Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Thursday, August 26, 2004

GANGGUAN TEKSUAL




Saya dah dapat !
Saya dah baca - from cover to cover :) Thanks Spyz kerana hadiahkan satu pada KLD !

Anda perlu juga membacanya. Macam-macam ada ! Cerita lawak, nasihat, sedih, sejarah, undang-undang, kasih-sayang .. pasal Akademi Fantasia pun ada ! Tapi yang pasti, semuanya ada kisah benar. Kisah yang berlaku dalam hidup penulis-penulis tersebut.

Penulis-penulisnya adalah mereka yang hebat-hebat. Dan ceritanya tentulah hebat juga. Saya suka sebab ramai antaranya yang saya dah jumpa dah kenal.

Senyum bila baca pasal Sabrina dan toysnya. Saya dah jumpa si-comel ni dan bila baca tentang dia tersenyum teringat telatah manjanya. Dan juga teringat sweetnya dia panggil boifren " Ayeebbb ..." (Jangan marah Tok !)

Baca pasal Fajar dan Sup Ayamnya buat airmata saya bergenang. Baca tulisan Adi buat saya senyum lebar :)

Muka pertama tulisan Jigo. Hilang rindu pada dia. Dia dah tutup blog dah, kempunanlah nak baca tentang pengalaman dia yang bakal jadi bapa. Tapi hilang kempunan bila baca kisah Spyz.

Kisah benar Ros paling mendebarkan. Yang pasti mata saya sakit selepas habis membacanya.

Ada juga tulisan MatJan dan Dr. Max. Juga Nettbiru dan Mie.

Jangan percaya sahaja apa yang saya tulis. Anda juga perlu mendapatkannya !

Macam mana ?

Hubungi salah seorang di bawah ni :

harimauj@yahoo.comJOHOR BAHRU
sultanmuzaffar@gmail.comKUALA LUMPUR
fajaril@yahoo.comMELAKA
mah649@hotmail.comBATU PAHAT
nett00@yahoo.comSELANGOR
beruangmalaya@yahoo.comKUALA LUMPUR
miecreation78@yahoo.comSUNGAI BULUH
maxalon@hotmail.comKEDAH
jongkangjongket@yahoo.comKEDAH
pyzul@yahoo.comKUALA LUMPUR
izalatif@yahoo.comKUANTAN
vicenata2000@yahoo.comSELANGOR
deadkafka@yahoo.comSELANGOR
design@lasso.com.mySKUDAI

Harganya cuma RM 5:00 sebuah.

Jangan terlambat .. orang lain sudah demam membacanya !

GANGGUAN TEKSUAL - SEBUAH PROJEK GENG JURNAL

Untuk Baiti, MMU Cyberjaya

Tentative Program untuk PLM, MMU Cyberjaya

Jumaat
4.00 pm Pendaftaran. Welcome drink. Taklimat program, undang-undang Kem.
4.30 pm Solat Asar berjemaah. Pasang khemah
5.30 pm Jogging ke Tasik Biru
6.30 pm Urusan peribadi
7.30 pm Solat Maghrib dan Jama' Isya'
8.00 pm Makan Malam
9.00 pm Ice Breaking. Game dll
11.00 pm Supper
11.30 pm Night Walk
1.30 am Lights Off

Sabtu
6.00 am Solat Suboh berjemaah
7.00 am Senam Pagi
7.30 am Sarapan Pagi
8.00 am Obstacles Run/Water Confidence
12.30 pm Makan Tengahari
1.30 pm Solat Zohor dan Jama' Asar
2.30 pm Kayak (Safari)/Flying-Fox
4.30 pm Minum Petang
.. continue kayak/flying-fox
6.00 pm Urusan Peribadi
7.30 pm Solat Maghrib dan Jama' Isya'
8.00 pm Makan Malam (BBQ?)
9.00 pm Funtime
12.00 mn Lights Off

Ahad
6.00 am Solat Suboh
7.00 am Nature Walk
8.00 am Sarapan Pagi
9.00 am War Game
11.00 am Buka khemah
12.00 pm Makan Tengahari
1.00 pm Majlis Penutup. Jumpa lagi !

****** BBQ, extra RM 15.00

Tuesday, August 24, 2004

Bye SAMTAJ, Hye Betty, Hye Spyz ..

Adik-adik SAMTAJ baru sahaja bertolak pulang. 3 hari 2 malam bersama mereka, sayu pula bila nak berpisah.

Esok, semua orang bercuti. Lusa kena basuh semua khemah-khemah. Hujung minggu ni tiada grup. Tetapi banyak kerja membersih dan mengemas nak dibuat.

Tadi semasa adik-adik SAMTAJ basuh kayak, minta mereka naikkan bot Bayu Tasik. Bot tu nak dibasuh dan nak kena cat balik tulisan Bayu Tasik yang telah pudar.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tadi Betty dan kawannya Ali datang untuk booked tarikh perkhemahan Persatuan Literasi Melayu, MMU Cyberjaya. Booked seminggu lepas Raya, 28-30/11.

Lepas tu ada 2 orang pegawai dari MPRM juga datang, Encik Yaakob dan Dr. Tam datang melawat, juga nak booked tarikh.

Baru tadi pula Spyz hantar sms dalam perjalanan ke Kem dari Mersing. Seronok juga dapat jumpa dengan Shila, Memel dan Arif lagi :)

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Gambar ni saya ambil dari blog Airiz. Letak sini sebab nampak syahdu .. hijau sahaja. Rumpunan teratai ni terletak di arah belakang Kem. Sorry ye, Airiz, main belasah ambik jer !


Yang ni pulak, ambik dari blog Saiful, UKM. Gian tengok air tasik masa nih, penuh melimpah-limpah. Sekarang airnya tak sampai ke paras jeti lagi. Apapun, petang ni nak berenang !



Sunday, August 22, 2004

SAMTAJ Lagi !

Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah, Seksyen 11, Shah Alam ada di Kem. Ini kali kedua sekolah ni datang berkhemah di KLD.

Mereka sampai pukul 1 petang. Tersesat pula, tidak belok ke jalan atas bukit yang menuju ke Kem, sebaliknya ke Loji Air. Telefon Kem dan saya bagi arahan untuk ke Kem.

Mereka semua ambil Program Lasak Level 2. Level 2 - banyak aktiviti di air.

Sampai-sampai, kami tanya dah lunch ke belum ? Belum. Alahai, kami tak prepare lunch sebab tak order. Lunch ada tapi untuk Universiti Teknikal yang ada Kelinik Kayak setiap Ahad sepanjang Julai dan Ogos.

