Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Wednesday, September 21, 2016

MENU. Kem Cuti Sekolah 2016


Hari Pertama



Minum Pagi
Lontong Sayur
Soto Ayam

Makan Tengahari
Nasi Putih
Kari Ayam dengan kentang
Egg Foo Yong
Taugeh tumis dengan tahu, kucai dan carrot

Minum Petang
Goreng pisang, goreng keledek, mee siput
Roti Pintal dengan butter dan gula
Sambal Kicap dan Sambal Tumis
Teh O dan Teh Susu

Makan Malam
Nasi Ayam
Ayam Kicap Madu
Sup Sayur
Salad Telur Timun dan Tomato
Sos Cili, Sos Kicap

Supper
Air Milo dan Biskut
Hari Kedua
Sarapan
Nasi Goreng Udang Kicap
Meehoon Goreng dengan Ayam

Makan Tengahari
Nasi Putih
Sambal Ayam
Sup Fishball dengan cendawan
Sawi putih Tumis dengan Tahu

Minum Petang
Ubi Rebus
Keledek Kukus
Jagung Kukus
Sambal Tumis
Kelapa Gula

Makan Malam
Nasi Lemak
Sambal Tumis Ikan Bilis
Sambal Tumis Sotong
Ayam BBQ Special KLD
Sausages
Burger

Supper
Air Milo dan Biskut
Hari Ketiga
Sarapan
Nasi Goreng Bercili
Meehoon Goreng Putih

Makan Tengahari
Nasi Putih
Kurma Ayam dengan kentang
Sambal Telur Rebus
Sayur Campur dengan Cendawan

KEM CUTI SEKOLAH SESSI 2016




KEM CUTI SEKOLAH KLD
27-29 NOVEMBER 2016


HARI PERTAMA
MASA
AKTIVITI
10.00 pagi – 12 tengahari
Pendaftaran di Laman Bambu, KLD. Ucapkan Selamat Jalan Kepada IbuBapa. 
12.00 tengahari
Taklimat Program.
12.30 tengahari
Makan Tengahari
1.30 tengahari
Solat Zohor Berjemaah.
2.00 petang
Dirikan khemah.
2.30 petang
Aktiviti 1. Ice Breaking.
4.00 petang
Minum Petang. Solat Asar Berjemaah.
4.30 petang
Aktiviti 2. Kraf Perkhemahan dan Asas Survival di Hutan. Bina gadget, masak nasi dalam buah kelapa, bikin roti pintal !
6.00 petang
Bersihkan diri.
6.45 petang
Makan Malam.
7.15 malam
Solat Maghrib. Kuliyah Maghrib dengan Abang Zaim.
8.45 malam
Aktiviti 3. ‘Menjadi Insan Berjaya’, bersama Penceramah Jemputan, Encik Mohd. Kamal.
10.45 malam
‘Midnight Feast’
11.00 malam
Aktiviti 4. ‘Night Walk’
11.30 malam
Doa tidur. Selamat Malam
HARI KEDUA
MASA
AKTIVITI
6.00 pagi
Bangun pagi, bersihkan diri dan Solat Suboh berjemaah. Kuliyah Suboh.
7.00 pagi
Aktiviti 5. Senam Pagi dengan Cikgu Amin. Masa untuk Gummy Bear !
8.00 pagi
Sarapan Pagi. Sudah makan, pergi mushroom dan vegetable picking di Kebun KLD.
8.45 pagi
Aktiviti 6. 'Run, don't walk'. Aktiviti ala Running Man di kawasan seluas 10 ekar.
12.00 tengahari
Bersihkan Diri
12.30 tengahari
Makan Tengahari
1.30 tengahari
Solat Zohor berjemaah
2.30 tengahari
Aktiviti 7. Rafting. Rafting Race and Dragon Raft
4.00 petang
Minum Petang. Solat Asar Berjemaah.
6.30 petang
Bersihkan diri. Rehat.
7.15 malam
Solat Maghrib Berjemaah.
7.30 malam
Makan Malam BBQ
8.30 malam
Solat Isya’ Berjemaah.
8.45 malam
Aktiviti 8. 'How to study smart ?' Bersama dengan kakak-kakak dan abang-abang pandai ni ! Kak Mira (MPP, Uitm Melaka), Abang Yousaid (YDP Business Club Uitm, Melaka), Kak Qila (Penerima Anugerah Dekan, setiap sem untuk course Business Studies), Abang Hafidz (Penerima Anugerah Naib Canselor, Uitm), Abang Ayin (pelajar tahun 2 University Victoria, Wellington, NZ, 4.0 setiap semester semasa foundation di KYSB Melaka)
10.45 malam
‘Midnight Feast’. 
Aktiviti 9. Luahan Rasa, Bicara Hati. Kaunseling Kumpulan Kecil yang akan dibahagikan mengikut Tahun Peperiksaan. (No time limit)
11.00 malam
Selamat Malam untuk pelajar Tahun 1 hingga 5
HARI KETIGA
MASA
AKTIVITI
6.00 pagi
Bersihkan diri. Solat Suboh Berjemaah. Kuliyah Suboh.
7.00 pagi
Aktiviti 10. Morning Exploration on Wheels. Berbasikal ke kampung. (Yang tak tahu naik basikal, naiklah jeep dengan Abang Fasi !)
8.00 pagi
Sarapan Pagi
8.30 pagi
Aktiviti 11. Taklimat ‘War Game’
9.00 pagi
Perang Bermula !
11.00 pagi
Bersihkan diri. Buka khemah dan berkemas untuk pulang.
12.00 tengahari
Makan Tengahari.
12.30 tengahari
Majlis Penutup SCHOOL HOLIDAY CAMP KLD Penyampaian sijil penyertaan. Sessi bergambar.
2.00 petang
Selamat Jalan, adik-adik !!! Jumpa lagi di 



