tak mampu selalu beli sate untuk kami walaupun itu makanan kegemaran. Jadi dia akan beli kuah sate dan roti paun. Kami makan roti bercicahkan kuah sate tu. Hari ni kami semua telah mampu beli sate bila-bila saje kami nak. Tapi keseronokan berebut-rebut, bergaduh-gaduh makan roti cicah kuah sate hingga menjilat pinggan tu tiada bandingannya.

Benarlah kata bidalan, bila ada tidak reti nak menghargai. Seperti juga Ayah Darat. Masa hidupnya saya tidak pernah memberitahu dia saya sayangkan dia, seperti dia sayangkan saya waktu kecil saya. Hari Raya Puasa lepas saya sakit, dan tidak pergi ke rumahnya. Jadi, saya tidak bersalam dengannya. Raya Aidil Adha pulak, gatal beraya di Kem. Tidak pergi juga ke rumahnya. Adakah dia memaafkan kesalahan saya selama ini ? Halalkan makan dan minum saya selama ini ? Saya kesal, tidak begitu memperdulikan Ayah. Sebab saya rasa, Ayah tough, Ayah tidak sakit-sakit macam Mak Darat. Dan Ayah akan selalu ada untuk kami.

Malam 10 Februari tu, saya dan anak-anak sedara (cucu Allahyarham) mengemas rumah dan bersiap-siap menunggu ketibaan jenazah ke rumah. Sebelum tu memujuk Mak yang tidak percaya Ayah telah tiada. Ayah Darat meninggal di klinik Naha, yang dekat dengan rumah kami. Senangnya dia pergi, lepas check-up, jalan sendiri ke kereta Rubiah. Duduk dan hembus nafas terakhir. Ayah tak sakit pun ! Kami langsung tak berpeluang menjaga Ayah.

Jenazah dibawa balik macam tu jer. Dengan duduk di kerusi depan. Abang, Abang Mail dan Aizad yang mengangkat Ayah. Kak Long dah menangis. Saya cuba menyabarkan dia tapi saya pun sama. Rubiah tidak boleh berjalan lagi. Semuanya terperanjat sebab tidak sangka Ayah pergi. tapi bukankah kita ni hakNya, bila masa dan macam mana kita pergi semuanya itu ketentuanNya jua.

Allah hu Akbar. Sedih sangat bila buka jam tangan Ayah. Tangannya macam biasa. Tidak sejuk. Saya pegang sedikit tangannya. Tangan itu pernah menyuap makanan kemulut saya dan tangan itu juga pernah merotan saya kalau saya dan abang-abang degil. Saya teringin nak memeluk tubuh yang sangat sayangkan saya waktu saya kecil dulu. Tidak boleh. Kerana dia bukan Ayah kandung saya. Bukan muhrim saya. Walaupun hubungan kami bagaikan ayah dan anak kandung.

Kami semua adik beradik - anak-anak kandungnya, abang Zul, abang Kamal, saya, Nan dan Ida semua ada. Sudah lama benar kami tidak berkumpul beramai-ramai begitu. Abang Kamal sudah 16 tahun menjauhkan diri. Dia kawin tanpa restu keluarga. Dan dia bawa diri. Menyesal sebab bila balik Ayah sudah tiada.

Dan semalam hari terakhir untuk kami semua berbakti kepada Ayah Darat. Anak-anak, menantu dan cucu-cucu semua yang menguruskan jenazah. Tidak terbalas jasa Ayah, kasih-sayang yang diberi dan jasanya membesarkan kami. Pengajaran untuk kami. Supaya memberi perhatian kepada Mak Darat. Walaupun mereka bukan ibubapa kandung, mereka mengasihi kami seperti anak sendiri. Kasih-sayang dan didikan mereka juga sedikit sebanyak menjadikan saya, saya yang dewasa ini.

Apapun saya bersyukur, saya manusia yang tidak ketandusan kasih-sayang. Semoga dengan kasih-sayang dan didikan baik yang saya terima akan membuat saya manusia yang baik, yang pandai mengasihi sesama insan.


Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raajiuun.

Welcome, High School !

Hari ini, kumpulan dari sekolah anak saya Sekolah Tinggi Melaka
Klik link dan anda oleh baca sejarah sekolah yang tertua sekali di Malaysia. Sudah berusia 178 tahun. Memang pun, datuk saya sekolah di sini dan anak saya generasi keempat keluarga kami bersekolah di High School. Selain dari pencapaian akademik yang baik, juga sekolah yang melahirkan banyak ahli-ahli sukan. Terutamanya dalam bidang hoki dan renang.

Program hari ni ialah Kem Kepimpinan - Pengawas dan Pengerusi Persatuan. Programnya lebih kepada ceramah-ceramah. Penceramah jemputan minggu ni dari Insan Resources, Encik Nordin. My favourite penceramah. Cool dan pandai menyesuaikan keadaan. Budak begini, ceramah begini. Budak begitu, ceramah begitu. Kalau takleh handle, serah kat kami, kami belasah

Aktiviti-aktiviti luar cuma jungle-tracking (12 km) dan obstacles run. Ada juga kami selitkan aktiviti air - 'water confidence' dan berakit. Sudah menjadi kegilaan aktiviti berakit ni - kini setiap sekolah mahukan acara berakit. Aktiviti ini bagus untuk gerak kerja kumpulan. Semua orang kena bekerja. Jika ada seorang pun yang malas/tak bertanggungjawab makan rakit takleh gerak. Kawan-kawan akan marah. Mereka akan cempak anda masuk tasik

Fasi minggu ni. Jurulatih kanan - PakMan, Cikgu Zul, Cikgu Badrul, Cicadinho. Pembantu : Khalid, Agus, Ruddy, Muafa, Lenny dan dak-tembams. Ustaz: Ustaz Haris. GangDapur: Jepun, Toyak dan Sham.

Itu sajer. Let's start !

Tuesday, February 10, 2004

G dan adik dia

" Dun judge a book by it's cover ". Jangan pandai-pandai nak menilai jika anda tidak kenal.

Ni chat saya dengan Cillc. Percayalah dia macam remaja lain jugak. Nakal jugak. Baik jugak. Biasa-biasa la. Pi baca jurnal dia.

Ni sembang kami hari ni
G: din, buang blogspot nyer iklan tu la
G: type
cillcrusader: ish
cillcrusader: masih ada ke?
G: ada la
cillcrusader: kat sini tak nampak pun
cillcrusader: kejap
G: din lom publish kot
G: akak bukak ada iklan tu
G: ok, ok dah ilang lepas akak refresh
cillcrusader: ok
cillcrusader: baru letak
cillcrusader: :))
cillcrusader: betul dah hilang?
cillcrusader: confirmkah anda?
cillcrusader: :))
G: haah, dah ilang
G: konpem
cillcrusader: ok, ok
G: lawa
G: suka le
G: suka kaler dia
cillcrusader:
cillcrusader: terima kasih
cillcrusader: saya ada ramai pembaca pompuan
cillcrusader: kena ikut majoriti lah
cillcrusader:
G: hehehe
G: rasa cam nak tuduh yg 'g ..' tuh jer
G: tp kang akak lak kau tuduh
G: hehehe