Bincang-bincang, kami masak untuk mereka. Sebabnya Pak Man tidak akan mahu buat program jika peserta lapar dan tidak bersedia. Tahu siapa masak minggu ni ? Saya, Jepun dan Geger. Huh, nasib baik ayam dan sayur Geger dan Jepun dah basuh dan siapkan.

Cepat-cepat, kami masak. Blend bawang merah, bawang putih dan halia. Kami masak sup ayam dengan macaroni dan sayur kacang masak tumis cili. Tu sahaja, tak sempat nak tambah sambal belacan, goreng keropok atau goreng ikan masin hari ni.

Jepun masak nasi dan Geger buat air. Fasi-fasi lain pun tolong juga. Fasi-fasi sini serba boleh - bukan sahaja lasak di hutan dan di tasik, kupas bawang pun boleh ! Heheh .. muncung leh ikat aaa bila kena suruh kupas bawang !

Sementara tunggu nasi masak, peserta solat Zohor dan jama' Asar dulu.

Sekarang, sewaktu saya menaip ni mereka sedang buat aktiviti water confidence dan obstacles-run.

+++++++++++++++++++++++++++++

Malam tadi, pukul 2.45 pagi hujan dan ribut di Kem. Kami bangun dan keluar ke pelantar. Angin kuat dan air tasik bergelombang. Hujan lebat.

Tidur semula. Ada orang tu tak dapat tidur, entah apa sebabnya. Dia rindu katil kat rumah, kot ?

Pagi tadi bila bangun, tasik berkabus tebal. Bila kabus tebal, burung-burung pun tak berani terbang. Bertenggek berderet-deret sekeliling pagar kolam pancing Mat Sah.

Kami berdua pergi berjalan sekeliling Kem. Dahan pokok yang menyokong scafolding, tempat terjun flying fox tu sekah. Dua dahan besar jatuh ke tanah dan merosakkan bumbung patio Anjung Kelana.

Telefon Muafa, minta Muafa bawa chain-saw. Muafa bersama-sama Raup, Toyak, Jepun, Geger dan Abang, mengemaskan dahan-dahan tersebut. Sayangnya kat bumbung patio saya, sudah kemek.

Sudah tidak hujan lagi, matahari mula menunjukkan wajah dan Kem jadi cerah dan ceria semula menunggu kedatangan SAMTAJ.

++++++++++++++++++++++++++

Semalam.

Sam dan Zu serta Aiman dan Qistina ke Kem. Ida dan Fadhli pun ada. Lelaki dengan hal lelaki dan kami yang perempuan sembang hal-hal perempuan. Apa lagi, kalau bukan Zahid dan Akademi Fantasia ! Huh, ada orang habis RM 800.00 undi Zahid. Qis macam Nana, minat kat Zahid. Cinta anak saya terhadap Khai sudah berubah, kini Zahid, Zahid dan Zahid sahaja. Dah minta belikan 'baju oren Zahid'. Budak lelaki minat Adam sebab Nadzrin dan semalam temuramah Aiman, dia pun kata dia minat Adam :)

Janji kat Jepun semalam nak tolong dia cuci tandas, tapi tak buat. Nasib Geger tolong dia :) Tapi sempat basuh semua cadar-cadar untuk chalet-chalet.

+++++++++++++++++++++

Untuk Bamz dan Iha
Weh, weh i have new sleeping bag ! Dia cam futon skets :) Siap ada sarung bantal to match the mattress. Mine is yellow and PakLet's blue. Lawa sey !

Beli dengan rebate yang J Card bagi :) Dapat RM 60.00 dan benda alah tuh cuma RM 39.90 satu. Kena tambah skets aa duit. Minggu akhir exam, sabar skets lagi dan kami semua di Kem doakan korangs berjaya. Bebudak nih dah start rindukan korangs berdua. Asik-asik ler tanya Iha mana ? Bamz mana ?

+++++++++++++++++++++++++

Kek Cokelat Paling Sedap Dalam Dunia

Untuk yang minta resepi ni dari saya. Cuba jangan tak cuba. Tapi cake ni memang sedap dan menjadi kegemaran anak-anak saya :)




Posted by Hello



Chocolate Chip Cake

Bahan:
400 gm tepung naik sendiri
100 gm cocoa powder
500 gm butter (2 biji)
500 gm castor sugar
8 telur (size A)
1 bar cooking chocolate (cuts into chips atau 2 cawan chocolate chips, lebih pun tak pe)
2 cups fresh milk or evaporated milk

Cara:
1. Panaskan oven
2. Ayak tepung dengan cocoa powder 2X
3. Pukul butter dan castor sugar hingga kembang
4. Masukkan telur sebiji, sebiji hingga habis. Pukul lagi hingga semua kembang.
5. Masukkan tepung yang telah diayak dengan cocoa powder
6. Masukkan chocolate chips
7. Masukkan dalam tin cake yang telah dialas dan disapu butter dan bakar selama 1 jam 15 minit, 180 C .

8. Resepi ini adalah untuk 2 biji kek


Untuk lain-lain resepi cake cokelat, anda boleh
Klik sini. Ada banyak resepi cake cokelat kat sini. Resepi choc fudge, muffins, cookies pun ada.





Sedapnya cokelat ! Huh !

Saturday, August 21, 2004

Tidur di Kem

Malam ni kena tidur di Kem.

Kesian kat suami saya, baru dapat semalam tidur atas tilam, dalam bilik beraircon, sudah kena tidur atas sleeping bag semula. Kami menjaga khemah-khemah yang telah siap dipasang. Nak bukak, malas pula berdua. Staff semua cuti hari ni, esok baru bekerja.

Saya yang cipta masalah ni. Hari Khamis, saya minta fasi-fasi pasang khemah untuk grup sahabat saya. Fikirkan nanti datangnya sudah tengahari, buang masa kalau nak pasang khemah. Elok kalau terus buat aktiviti. Pasang pula khemah baru, maklum sahabat, kalau boleh biarlah selesa mereka nanti.

Tapi sahabat saya lebih pandai. Tidur di rumah, atas tilam empuk lebih selesa, kenapa pulak nak tidur dalam hutan, kan ?

Tiada jodoh nak bertemu sahabat. Lain kali mungkin :)

++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hari ni selepas hantar anak-anak, berjalan seluruh Melaka. Mencari spark plug untuk enjin Bot Bayu Tasik. Habis sepanjang-panjang Jalan Ong Kim Wee kami menapak, tak jumpa.

