Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Thursday, January 07, 2010

Asalamualaikum.

Selamat Tahun Baru Hijrah 1431 yang dah hampir sebulan lewat :) dan juga selamat menyambut 2010.

Lama, lama sungguh saya tak update di sini.

++++++


2009

Business was good. Ada akaun baru dari beberapa organisasi baru. Alhamdulillah. Tapi kerja tetap kerja. Rajin tetap kena rajin. Masih masak sendiri, cuci toilet juga kadang-kadang, sapu daun dan juga tetap kami berdua jadi tukang kebun di Kem ni.

Orkid saya dah membiak dengan cantiknya ! Dah banyak yg berbunga dan dengan itu buat hati saya juga berbunga-bunga indahnya :) Itulah pasal, tetamu-tetamu Kem yg sangat dihormati lagi dikasihi, tolonglah jangan patahkan orkid saya, walaupun anda sangat mengkagumi orkid cantik saya itu. Perbuatan itu bagaikan mematahkan tangkai jantung hati saya. Jika sudah jatuh cinta, bolehlah meminang si-cantik di Kedai Orkid Cikgu Bachok di Parit Jawa ataupun di Kedai Bunga-Bungaan Ah Hwee di jalan nak balik ke Panchor sana. (Beli banyak, ada diskaun)

Wah, kalau cakap pasal pokok bunga, sehari pun boleh :)

Bercakap pasal akaun baru dan tetamu baru, tahun ni, dapat ramai kawan baru. Juga kawan-kawan yg jumpa di alam maya, telah hadir 'in person'. Terima kasih ye Amir dan geng Jempol. It was nice to meet them. Geng satu kepala, kan ?

Geng KLD dan Geng Jempol

Tetamu Kem macam biasa, ada yang okay, ada yang tak berapa nak okay. Dah nama manusia kan, mana sama semuanya. Dari pengalaman saya di Kem, lagi besar pangkat dan kedudukan seseorang tu, lagilah dia humble dan baiknya dia. Ada 'orang-orang besar Universiti' yang sama-sama kami, kat dapur BBQ, bakar roti pintal dia sendiri, duduk melepak kacau-kacau kami, ucap terima kasih kat dapur sebelum balik. Bila jumpa yang macam ni, rase best sangat. Kalau jumpa yang sombong tu, kita pun kadang pelik, apa lah yang nak disombongkan tu. Nampak macam tangan, kaki, mata, hidung yang Tuhan bagi kat dia tu, sama sahaja macam kita ni, tak nampak lak kaki ker tangan lebih dia dapat :)

Hehe, gurau pagi tu :)

2009 juga, ramai anak-anak saya, Faci KLD grad. Zack dah konvo Master. Wan, Kudin, Zali, Blue, Zul Macha dah grad dari UPM, dah ada yg dah mula jadi Cikgu pun. Faiq pun dah grad dari UTHM, pun jadi Cikgu. Boss, Iwan dan Nik pun dah grad diploma, sedang tunggu bulan May untuk sambung degree. Adik-adik mereka masih berjuang masih meneruskan perjalanan hidup untuk juga grad. Semoga semua anak-anak saya ini berjaya didalam kehidupan mereka.

Fasi senior ada yang dah kawen - Asri kawen tahun ni. Iha & Lie dah bertunang. Fikry dan Ema dapat baby yang cute - Erynn. Anak Pakdi dan Hiedy, anak Fendy dan Hawa pun dah berlari dah. Raup dah beli rumah dan ada kereta besar. Harapan saya semoga mereka bahagia dan dimurahkan rezeki olehNya.

Di rumah, anak-anak - Along dan Angah, alhamdulillah dapat pointer yang baik. Keep the good grades, nanti boleh minta transfer ke degree. ( UiTM upgradekan student with good grades in dip programme ke degree, so untung 1 1/2 tahun). Nadzrin di Form Two, alhamdulillah juga every exam, every test dia dapat straight As dan always top of his class. Anak dara sorang tu jer, bilalah nak hilang manja. Punyalah malas belajar.

++++++++

Yang tak best 2009.

Maid Indon lari. Malas nak cerita :(

Ada Consultant masih tak bayar kami :( Malas juga nak cerita.

Kes kaki ayam. Wah, gua kena complain teruk pasal masukkan kaki ayam dalam gulai. Apasal lah tak suka kaki ayam. Kita orang punyalah suka kaki ayam cincang campur tongkeng ayam campur hati campur pedal masak lemak cili api serai pedas letak sayur kacang panjang. Boss saya tak bagi lagi masak macam ni. Eleh, group tu aje yang tak makan. Group lepas-lepas tu, kita orang masak, okay jer, semua makan. So, sorry ye sayang, walaupun you are the Boss, tp kat dapur, saya yang Boss :)

++++++

Hello 2010

Program baru, aktiviti baru.

Memang banyak aktiviti baru dan aktiviti yang telah diupgrade. Contohnya, Obstacles-Run-Around-The-Camp. Ada obstacles baru. Kolej 5, UPM, Summer Camp Pakej B dan UTM dah buat dah. Kolej Profesional MARA Batu Pahat pun buat juga. Alamak, gambar dalam laptop Pak Let. Nanti, saya, kalau sempat, akan naikkan di Facebook. Ada Water obstacles, Amazing Lake Race dan lain-lain.

Kawasan belakang Kem dah dikemaskan dan terperanjat kami bila ingat ada satu pulau. Rupanya kami ada 2 pulau ! Dan juga pulau-pulau kecil lain. Rancangnya ini adalah site untuk campingsite yang betul-betul punya. Air dari perigi, lampu pakai lampu ayam dan khemah pakai 'A' tent. Macam KLD zaman dulu-dulu :)

Ni semua takleh cerita sangatlah. Tunggu the updates.


Semoga akan rajin update blog tahun 2010 ni.

Sayang selalu,
Mama G
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...