*** part nih kami mengutuk dan merisaukan seseorang yang kami sayang, kena censored ***

G: sah ler dia in love
G: org bercinta, perangai memang tak senonoh
G: hehehe
cillcrusader: :))
cillcrusader: amboi
G: hehehe
cillcrusader: mentang2 dia dah ada husband
G: hehehe
G: kami bercinta pun pe
cillcrusader: tak senonoh jugak le tu
cillcrusader:
G: ader lak
G: dah kawin nyer bercinta, senonoh
G: dak-dak kecik cam korangs yg tak senonoh.
cillcrusader: :))
cillcrusader: ye la, ye la
cillcrusader: ambikla
cillcrusader: senonoh
cillcrusader: kang tak bagi pi kem lak
cillcrusader: :))
cillcrusader: pak let dapat ikan semalam?
G: :))
G: dapat
G: banyak
G: 12 ekor
cillcrusader: huh banyak
cillcrusader: lain kali suruh peserta lalu ikut parit lain lak
G: ha ah
G: high school nanti, ada 100 org
cillcrusader: baguih la
cillcrusader: lagi senang nak diminta tolong
cillcrusader: (boleh dibaca: diperguna)
G: bile balik KT?
cillcrusader: lusa
G: hehehe
cillcrusader: mungkin
G: jepun soh bawak sini keropok
cillcrusader: dari terengganu, akan terus ke kem nanti
cillcrusader: ok
G: ok, ok
G: kem salam kat mak
cillcrusader: nak kiriimkan banyak?
cillcrusader: :))
cillcrusader: ok
cillcrusader: banyak nak kirim?
G: takyah banyak
G: jepun jer nak
G: org jepun bukan reti sgt makan keropok
cillcrusader: :))
cillcrusader: orang melaka memang pandai mengutuk
cillcrusader: kutukannnya bernas dan padat
cillcrusader: :))
cillcrusader: terasa orang melaka
cillcrusader: ?
G: eleh
G: ko tuh pun dah jadik org melaka
cillcrusader: ish, tak lagi
cillcrusader: tak jumpa calon lagi
cillcrusader: :))
G: pandai per sebut 'bab- hari tu
G: ingat nak kawen jer mamat nih
cillcrusader:
cillcrusader: tak apa ingat nak kawin
cillcrusader: kan kita jadi senonoh
cillcrusader: macam akak la
G: hehehhe
cillcrusader: kakak ingat nak kawin
cillcrusader: sebab itu senonoh kan?
G: konpem, mamat nih dah jadi org melaka
G: dah jahat
G: kehkehkeh
G: :P
cillcrusader: :P
G: dah aaa pi la repair blog tuh
G: bagi lagi lawa
G: kalau bg kaler kasi pink lagi lawa
G: awwwwwwww gitu
cillcrusader: :PP
cillcrusader: amboi
cillcrusader: kang saya jadi cam budak yang hari tu, akak pulak pening
G: ishhhhhh
cillcrusader: lagi payah akak nak makan nasi minyak
G: takmo, takmo
cillcrusader:
G: geli !
cillcrusader: :P
cillcrusader: au
cillcrusader: :P
G: ishhhhhh
G: geli
cillcrusader: :P
cillcrusader: tu la
cillcrusader: orang taknak, dia nak ngajar lak
G: jgn la
G: tolong !
G: korang gay pun akak dah pening!
G: hehehe
cillcrusader: :P
cillcrusader: ooo
cillcrusader: dia lesbian, kita diam je
cillcrusader: kitae tak bising pun
G: din tau tak, ada org tanya akak pasal din
G: ishhhhh mamat nih
cillcrusader: apa orang tanya
G: din camner
cillcrusader: sape?
G: akak ckp la din macam din la
cillcrusader: lawa trak?
cillcrusader: lawa tak?
cillcrusader: :)
G: laki la
cillcrusader: oh, hensem tak?
G: *risau*
cillcrusader: (kan saya gay) :)
G: ishh
G: akak ckp din pi kayak, pi trekking, naik jeep nyanyi lagu ramli sarip ngan paklet
G: din noti
G: din tak senonoh
G: tak senonoh tuh
G: akak cakap
G: hehehe
cillcrusader: oooo
cillcrusader: kutuk tak beringat
cillcrusader: diapa yang tanya tu
cillcrusader: siapa yang tanya tu
cillcrusader: ?
G: takmo ckp sape la
cillcrusader: kenape?
cillcrusader: saya kenal tak?
G: dia ingat din nih spesis apa
G: din kan macam org lain jugak
cillcrusader: :P
cillcrusader: ok
cillcrusader: ok
cillcrusader: saya naughty
G: hehehhe
cillcrusader: oh
G: best, best
cillcrusader: duit lebih skit yg paklet beri untuk beli tiket
cillcrusader: saya beli buku khadijah hashim
cillcrusader: dua biji
G: citer apa ?
cillcrusader:
cillcrusader: nanti pinjamkan kat kak g
G: kisah cinta?
cillcrusader: sesuai la ngan kak g
G: kisah gay?
cillcrusader: ha'ah
G: oh, cinta senonoh ye?
cillcrusader: ade ke?
cillcrusader: :P
cillcrusader: takkan la gay
cillcrusader: kisah cinta
cillcrusader: tapi ada moral
cillcrusader: bahasanya susun ngan baik
cillcrusader: sesuai la untuk orang yang macam akak
cillcrusader: yang
cillcrusader: senonoh
cillcrusader: baik
G: hehehe