Ada seorang insan baik hati, beritahu kami supaya cari di Gajah Berang. Sepanjang-panjang jalan tu menapak, akhirnya jumpa juga. Beli 2 biji. Mahalnya. Sebiji RM 18.00. Puas menawar, bagi diskaun 50 sen sebiji sahaja. Alahai, mahal sungguh rezeki saya minggu ni !

Kami membelek-belek enjin bot yang dijual di kedai tu. Mahalnya - yang 15 kuasa kuda, jenis Suzuki = RM 4300.00

Lepas tu pergi pula mencari ink untuk printer. Dah beberapa minggu habis, inknya tak de dijual di Jasin atau Tangkak. Nak mencari di Melaka, memang tak sempat. Bila saya fax quotation yang pelanggan minta, saya print kaler biru/hijau/purple ke. Dan berdoa semoga sebutharga saya dapat dibaca orang :)

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hari Ahad ni masuk Grup SAMTAJ sampai hari Selasa. Patutnya masuk hari Jumaat tapi tarikh Jumaat dah diberi pada orang lain.

Tak ramai mereka tu. Mungkin dalam 50 orang termasuk guru.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Cuti Sekolah. Musim kawin-kawin bermula :)

Nak ucap tahniah pada :

1. Sahabat Kem, Datuliza (Yongiza) dari RHB dan pasangan. (Lupa tarikh semasa menaip ni)

2. Ujie Hartini, fasi kami yang akan bersanding pada hari Ahad 22/8. Tahniah Ujie ! GengLasak yang InsyaAllah akan sampai - PakMan, Kucai dan Bob. Ujie antara fasi kami yang terawal. Sungguh banyak jasabaik Ujie tertumpah dalam hutan ini !

3. Noordin Yahya, sepupu saya yang baru balik dari Jepun. Dapat master, dapat isteri sekali. Lupa pulak nama isteri dia yang bekerja sebagai doktor tu. Juga naik pelamin pada hari Ahad.

4. Noor Imah Ali - yang akan melangsungkan pertunangan pada hari Ahad juga.

5. Rasa macam ada lagi, tapi lupalah pulak :)

++++++++++++++++++++++++++++++++++

Thursday, August 19, 2004

Kenapa Letih

Bersama anak-anak high risk ni selama 4 hari, saya jadi letih dan tidak bermaya. Semua kami sebenarnya. Toyak yang banyak cerita, yang hari-hari mengusik saya pun sudah kurang ceria. Seakan kami semua terasa bahang dan derita mereka.

Selepas 4 hari, kedaan sudah terkawal. Malam tadi, semua sudah tandatagani akujanji. Perjanjian yang mereka akan berusaha untuk mengawal diri dan paling penting, ikut amanah Yang Maha Kuasa, Pencipta mereka.

Masalah mereka pelbagai - lumba haram (kantoi sebab langgar kereta polis), merokok, ponteng sekolah, melawan guru, hidu gam dan berasmara. Diingatkan sekali lagi - mereka semua adalah pelajar lelaki. Yang berasmara itu pasangannya 3 tahun lebih tua, dia berumur 16 tahun. Entah dari manalah agaknya budak-budak ni belajar budaya samseng.

Semasa sessi Luahan Rasa, mereka meletakkan kesalahan pada ibu bapa, guru dan kawan-kawan. Semua tidak betul, kecuali mereka.

Pada sessi seperti ini, kami ceritakan pada mereka. Tentang Abang A yang yatim piatu. Menyara diri sendiri dari sekolah menengah hingga masuk universiti dan sekarang sudah grad. Juga Abang J yang datang dari broken home. Mak dan Ayah bercerai. Mak dan Ayah kawin lagi. Ada mak tiri dan ayah tiri. Dari umur 13 tahun sudah pandai mencari rezeki untuk menyara hidup. Sekarang tahun akhir di universiti. Pandai, sopan-santun dan menjadi kesayangan semua di Kem.

+++++++++++++++++++++++++++

Sibuk. Kena stop dulu

+++++++++++++++++++++++++++

Thanks to tokrimau kerana telah memperkenalkan Kem kepada Maktab Perguruan Ilmu Khas. Jasamu hanya Allah yang membalasnya, Tok .

++++++++++++++++++++++++++++

TZM punya Eco-Challenge 24/8 nih. Siapa yang berkenaan, doakanlah ye! Dia tak reti letih, tak reti penat - bila ada masa akan training kayak. Nasib ada dia untuk grup ni. Tahulah dia macam mana, kan. Dialah Imam, dialah yang bagi kuliyah Suboh hari-hari. Untuk Maghrib, Pak Imam Haris datang. Morning Exercise pun dia. Kesian budak-budak tu. Tak terkejar :)

Eh, entah kenapa .. mamat tu bertambah hensem, bertambah manis lak akhir-akhir ni ! Kan Bamz ? Kan Iha ?
++++++++++++++++++++++++++++

Gambar: Bob sedang menolong peserta-peserta kecil yang sedang buat balancing

Bamz sedang mengajar adik-adik cara memakai BA dengan betul. Kata peserta dari SMK Jasin, BA= Beg Angin. Salah tu dik, BA = Buoyancy Aid.


Tuesday, August 17, 2004

K72, Johor

Semalam, 72 orang masuk untuk Program Bina Insan. Pelajar 'high risk' dari sebuah daerah. Setiap sekolah dipilih 3 orang wakil. Mulanya kami diberitahu 'hardcore', tapi mereka tidak dipilih.

Kami pun suka juga pada 'high risk' sebab mereka ni baru nak mula nakal. Nakal memanglah nakal.

Semalam semasa upacara 'merampas' dapat lebih 40 kotak rokok, berpuluh-puluh lighters, pisau dan lain-lain benda yang diharamkan di Kem. Macam-macam trick mereka buat. Ada yang sempat sorokkan rokok dalam hutan sebelah Dewan Makan, dalam tandas dan di pohon anggerik hutan depan Dataran Insan. Ada seorang, kreatif sungguh - kosongkan lampu suluh dan penuhkan lampu suluh dengan rokok. Sama kreatif dengan peserta minggu lepas yang masukkan rokok dalam 'tangkai beg'.