Sunday, January 10, 2016

Pasukan Hoki, Politeknik seMalaysia

Pasukan hoki yg dibentuk untuk pertandingan Liga Hoki Remaja Malaysia. Program kecergasan dan teambuilding.



Cergas !

Klinik Kayak dengan Along

Kenal mana kiri, mana kanan

Berkayak sampai hujung tasik

Pemain hoki berkayak. Tangan perlu kuat.

Tasik luas pun nak juga berlanggar

OTOS. One team, one spirit. Untuk aktiviti ini peserta diberi tube tayar dan berusaha berdayung dengan tangan ke destinasi yang ditetapkan. Team tidak boleh berpecah langsung. Kalau berpecah, anda gagal.

Mereka memilih formasi sebaris

Bertahan sambil menunggu semua sedia di atas tube

Menuju destinasi


Berjaya !


Aktiviti Teambuilding Team Hoki Politeknik seMalaysia :
OTOS, Kayak, Log Race, Wargame, Zapin Ayam, Solo Drop, Night Walk, Obstacles Run

MRSM TUN GHAFAR BABA. TINGKATAN 5, 2016. 4-6 JANUARI.

Selamat Tahun Baru 2016 !

Resolusi tahun baru saya, mahu tulis blog semula. Rindu, nak menulis seperti dulu.

++++++++

Hari pertama persekolahan 2016 kami menerima pelajar-pelajar  dari MRSM TGB, Jasin.

Program orientasi, motivasi dan teambuilding tingkatan 5. Kem Komandan ialah Pak Let, Asst Kem Kom, Along dibantu oleh Cikgu Hafiz, Abang Toyak, Abang Polo, Kak Zu, Haikal, Nadzrin, Tajul, Zaim, Abang Azwan, Angah, Daus, Amir, Kak Yan, Kak Umi, Kak Dewi, Kak Lina, Abang Zack dan Faiz.

++++++++
Day One
MRSM sampai sebelum pukul 3 petang. 430 orang, sebelas bas.

Pasang khemah dan berkumpul di dewan. Aktiviti petang ini, lelaki pergi senam petang dan perempuan buat Water Confidence. Oleh sebab ramai kami harus pandai menguruskan peserta mengikut ruang waktu yang telah ditetapkan dalam jadual. Sebelum Maghrib, semua peserta siap makan malam. Lepas tu solat dan tazkirah sehingga waktu Isya'.