*** kat sini citer hal peribadi skets .. tak, tak, kami tak gay dan tak les - itu cuma satu ungkapan kat sini, maknanya bukan seperti yang anda fikirkan ***

cillcrusader: :)
cillcrusader: i respect that
cillcrusader: but, it makes me sick
G: ape nyer
G: akak suka din cam akak suka asri, pakdi, madas, bamz, zack, kucai, len semua la
G: tak de special treatment kan
G: sama jer kan
cillcrusader: :)
G: macam gay-gay yg lain juga la
cillcrusader: bukan akak
cillcrusader: others
cillcrusader: ok
cillcrusader: macam gay lain
cillcrusader: ok
cillcrusader: i respect that
G: not people at the camp, kan?
cillcrusader: oh no, i suspect that
cillcrusader: ya
cillcrusader: , dan ya

*** kami discuss sumthing personal jugak kat sini ***

cillcrusader: kan publisiti murahan adalah konsep termudah untuk dapat promosi meluas?
G: butulllll
cillcrusader: boleh buat ngan nama terlampau
G: jap, jap .. cica ngan jepun kem salam
G: i told them akak sembang ngan din
cillcrusader: waalaikummussalam
cillcrusader: bagitau jepun insyaallah keropok tu
cillcrusader: mungkin sekali ngan keropok lekor juga
cillcrusader: :))
cillcrusader: keropok lekor terengganu
cillcrusader: :))
G: sedap tu
G: akak suka yg losong punya
G: arituh spyz bg mersing punya best gak
cillcrusader: :))

*** sampai sini jer, sebab din sebuk melayan awek-aweknya. Dia straight, tak gay, jgn susah hati ! ***


My favourite song

Saya suka dengar lagu. Dan layan semua lagu. At the mo' my favourite is Dido's song - White Flag. My son, Hafidz yg kenalkan lagu ni. Lenny pun suka sangat. Tengok lirik kat blog --> Lenny

Kenapa cerita pasal lagu ye ? Sebab di blog Betty ada lirik lagu kegemaran suami saya. Dia suka sangat lagu tu - Nak Dara Rindu.

Paling saya suka sangat-sangat ialah lagu ni. Paling-paling kalau dinyanyi style keroncong. Anak-anak sangat tak suka bila Mama mula layan keroncong. Ada satu rahsia guys ... hari ni beritahu korang. Cicadinho minat keroncong jugak. Dia memang layan habis keroncong. Agus dan Dino sure terperanjat lagi. Kan akak dah cakap, "never judge the book by it's cover". Tak habis-habis dengan surprise, ye ? Lagi lama kenal GangLasak lagilah akan faham mereka. Macam kami juga semakin lama semakin faham Agus dan Dino.