Semalam sahaja telah 'banyak lubang'. (pG, ada seorang ni PakLet buat 8 lubang terus !). Paling banyak seorang hero ni, dia terjun ke tasik dan melawan fasi. Maka Adi telah menghadiahkan dia dengan 4 lubang dan PakLet 8 lubang. Apa lubang-lubang tu ? Datang sini, nanti akan tahu :)

+++++++++++++++++++++++++++

Dapur pula. Huh, Pak Haji masak bagaikan untuk 100 orang. Semua licin dan tak cukup lagi. Masaklah lagi Pak Haji.

Pagi tadi untuk sarapan pagi Pak Haji masak 10 kilo kuetiaw, 3 kilo mee dan satu chafin dish besar nasi goreng. Kesian orang tua tu :) Kesian juga tokey dia, kena tambah elaun ! Huhu ..

+++++++++++++++++++++++++++

Aktiviti pagi tadi - dia pecahkan rekod. Bayangkan 'obstacles-run' tanpa bantuan di 'rock climbing', mereka buat bawah 19 mins. Rekod yang sangat baik. Cuba bandingkan dengan SMK Bukit Baru, Kem Kepimpinan yang buat lebih satu jam. Tapi mungkin juga motivasi mereka, jika lebih 20 mins - satu minit, satu lubang. Siapa lah sanggup menerima hasil dari lubang, kan ?

+++++++++++++++++++++++++++

Esok aktiviti khidmat masyarakat. Kali ni kami akan membersihkan rumah ibu tunggal, seorang nenek yang tinggal seorang diri dan surau Chinchin Tengah. Juga membersihkan tanah perkuburan Chinchin Tengah.

+++++++++++++++++++++++++++

Untuk Bird yang sign guestbook saya:
Telefon akak, boleh ?

Atau boleh berhubung degan email : lambaiandanaukem@yahoo.com

+++++++++++++++++++++++++++

Monday, August 16, 2004

Minggu Baru, Grup Baru

Fakulti Elektronik, Universiti Teknikal balik semalam, pukul 2 petang kots ? Semalam saya bercuti, tak datang Kem. Saya direhatkan sebab saya masih 'hilang semangat'. Serius. Blur semacam jer ni.

Malam semalam telah dipulih semangat semula. 2 jam mendengar ceramah dari buah hati. Thanks, honey !

Bila sudah jadi Ibu, anak siapa sahaja yang tidak betul, kita ikut sama merasakan penderitaan Ibu itu. Manalah ada ibu yang mahu anak gadisnya rosak, pandai merokok, jadi bohsia, kan ? Doa dan harapan setiap Ibu biarlah anaknya itu jadi insan yang berguna.

Tak nak cerita pasal mereka lagi. Nak cerita pasal benda-benda best sahaja.

++++++++++++++++++++++++++++

Malam hari Sabtu, saya di rumah. Tengok Final Akademi Fantasia 2. Melayan bersama Mak, Hafidz dan Nana. Amir dan Nadzrin, upah pun tak kan mahu tengok. Amir baca buku sebab Isnin mula trial exam dan Nadzrin main game di PC.

Sebelum mula consert, adik saya, Ida telefon. Suruh afundi Zahid. Jangan afundi Linda. Minah ni, kenegerian skets. "Jangan harap orang Sabah mahu afundi orang Malaya, bah !" kata dia. Beria-ia kempen supaya afundi Zahid. Sebenarnya kami suami isteri nak afundi Bob sebab fikir tentulah Zahid akan senang-senang menang. Tapi bila tengok peratus undi Linda sudah tinggi risau jugak, karang Zahid tak dapat pula Citroen tu. Last-last, undi Zahid sampai habis credit ! Kami berdua suka suara Bob. Suara jer, bebs .. lain-lain tak gemar. Tak layan ah, lelaki mengader-ngader gitu ! Heheh !

Apapun sangat tidak suka pada keputusan akhir tu. Saya mengharapkan pemenangnya 1.Zahid 2.Farah 3. Bob.

Kesian fasi-fasi di Kem tak dapat tengok Final. Tapi budak-budak lelaki ni tengok ke ? Selalu yang curi-curi tengok saya, Iha dan Bamz.

Iha dan Bamz sure suka Zahid menang. Korang tak de, akak tengok kat rumah jer. Partner in crime tak de susah ah, nak projek !

Minggu ni minggu exam di MMU. Untuk semua adik di MMU - Zack, Iha, Bamz, Lenny, Betty, Leman, Eddy, Lastmortal, Syaz, Rauf dan semua-semua tu - all the best ! Semoga berjaya dengan cemerlang :))

+++++++++++++++++++++++++++++

Hari ni akan masuk sekumpulan lagi pelajar bermasalah. Semua lelaki. Budak punk dan skinhead. Heheh ..

+++++++++++++++++++++++++++++

Untuk pG

Dah la tu, pG. Kena let go. Kita dah buat yang terbaik. Jangan be too personal dengan mereka. Karang kita pulak yang susah. Sabar, okay ? Nanti akan ada lagi banyak grup macam ni. Ni pengalaman pertama pG, u r doing okay pG sebab peserta boleh open up to pG dan pG pun dapat merasakan derita mereka. Tahniah pG, sebab bukan senang nak handle peserta macam ni.

Takyah bunuh orang la .. kau ni, tak profesional la !

Bukan pG sahaja yang rasa begini. Tengok Rauf. Dia fasi 'paling beriman' bak kata Pak Haji. Tengok dia macam mana .. Selamat datang ke alam dewasa, pG !

Saturday, August 14, 2004

3.05 pagi

Baru balik dari nite walk.

Minggu ni Fakulti Kejuteraan Elektronik, Universiti Teknikal datang berkhemah.

+++++++++++++++++++++

Sebenarnya seakan hilang semangat. Fizikal dan mental terlalu letih. Drained. Seperti semuanya dibawa pergi oleh K80. K80 adalah gelaran kepada peserta-peserta Bina Insan yang pulang hari Khamis lalu.
Sedia maklum, mereka adalah pelajar-pelajar hardcore. Nakal yang teramat. Mereka pelajar Tingkatan 4 dan 90% berumur 16 tahun. Adalah beberapa orang yang berumur 17 tahun, pelajar-pelajar bukan Melayu yang ke Peralihan sebelum Tingkatan Satu.

40 lelaki dan 40 perempuan.

++++++++++++++++++++++

Hari pertama sahaja sudah tunjuk belang masing-masing. Dapat rampas rokok dan lighter, satu plastik besar.
Lepas tu melawan, tidak mahu mendengar kata dan menyakitkan hati. Di Kem ini, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Cara senang atau susah sahajalah. Pilihannya - hak anda sebagai peserta. Fasi cuma menjalankan tugas.