Selepas Isya', kami buat Ice Breaking dan malam disudahi dengan Bacaan Yassin dan Solat Hajat.

++++++++++
Day Two
Awal pagi, peserta perempuan bersenam pagi dan lelaki pula buat Water Confidence.


Sejuk! Pasrah je sebab lagi takut kat Along.

Aktiviti pagi ini ialah KLD Explorace, Tenggek Burung Trail. Laluan menyeberang parit, aktiviti dalam belukar tenggek burung, panjat bukit, menyelusuri tepi tasik hijau, laluan puyu betuk, giant skipping di Sarang Ponti, minum sirap sejuk tepi tasik, menyeberang parit lagi dan banyak aktiviti lagi sebelum tamat race. Kesemuanya ada 10 checkpoints.

Tengok gambar, ye 

Muka masih ceria, belum penat !

Meredah canyon untuk ke Bukit Tuah. 

Check point 4. Rumah Kemang. Qu Puteh !

Meredah parit di lalauan puyu-betuk. Fasi menjaga keselamatan.

Because two is better than one. Rubik Cube in the jungle.

Lompat si katak lompat !

"kereta pun tiada bawak kau jalan-jalan ...."

Parit terakhir sebelum sampai ke Kem.

tinggal satu je lagi check point !


Petang, aktiviti berakit. Rakit adalah aktiviti kesukaan setiap group yang datang ke Kem. Tasik yang mengeliling  KLD adalah seluas 105 ekar, memang puas berdayung. 

Dengan Abang Haikal. Bakal engineer kapalterbang.

Yang penting ialah kerjasama. Tak ikat rakit betul-betul, rakit pecah dan berenanglah ke tepian :)

Posing dengan abang fasi. Abang Daus ialah pelajar undang-undang di UIA. Hensem tetapi tiada gelfren. Mengikut sumber yang boleh dipercayai, Aband Daus pernah kecewa setelah cinta pertamanya semasa berusia 6 tahun tidak berjaya. Rakan sekelasnya di tadika itu telah menolak cinta suci Abang Daus. 

Sedia untuk berdayung. Fighting !, bak kata Kwangsoo (tak faham, sila google Runningman)

Petang tu, angin kencang. Tapi masih nyaman. 

Kak Zu kita yang cantik dengan adik-adik comelnya. Perempuan pink kalau berdayung mesti lemah lembut. Tah bila le nak sampai. Tengok abang-abang macho sebelah tu. Dayung sampai ke atas gitu.

Ni boss kami punya rakit. Berani tak letak gambau dia. Group yang Pak Let bawa ni dapat nombor satu. Pengalaman banyak ni. Tabik, boss !


Day Three
Selepas Suboh kami, fasi-fasi dah bersedia untuk aktiviti hari terakhir. Obstacles-Run, OTOS dan Cross Country.

Sebelum Pilot Splash

Selepas Paya Selut

Terpaksa letak. Biasalah gugurls, gambar tengah aktiviti tak kasi letak. Takut tak lawa basah berlumpur bagai. Dapat posing-posing gini suka le. Letak la. Semoga happy yg dik.

Guys tak kesah. Ambil je la bila-bila, tetap boleh berqu puteh gitu. Tapi rasa nak lempang juga bila tengok. #koingatkoKimK

Meredah paya lumpur di War Zone.


Sekejap sahaja sudah 3 hari 2 malam. Thanks untuk semua fasi dan Geng Dapur. Thanks Abang Amari dan Abang Trano untuk Tenggek Burung Trail yang cantik. 

Thanks MRSM TGB kerana memilih kami setiap tahun. Untuk adik-adik yang kami sayang, semoga anda mendapat straight A+s untuk SPM. Fokus pada study, jangan main-main. Solat hajat setiap hari dan share ilmu dengan kawan-kawan. Insha Allah kita akan berjaya. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...