Lirik lagu saya :

Di Ambang Sore
Dalam renunganku sorang
Di ambang sore nan lalu
Tiada bisikan tenang
Temasya indahku bisu

Ke satu arah tertentu
Ku lepaskan pandanganku
Ke tempat janji bertemu
Simpang tiga rumpun bambu

Tiap sore ku nantikan
Di simpang tiga titian
Dengan debar kasih sayang
Kata mesra penghargaan

Entah apakah sebabnya
Tiada khabar berita
Sejuk senja ku nantikan
Namun dikau tiada datang


*** Lagu ni untuk adik saya Betty. Enjoy the song guys ! Apa ? Lagu orang tua ? Nak kena belasah ?

Sunday, February 08, 2004

Program Bina Insan

Bertekak dengan Dino dulu. Sakit, baru keluar dari hospital tapi mahu ke Kem. Kita risaukan dia yang sakit tapi kesian pulak bila cakap yang keadaannya akan lebih teruk jika di KL. Akhirnya dia datang juga.

Banyak harta rampasan minggu ni. Berpuluh-puluh kotak rokok, lighters, silver accessories (lelaki pakai) dan barang-barang tajam. Rokok dirampas bukan saje dari lelaki tapi dari perempuan. 2 orang anak gadis berumur 16 tahun ! 'Keadilan gender!' Malaysiakan, boleh.

Amat mencabar mengendalikan kumpulan ini. Orang yang sabar, yang tidak pernah saya nampak marah peserta hari ni hilang sabar. Kesian Abang fasi ni. Mengejutkan peserta untuk solat Suboh berjemaah. Balasannya dimaki-maki. Kumpulan ni banyak main. Tak habis-habis dengan lawak bodoh mereka. Sepatah kita cakap, sepuluh patah mereka jawab. Degil. Aduhai, mencabarnya membesarkan anak di KL.

Kami cuba memberikan yang terbaik. Mendisiplinkan mereka. Bertegas dengan mereka. Harap-harap ada benih-benih yang tersemai di hati untuk berubah. Nampak macam ada tetapi segalanya terpulang pada mereka. Anda yang bertanggungjawab pada masa depan anda.

Friday, February 06, 2004

Amir Pakai Braces, Yayasan Nurul Yaqeen dan Peningku yang tak habis ni !

Amir dah pakai braces. Gigi dia teruk, taring ke atas. Muncung jer bibir. Jadi, kami bawa dia ke pakar otodentik (betul ke eja ni ?) dan selepas cabut gigi 4 batang bulan lepas, hari ni gigi dia dipasang braces. Abang dan Mak yang bawak dia semalam. Saya kena mengurus Kem dan anak-anak yang lain.

Petang dia telefon, kata braces tercabut dan gigi sakit. Tak dapat makan langsung dan lapar. Gastrik. "Mama, datanglah tengok Along". Siap sedih-sedih macam nak menangis. Lepas Maghrib, kami bertolak ke sekolah dia. Singgah di Jusco. Abang gi dinner di Food Court. Saya pergi ke McD beli bubur ayam. Lepas tu stop kat supermarket beli Cadbury Choc Drink, Nestum, air mineral dan roti.

Terus je ke asrama dia. Miss call dia. Tak boleh pakai mobile di sekolah. Tapi sesuka hati jer langgar peraturan. Sama jer anak dengan Mak-Bapak ! Nampak saya, terus jadi sedih. Heh ! Hero sakit gigi ! Masa ni saya rasa dia cam 'my little boy' again. Dapat peluk Mama, Mama kiss, tetiba semua okay ! Kadang-kadang he act cam dia dah besar sangat, dah pandai sangat. Degil pulak tu. Bila dah sakit, ingat Mama, nak Mama. Saje Mama tulis sini biar bila awak besar dan Mama dah tak de, awak boleh baca, boleh tahu macam mana Mama nak besarkan awak. Hari Sabtu ni dia kena pergi ke klinik sendiri, gi repair balik braces yang 'putus' tu.

Minggu ni kami kena uruskan peserta dari sebuah sekolah di KL dan 2 buah sekolah di Pagoh. Mereka ditaja oleh Yayasan Nurul Yaqeen. Program Bina Insan. Setakat ni dah ada sebuah sekolah yang sampai dihantar Cikgu Disiplinnya sebentar tadi. Sekarang mereka dengan Abang dan Asri pergi bersolat Jumaat di masjid Chinchin.