Kami dah pun berbrainstorming tentang grup ni. Bincang module. Dan saya sangat suka pada module baru yang PakLet buat untuk kumpulan ini.

Amat mencabar perasaan. Garang - tegas - sayang bersyarat - dan sayang sepenuh hati. Kami mengikut apa yang PakLet dah gariskan. Dan Alhamdulillah, semua berjalan lancar.

Bukan sahaja peserta tetapi fasilitator-fasilitator juga banyak belajar.

Minggu yang airmata jadi murah ! Kami sebak mendengar masalah di Malam Luahan Rasa. Kesian sungguh tubuh kecil yang baru nak belajar hidup jadi sasaran tempat ibu dan bapa melepaskan tekanan.

Tidak sedarkah wahai ibu dan ayah ? Betapa ada orang yang sanggup buat apa sahaja untuk memiliki darah daging. Tidak sayangkah kepada anak-anak.

Bukanlah semua jadi bermasalah sebab ibu bapa. Ada yang saja nak jadi jahat. Mengikut kawan-kawan. Tiada cita-cita. Tidak memikirkan masa depan. Amat menakutkan mendengar luahan mereka. Seolah kami tidak berada di bumi Malaysia, tanahair tercinta yang akan sambut ulangtahun lagi beberapa hari lagi.

Budak 16 tahun jadi pemabuk, perokok tegar, tengok blue film, berasmara, pukul orang, bergaduh dan macam-macam kes. Abang pungut duit dari kawan-kawan dan suruh kawan-kawan rogol adik perempuannya.
Kami merasa seperti untuk menyelesaikan masalah mereka, perlu juga menyelesaikan masalah satu keluarga.

+++++++++++++++++++++++++++

Hari ketiga pergi dengar ceramah di Balai Polis. Melawat lock-up. Lepas tu yang lelaki pergi ke Tanah Perkuburan Islam, Kampung Chinchin untuk membersihkan kubur. Yang perempuan ke Masjid Kampung Chinchin pula. Bersihkan masjid.

Pak Imam dan Bilal juga beri kaunseling pada anak-anak ni. Minta mereka dekat-dekatkan diri dengan Rumah Allah.

+++++++++++++++++++++++++++

Susah saya hendak ceritakan semua sekali tentang grup ni. Anda boleh baca baca pengalaman fasi KLD saya yang pertama kali mengendalikan Program Bina Insan. Klik dan baca blog Encik pG

+++++++++++++++++++++++++++

Thursday, August 12, 2004

Malam Luahan Rasa

Abang Fasi tanya ... peserta jawab

Saya kena tangkap berasmara dengan abang tingkatan 5 kata awek lawa yang akan menymbut harijadi yang ke 16 lagi 2 bulan

Saya jual rokok, tapi saya tidak hisap rokok. Sebatang 50 sen, 20 batang dah 10 ringgit, sapa nak bagi, bang ? kata seorang pelajar yang bercita-cita mahu jadi ahli politik atau ahli perniagaan yang kaya-raya

Saya ponteng sekolah, tak buat homework dan banyak masalah disiplin kata seorang. 'Saya' ialah seorang gadis comel yang belajar dalam Tingkatan 4.

Saya suka bergaduh dan pukul orang .. lebih 10 orang menjawab begini

Cikgu kata saya menggatal kata beberapa orang gadis

Saya mengorat cikgu. Hensem cikgu kamu ? Lawa la bang, cikgu pompuan, Kan awak pompuan ? kata seorang budak perempuan yang mula-mulanya kami sangkakan lelaki.

Saya jual samsu haram kata seorang peserta yang juga seorang pekerja partime di sebuah ladang kelapa sawit. Er, silap kots ? Seorang pekerja dan ahli perniagaan di sebuah ladang kelapa sawit dan juga seorang pelajar partime yang belajar dalam Tingkatan 4.

Saya kerja partime, jadi Tonto kata seorang pelajar yang suka tersenyum dan sangat bersopan santun.

Saya ada masalah keluarga. Mak saya main dengan India kata 'minah yang menangis bagai nak banjir pada Malam Luahan Rasa'

Saya menyampah cikgu saya. Lebih jer makcik tu. Kuat bebel kata beberapa orang pelajar perempuan yang fikir datang ke sekolah adalah untuk mencari pakwe.

Saya kena tangkap hisap rokok, melawan cikgu, ponteng sekolah kata beberapa pelajar lelaki yang berjeans sulam-sulam semasa pergi jungle-tracking.

Saya tak de salah apa-apa, entah kenapa tah cikgu hantar kata seorang pengawas perempuan yang tidak faham langsung kenapa dia berada dalam kelompok pelajar 'hardcore' membuat Program Bina Insan. Huh la cikgu !

++++++++++++++++++++++++++

Malam kedua, malam Luahan Rasa. Peserta dipisah-pisahkan kepada beberapa kumpulan. Tidak bercampur kumpulan lelaki dan perempuan. Takut nanti malu pula mereka hendak menceritakan masalah masing-masing. Luahan rasa di atas adalah antara yang diluahkan peserta kepada fasilitator-fasilitator.

Ada yang buat fasi geram, ada yang kesian sangat dengan masalah mereka. Kebanyakannya dari keluarga bermasalah. Mak bapak bercerai, kemiskinan keluarga dan majoritinya tidak mendapat perhatian ibubapa.

++++++++++++++++++++++++++
To be continued ..

Monday, August 09, 2004

Toink Toink !

Camtulah kots kepala hotak saya dan geng-geng di Kem sekarang :)

Tapi baru hari pertama, tentulah begitu. Bukan sembarangan peserta yang dijaga. Tadi, seperti biasa, merampas barang-barang larangan.

Rokok, mancis dan lighter banyak dirampas. 'Sangat-sangat banyak'. Disembunyikan di banyak tempat rahsia - termasuk dalam seluar dalam. Bukan lelaki sahaja, perempuan juga :)

Masalah mereka pelbagai - mengugut, terlalu sosial, bohsia dan macam-macam kegiatan.

Tugas kami adalah untuk menyedarkan.

Tidak seronok adik, jadi orang jahat. Lebih seronok jadi orang baik. Kan elok jika disukai guru-guru dan rakan-rakan dari dibenci-benci dan di marah-marah.

Darjah kepanasan orang-orang di Kem juga perlu dijaga. Semuanya mudah naik angin :)

Letih, budak degil, melawan dan macam-macam.

InsyaAllah, kami akan bertahan hingga hari Khamis.

+++++++++++++++++++++++++++++++++

Tadi, pergi jogging. Ramai pancit. Track ladang getah.

Malam ni 'ice breaking' dan mengenali masalah.

Tentunya sessi sekolah salah, mak salah, bapak salah, kawan salah - pendek kata semua salah. Yang betul dia, padahal dialah yang bermasalah.

Selamat berpening-pening, wahai fasi-fasi !

+++++++++++++++++++++++++++++++

Gambar masa gumbira :)

Pergi dan Datang

Grup hujung minggu lepas amat mencabar.

Sungguh. Walaupun mereka masuk Jumaat dan balik Sabtu, tapi rasa macam kerja 5 hari. Pening. Serius. Pening tahap cipan-cipan segala. Bukan saya seorang sahaja tapi semua sekali yang berada di Kem.

Sepanjang 5 tahun PakMan bekerja di Kem, saya tidak pernah tengok walau sekalipun PakMan naik angin. Dialah sesabar-sabar manusia. Kalau kami mengamuk, dialah tukang sabarkan.

Pagi Sabtu lalu, pukul 2 pagi PakMan mengamuk. Marah sangat-sangat. Peserta keluar dari Kem dan jadi 'hantu' menyergah orang lalu lalang. Takut tengok PakMan. Memang tidak pernah dia macam tu. Tetapi peserta sudah melampau. Sudah lebih 10 ribu orang peserta datang ke sini, belum pernah kami berjumpa dengan peserta sebegini.

Hari Sabtunya, acara berakit. Pun tidak pernah ada grup yang rakitnya pecah. Hampir semua rakit, fasi kena pergi ikatkan semula rakitnya semasa sedang berada di tengah-tengah tasik. Kami semua hilang suara.

Petang, aktiviti war game. PakMan denda semua peserta letak periuk kera dalam mulut, sebab bising dalam bahasa bukan Bahasa Malaysia atau Inggeris. Huh, riuh rendah Kem dalam bahaasa itu.

Majlis penutup dan semuanya pulang.

+++++++++++++++++++++++++++

Ahad, saya tidak pergi ke Kem. Saya tidur kat rumah. Sangat-sangat penat. Pening. Sakit tekak.

Ahad juga semua fasi dan PakLet mengemas Kem. Repair jeti dan cabut rumput di jeti belakang dan bilik mandi perempuan. Rumput-rumput dimasukkan dalam bot Bayu Tasik dan dibuang di rumpun menerung.

Entah bagaimana, agaknya mungkin kerana berat sangat, bot terbalik. PakLet dan Azlee yang berada dalam bot, capsize bersama. Mereka berdua pakai BA, tetapi fasi-fasi panik juga sebab, dua-dua berada bawah bot. Mereka berenang ramai-ramai untuk selamatkan PakLet, Azlee dan Bayu Tasik. Alhamdulillah semua selamat. Dan teruskan kerja semula.

+++++++++++++++++++++++++++

Hari ini akan sampai 80 orang pelajar bermasalah dari sebuah daerah ini. Setiap sekolah akan hantar 4 pelajar paling bermasalah. Mereka akan pulang pada hari Khamis. Rehat sebelah malam dan esoknya akan masuk peserta dari Fakulti Kejuteraan Elektronik, Universiti Teknikal Kebangsaan.

Staff minggu ini - Azlee, pG, Adi, Muafa, Toyak, Cica, Geger, Jepun, Ruddy, Kucai dan Pak Haji.

Selamat bekerja !

Thursday, August 05, 2004

Malas-malas

Minggu ni entah kenapa, bermalas-malas sahaja. Rasa tidak sihat. Semasa demam minggu lepas pun lawan demamnya, kerja juga. Dengan Iha, berhujan semasa SMK Bukit Baru main war game. Hujan lebat, kami berdua selamba sahaja duduk di tanah perkuburan mangsa perang.

Jadinya masih batuk-batuk. Lawankan jugak, hari-hari mandi di jeti belakang. Mandi dan berendam puas-puas hingga rasa sejuk, baru naik.

Mak suruh duduk rumah sahaja, jangan pergi bekerja. Manalah saya tahu untuk bermalas-malas sahaja. Lagi tak sihat, kalau duduk tanpa bekerja.

+++++++++++++++++++++++

Bawa Nana ke pejabat. Dia demam juga. Kesian nak ditinggalkan di rumah. Lagipun angin Kem segar dan nyaman. Bolehlah dia berehat dengan aman. Sambil manaip module Bina Insan untuk 'sebuah organisasi itu' sambil merenung wajah puteri kesayangan yang tidur lena. Sesekali mengucup pipi anak perempuan bongsu yang seorang. Comelnya buah hati saya tidur !

+++++++++++++++++++++++

Minggu ni ada banyak kerja-kerja 'kertas' yang perlu dihabiskan. Minggu depan, Isnin hingga Khamis ada pelajar bermasalah (high risk) akan masuk untuk Program Bina Insan.

Program begini agak mencabar. Kena teliti dalam segalanya. Tapi boleh dikatakan ini adalah dalah satu dari kepakaran kami. Kami pernah buat untuk Politeknik, universiti pun pernah.

Paling saya ingat seorang peserta ini. Dia kehilangan ibu dan bapanya. Bukan meninggal tetapi dia sendiri tidak tahu di mana ibu bapa dia berada. Dia seorang pelajar yang pandai, bersekolah di SBP. Dia ditangkap menjual rokok pada kawan-kawan. Menjual rokok kerana itulah sumber pendapatannya. Kami beritahu pada sekolah agar Pengetua dapat mencarikan sumber kewangan untuk membantu dia.

Sekarang R, sudah belajar di Universiti. Hari Raya tempohari, ajak dia ke rumah.Tetapi R bekerja sebab nak cari duit. Raya pertama tidak Raya pun. Bekerja.

Kami tidak dapat lupakan R sebab semasa majlis penutup program Bina Insan tu, semua kami - semua peserta, cikgu-cikgu, fasilitator termasuk PakLet, PakMan semuanya menangis. Tidak tahan melihatkan ketabahan dia meneruskan kehidupan. R sentiasa di hati. Tidak mungkin saya dapat lupakan dia.

Walaupun program begini mencabar minda dan fizikal kami, tetapi kami tetap mahu lakukan yang terbaik - mengubah peserta. Walaupun tidak dapat 100 %, jika ada kesedaran, Alhamdulillah. Masih boleh berubah.