Bila Program Bina Insan, tentunya yang datang pelajar bermasaalah. Kalau lelaki selalunya kes pukul memukul, kes ugut, merokok dan ponteng sekolah. Yang perempuan kes bercium, beromen, jadi bohsia dan ponteng juga. Jenuhlah hari ni memikir pasal anak bangsa !

Dan program ni banyak dengan ceramah-ceramah. Dan selalunya bila kena tinggal dengan guru-guru, mereka jadi baik. Sebab takut dengan orang yang tak dikenali, yang semuanya garang-garang belaka. Mereka faham, jika tidak ikut peraturan, mereka akan kena denda.

Fasi-fasi yang kerja minggu ni fasi-fasi 'serious' belaka. Asri, Agus, Pakdi, Muafa, Khalid dan PakMan. Dijamin tiada gelak ketawa di Kem minggu ni ! Dijamin saya akan tido jer la sebab tak de geng jahat utk projek jahat

Malam ni saya nak pergi dengar ceramah ni "Sahsiah Diri". Ceramah ni oleh consultant yang dilantik oleh syarikat kami. Saya akan ambil notes, dan kalau ada yang best-best nanti akan saya postkan kat sini. tu pun kalau saya tak lelap

Pening ? Teramat pening ! Apalah susahnya nak hantar surat tu ? Tolonglah jangan segalanya last minute ! Uh, bencinya menunggu !

Tuesday, February 03, 2004

Menyambut Hari Raya di KEM LAMBAIAN DANAU

Jumaat
Pergi pasar Tangkak untuk beli-belah ikan, daging dan sayur-sayuran. Sebelum tu, singgah di Kedai Ayam Zali, order ayam untuk Raya dan juga simpanan lauk minggu depan. Di pasar Tangkak, beli di pasar borong tempat biasa kami beli barang-barang untuk keperluan Kem. Dah biasa dapatlah murah, harga borong. Beli ikan tenggiri (RM 10.00 sekilo x 3.6 kg), ikan bawal (RM 10.00 x 2.7 kg), sotong (RM 7.00 per kg) dan ikan sembilang laut (RM 9.00/kg). Beli juga sayur-sayur. Dapat limau free (lagi). Hari tu masa raya Cina, dia dah bagi. Ni bagi lagi. Beli juga daging dan tulang.

Darling saya balik dari asrama. Keletihan. Hari sebelumnya cross-country dan entah apa-apa lagi sukan/aktiviti yang dibuatnya. Risau sungguh dengan Mamat seorang ni. Tahun ni akan PMR. Kalau dah letih dengan bersukan dan beraktiviti, entah bila nak belajar. WARNING : keputusan ujian bulan ni tak elok, semua aktiviti luar kena STOP. Lepas exam baru boleh beraktiviti semula dengan syarat result baik (baca:straight As).

Sabtu
Len sampai. Saya beli-belah lagi untuk persediaan makan-makan Hari Raya. Rancangan Hari Raya tahun ni, Ida yang cadangkan. Buat nasi lemak, sambal ikan bilis, bbq ayam, udang, ikan, otak-otak dan sausages. Udang dan ikan, Fadhli beli dan bawa balik dari KK. Kononnya nak masak sama-sama.

Dan adik saya ni memang lah sangat-sangat tidak suka ke dapur. Kalau pergi rumah dia, jangan haraplah dapat makan. Dia akan bawak kita keluar makan. Gula pasir dan susu pekat untuk buat air pun tak ada !

Saya tidak tunggu dia balik untuk tolong masak. Sebab tahu, kalau menunggu pun saya jugalah yang akan masak akhirnya. Dak-tembams datang rumah. Sampai jer tengah lapar, belum makan lagi. Suruh dia makan dan lepas tu kami semua ke Kem kecuali Mak. Kami semua tidur di Kem malam ni. Sampai Kem saya kupas bawang ditolong oleh dak-tembams dan Lenny. Siap semua saya basuh ayam, rebus cili kering, rendam beras dan siapakan bahan-bahan untuk marinate ayam. Abang tolong saya.

Memang tak harap pun perempuan-perempuan lain tu menolong saya. Perempuan zaman sekarang memang lain benar. Kalau saya dulu, ada orang masak. Saya akan menyibuk sama. Dapat belajar apa yang orang masak. Lama-lama akan tahu cara masak walaupun tidak pandai. Yang penting tahu. Harap-harap saya dapat mendidik anak perempuan saya supaya rajin dan mahu ke dapur. Setakat ni anak-anak lelaki saya Amir dan Hafidz boleh masak yang mudah-mudah. Boleh siapkan sarapan untuk adik-adik, boleh goreng nasi, mee atau meehoon. Masakan telur yang mudah-mudah juga boleh buat. Bagi saya ni semua rajin atau malas. Nak buat atau tidak mahu.

Ahad
Bangun awal pagi dan mula memasak. Masak sambal ikan bilis dan nasi lemak saje. Rebus telur. Lenny dan dak-tembams bangun dan tolong siapkan tempat makan. Len kupas timun. Kemudian kami berdua nyalakan api di tempat BBQ. Sambil tu sambil layan perasaan. Dari masjid Chinchin dan Surau Jalan Loji Air terdengar kesyahduan takbir Raya. Adui, tak berani nak pandang Len. Kesian dia. Tabahnya dia. Dan 2 kali dia beraya dengan kami. Sambil dia menyusun arang-arang atas api, sambil bertakbir sama. -Selamat Hari Raya, Len-

Arang dah jadi bara. Kami bakar ayam, otak-otak dan sausage. Menunggu kepulangan Abang dan anak-anak lelaki saya - Amir, Hafidz dan Nadzrin dari masjid. Elok-elok siap semua, mereka pun balik dan kami makan beramai-ramai. Amir bawa balik mauri-pan dan tepung. Minta saya adunkan doh untuk buat 'roti pintal' Kat sini, kalau buat BBQ, kami buat roti pintal. Saya pun mencampurkan mauri-pan, susu tepung, marjerin, garam, gula dan tepung gandum. Uli dan biarkan ianya mengembang. Bila doh dah naik, boleh bakar. Caranya dengan memintal doh tersebut pada buluh. (basuh bersih buluh tu dulu). Panggang atas bara. Bila dah masak, sapukan marjerin dan tabur gula. Siap untuk dimakan.

Tak best sungguh idea beraya di Kem ni. Nak beraya, kena beraya di rumah juga. Mak, Ida dan Fadhli sampai pulak. Abang pergi melawat orang meninggal - Ngah Aim yang rumahnya sebelah SK Chinchin. Keluarga Fadhli nak datang ke Kem. Lambat sangat sampai, Fadhli pergi ambil.

Saya tidur. Best sungguh tidur di Rimbun. Sejuk dan sunyi. Patutlah budak-budak ni kena dikejutkan bila tidur di Rimbun. Dengan angin tasik, bayu hutan belakang Rimbun tu, tak sedar tetamu dah sampai. Dah makan pun :)

Lepas makan, aktiviti berenang-renang dan berkayak-kayak pulak. Saya melayan Pakcik, bapa mertua Ida. Best gak sembang-sembang dengan dia. Saya baru tahu, pokok berbunga putih kat belakang opis saya tu, rupanya buah nenasi. Yang putih tu buah, bukan bunga. Rasa buah nenasi ni macam jambu dan ada biji kecil ditengahnya. Lain kali kalau Dr. Botani tu datang bolehlah berlagak skets. Sebab dia tak ajar pun saya pasal nenasi ! Adik-beradik Fadhli juga pungut sayur cemperai yang banyak dalam hutan sebelah tapak 'survivor'

Malam baru mereka balik. Kami tidur di Kem lagi :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...