++++++++++++++++++++++++

Hari ni kami ada Grup SMK Jasin. Mereka datang 2 hari sahaja. Esok petang akan pulang. Kami akan berehat dan menerima pula peserta-peserta Bina Insan. Fasi yang bertugas minggu ni - Azlee, pG, Muafa, Toyak, Khalid, Cica, Raup, Bob dan Adi.

Asri balik Sungai Petani. Bob Azrin pergi selection untuk mewakili Malaysia dalam Inter-U Sports. Anak-anak dara MMU tu balik ke KL kots? Yang seorang tu mengidam sangat nak pergi FunFair sebelah Tesco tu.

Minggu depan ni semester break pelajar Universiti. Kucai, pG, Adi dan Ruddy akan berkampung di Kem.

++++++++++++++++++++++++++

Selamat Berhujung Minggu !

Wednesday, August 04, 2004



Mencintaimu

Mencintai mu
Seumur hidup ku
Selamanya
Setia menanti

Walau di hati saja
Seluruh hidup ku
Selamanya
Kau tetap milik ku

Hanya satu yang tak mungkin kembali
Hanya satu yang tak pernah terjadi
Segalanya teramat berarti di hati ku
Selamanya...

Mencintai mu
Seumur hidup ku
Selamanya
Kau tetap milik ku

Tuesday, August 03, 2004

Goreng Cempedak dan Nescafe Ais

Hari ni siap menghantar sebutharga kepada PBSM IKM Jasin, Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak dan SMK Sri Tanjung, Melaka. Dan juga finalisekan tentative program untuk Secretariat Rakan Muda, KTHO, UKM.

Lega. Semua kerja dah siap.

Raup dan Jepun sibuk membuang sampah. Anak-anak orang kaya minggu lepas ni segala benda dibuangnya - kasut, seluar track dan tees. Hari Ahad hari tu Bob dah buang separuh. Masih ada lagi yang ditinggalkan merata-rata. Habis semuanya dipungut dan dibuang. Ada juga ambil tuala mandi. Nanti basuh, boleh guna buat lap kayak.

+++++++++++++++++++++++++++++++

Sudah bulan Ogos. Terimakasih kepada Rasanubari mengucapkan Selamat Bulan Ogos kepada saya :) Selamat juga untuk Su !

Sekarang blog-blog kesukaan saya merupakan blog ibu-ibu yang 'sebaya'. Tak tahu umur sebenar, tapi rasanya mesti hampir sebaya sebab kami punya anak-anak yang besarnya lebih kurang. Seronok membaca kerana saya sedar walau di mana dan apa yang kami buat, semuanya mendahulukan kepentingan anak-anak.

Bila saya terkejar-kejar buat banyak kerja dan kadang-kadang rasa tak cukup kaki dan tangan menguruskan rumah, Kem dan anak-anak; saya jadi insaf bila baca blog ibu-ibu tunggal yang saya hormati. Betapa tabahnya mereka, betapa gagahnya mereka menghadapi hidup ! Saya dengan segalanya dikongsi bersama ni pun kadang-kadang rasa kalah.

++++++++++++++++++++++++++++++++

Bulan Ogos juga ada 2 minggu yang kami akan penuh dari Isnin hingga Ahad. Grup pelajar bermasalah. Kalau grup macam ni saya tidak akan namakan mereka dari mana.

Nasib baiklah Uitm dan Universiti Teknikal akan bersemester break. Adalah fasi untuk bekerja nanti. Adik-adik MMU tak lama lagi akan exam pula. Tak boleh nak duty Kem lagi. Tapi kalau ikutkan mereka, tengah minggu exam pun nak ke Kem. Kan Iha ? :)

Asri akan bertanding dalam EcoChallenge minggu depan. Hero kami ni, peserta kayak kebangsaan. Semoga dia berjaya :)

++++++++++++++++++++++++++++++++

Tentang anak-anak.

Amir dah habis ujian pengesanan. Okay juga result dia :) Alhamdulillah.

Nadzrin dah habis exam dah. Dah juga dapat nombor. Lebih satu dari dari semester pertama dulu. Asyik sangat dengan buku cerita. Nak exam masih dengan Noddy dan Mr. Plodnya.

Nana pun dah dapat buku rekod. Teacher kata dia manja sangat. Orang terlanggar sedikit pun nangis. Kenapalah tak ikut Mama dia yang ganas ni. Kalau orang langgar, janganlah nangis. Belasah jer orang tu. Heh !

Hafidz macam biasa. Dia rajin, jenis yang tak payah nak suruh baca buku. Memang suka study. Kami berdua lawan siapa habis dulu baca buku Harry Potter. Nampak macam Mama kalah. Boring siut buku tuh ! Saya baru habis Sorcerer's Stone dan sekarang tengah baca Chamber of Secrets. Ingatkan nak tipu-tipu, tapi kena lak pop-kuiz dengan dia.

Ma, siapa dia Moaning Myrtle ? Huh, sapalak minah ni ..
Apa jadi dengan Mrs. Norris dalam Chamber of Secrets ? Dia jadi dia lah. Err .. dia yang jadi matron kat asrama Grryfindor tuh ker ? Mama ni, dia kucing la ! Oh, ye ker ? hehe
++++++++++++++++++++++++++++++

Jom minum petang :)

Kakak Kedai Sajen ada goreng cempedak tu. Saya dah terbau dari pelantar pejabat ni. Minum nescafe ais lawan dengan cempedak goreng, sedap kan ?

Jom ?

Monday, August 02, 2004

SMK Bukit Baru & SMK Seksyen 11

Bone Shaker dah okay. Bob pergi ambil dari bengkel semalam (Sabtu). Sehari sahaja bone shaker masuk hospital :)

++++++++++++++++++++++++

Bila ada 2 grup, kami dibahagikan kepada 2 grup fasi jugak. GengDapur sahaja tidak berpecah. PakHaji Berahim, Jepun, Sham dan Geger. Geger ni staff baru.

Grup SMK Seksyen 11, Shah Alam - PakMan (Kem Komandan), Bamz (setiausaha), Muafa, Cicadinho, Khalid, Adi dan Kucai. Tugas Bamz, memantau masa. Punyalah busy Bamz minggu ni, rasanya hilang 5 kg kots ? Peserta dari Shah Alam 52 orang dan 4 guru.

Grup Bukit Baru - PakLet (Kem Komandan), Cikgu Jamsari, saya, Iha, Asri, Ruddy, Azlee, Bob, Toyak, Azim, pG, Raup, Pakdi dan Fendi. Peserta SMKBB 152 pelajar, 3 anak guru yang mengikuti program, guru-guru (ramai) termasuk juga budak-budak kecil yang hanya berpampers tanpa baju berlari-lari sekitar Kem. Hehe !

Hari Ahad macam biasa, Universiti Teknikal datang untuk Klinik Kayak.

++++++++++++++++++++++++

Saya akan tulis lapuran Bukit Baru. Kalau Bamz ada masa dia akan melapurkan SMK Shah Alam. Tapi minah tu busy dengan kerja-kerja sekolah dia. Jadi jangan tunggu sangat :)

++++++++++++++++++++++++

SMKBB sampai pukul 4.30 petang dengan 4 buah bas. Seksyen 11 sampai pukul 5 petang dengan 2 buah bas.

Taklimat program dan undang-undang Kem. Simpan-simpan barang. Kaya-kaya budak-budak ni. Nak menangis dia orang tengok kami simpan handphone mahal dia orang dalam beg sampah hitam sahaja ! Camping, dik !

Untuk kumpulan Bukit Baru, 'ice breaking'nya dikendalikan oleh Guru Kaunseling mereka. Kami pemerhati sahaja. Lepas pukul 12.30 malam baru PakLet pula. Kena pulak tukar-tukar peserta. Oleh sebab banyak aktiviti lasak, pembahagian kumpulan sangat penting. Penerangan aktiviti hari Sabtu. Supper. Pukul 2 pagi baru semua dapat tidur.

Sabtu. Solat Suboh berjemaah dan sarapan. Tiada senam pagi sebab hujan.

Aktiviti pagi ni - obstacles-run, water confidence dan kayak. Cikgu Jamsari, Iha dan pakdi mengendalikan aktiviti water confidence, Asri dan pG - kayak dan kami yang lain jaga aktiviti obstacles-run. Pukul 12.30 semua aktiviti habis dan peserta membersihkan diri untuk makan tengahari dan solat Zohor.

Petang ini kami akan pergi jungle tracking. Semua pergi kecuali Bob yang akan stanby untuk kerja-kerja rescue jika perlu. Ada 2 kes, seorang semput tak larat berjalan dan seorang kaki terseliuh. Saya dan PakLet tunggu di Checkpoint 11 dekat parit depan ladang kelapa sawit. Kami bawa boya tiub tayar. Setiap kumpulan dibekalkan dengan 2 BA. Yang tak tinggi akan pakai BA.

Paling mencabar bila kami nak menyeberangkan peserta yang terseliuh. Iha di atas menurunkan dia dan Pakdi dalam parit menunggu dengan boya. Sebelum tu, Iha dah pastikan dia pakai BA. Dia pegang boya dan Pakdi berenang keseberang membawa dia. Masa nak naikkan lagi mencabar. Kami angkat dia ramai-ramai. Kemudian menunggu motor datang untuk bawa balik peserta ke Kem. Kawasan ni tidak boleh pergi dengan jeep.

Pukul 6 semua selamat sampai ke Kem. Mereka bersihkan diri, solat Asar dan minum petang. PakHaji dah siapkan minuman panas dan cucur udang.

Malam ni sepatutnya Malam Persembahan tapi PakLet cancelkan. Banyak masalah dengan grup ni. Tiada teamwork, tiada semangat nak berlawan, tidak mendengar arahan dan banyak masalah lain. PakLet buat semula ice breaking. Naikkan semangat. Beritahu mereka kesalahan-kesalahan yang mereka buat. Malam ini ada akitivti night walk. Bila kumpulan tidak 'bersemangat', tiba masa aktiviti akan adalah yang 'sakit'. Untuk aktiviti ini ada 7 orang yang sakit. Kami hantarkan mereka ke dapur. Kupas bawang :) InsyaAllah, esok akan tiada yang 'sakit' lagi.

Night Walk bermula dari Kem dan ikut jalan dalam mini canyon, keluar ke tokong Cina dan pulang semula ke Kem. Fasi-fasi menunggu di checkpoint-checkpoint. PakLet dan saya melepaskan peserta pulang. Peserta tingkatan 1 dan 2 pulang berdua. Peserta tingkatan 3,4, 5 dan 6 pulang seorang-seorang. Bila peserta tingkatan 3 mula seorang demi seorang beredar, abang-abang dan kakak-kakak beri semangat dengan bertepuk tangan untuk adik-adik.

Semuanya selamat pulang ke Kem dan kami semua tidur pada pukul 1.45 pagi.

+++++++++++++++++++++++++++++

Ahad
Solat Suboh berjemaah. Senam pagi dan sarapan.

Aktiviti hari ni - war game. Peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan. Pengadilnya Abang Ruddy dari Askar Jawa diRaja, Abang Asri dan Abang Pakdi. Perang macam perang koboi. Hehe. Apa-apalah asalkan mereka gembira. Seronok jugak tengok mereka atur strategi. Sudah ada semangat berkumpulan. Mereka semua balik sebagai tahanan askar-askar fasi. Tangan atas kepala dengan muka dan badan yang coreng moreng.

Semasa Bukit Baru berperang, seksyen 11 berperang juga. Mereka di tapak perang sebelah. Memang bising sungguh kawasan peperangan hari tu.


Balik ke Kem. Kami lihat peserta dah bersemangat. Sessi nyanyi-nyanyi dulu. Ramai-ramai, dengan kotor bolor semuanya, kami menyanyi di tepi Tapak Puteri.

Lepas tu membersihkan diri, lunch, majlis penutup dan bersiap untuk pulang.

Wah, tetiba semua sudah lawa dan kemas. Mereka pulang pakai baju sekolah. Segak-segak semuanya. Bertali leher dan berblazer. Kantin Kem rasa cam kantin sekolah jer :) Kenapalah masa dia orang ambik nasi tak bayar kita macam kat kantin sekolah, kan Pak Haji ?

Majlis penutup dan selesai semuanya. Jutaan terima kasih kepada Cikgu Jamsari yang telah berpenat lelah untuk menjayakan program kepimpinan pengawas ini.

+++++++++++++++++++++++++++++

Semalam, jalan Kem jammed. 4 buah bas SMBB, 2 buah bas SMK Seksyen 11 san sebuah bas Universiti Teknikal serentak sampai untuk ambil peserta.

Bilalah YB baru nak bagi kami jalan baru ? :))))

++++++++++++++++++++++++++++

Hari ni letih. Nak balik rumah, tidur :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...