Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Tuesday, August 15, 2006

Congratulations !!!

Ogos yang manis, Ogos sungguh bermakna. Syukur Allah, Alhamdullilah ! Banyak sungguh peristiwa gembira untuk kami di bulan Ogos ini.

2 minggu lepas, anak-anak di KUTKM berkonvo - Pakdi, Asri, Azlie dan Fendie.




Hujung minggu lepas pula( 12 Ogos 2006), hari bahagia Lenny dan pasangannya Faried. Ni dari Lenny sendiri :

"Orang Pontian, namanya Faried.
Jangan risau, saya ikut pesan kak g, cari orang Jawa. ;)
Kami bertunang bulan dua yang lepas, alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik, maka kami akan bernikah bulan depan, insyaAllah.
Tegas, ya cukup tegas.
Saya kenal dia sebagai seorang pegawai wataniah. Ya, macam Kuchai. ;) "

"Salam Bahagia untuk Lenny dan Faried. Bawaklah Faried jumpa kami semua, yer Len. Sorrylah Len tak berkesempatan untuk bersama di hari bahagia Len. Ingat tak, Cicha dan Toyak kata nak berkayak ke Sarawak kalau Len kawen ? hmm, asalkan boleh sahaja. Dia orang semua cakap Tahniah kat Puteri Santubong diaorang :)"



Minggu yang sama, Iha dan Zack pula berkonvo. Aduhai, banyak sungguh berita gembira !

+++++++++++++




Ni untuk Lenny dan Faried :

Selamat Pengantin Baru

Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha Allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup

Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu

Beginilah resam manusia
Tak lari dari ketentuan Ilahi
Suami ketua isteri pembantu
Melangkah hidup saling berpadu
Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal ke anak cucu

Moga kekal hingga ke syurga

++++++++++++


Jutaan Tahniah juga buat Zack dan Iha. ( While i'm typing this, Zack tengah upload gambar .. so gambar hensem Zack tuh akan diadd kemudian, yer geng !) Bertahun-tahun penat belajar, sekarang sudah mengengam ijazah idaman.


with all our love .. from all of us at KLD

Friday, August 04, 2006

Ucapan Tahniah dari Kak G and Family

Juta-juta, 490 juta ucapan tahniah, setinggi-tinggi tahniah untuk Fasi-Fasi KLD yang akan konvo hari Sabtu ni.

Segala penat lelah, belajar dari Isnin hingga Jumaat. Jumaat pula selepas solat/kelas bergegas ke KLD untuk 'on-duty'.

Letih-letih, tak cukup tidur, akan ke kelas lagi pada hari Isnin.

Sesungguhnya anda semua betul-betul - hebat fizikalnya dan tabah mindanya.

Opps .. tentunya akan jadi juga insan baru, kan ? Yang dah berkerjaya, bakal menempuh kehidupan berumahtangga ( dah dgr ada orang nak hantar tanda, ehem !) dan apapun yang anda hadapi, semoga semuanya baik-baik belaka. Amin
!



Asri, Hero Kayak kami. Congrats, Asri !



















Congratulations dear Azlie ! Semoga Berbahagia juga dengan Iha sehingga ke anak cucu. Luv both of you !!! And a very big hug to u (lupa peluk balik mlm tadi, heheh )

Our Hero, Pakdi. Tall, handsome, brilliant, lawak and macho giler, eh Hiedy ? Ni gambar lama nih, zaman perut masih maintain. Masa panjat Gunung Stong, kots ? Menurut firasat Nenek Kebayan Hutan Ini, Pakdi akan menjadi Fasi pertama yang akan kawen. Mat Bunga Ropol-Ropol kan dah 'hati terluka', so Pakdi jalan dulu, lah ! Tahniah Pakdi, dah grad nih !!!

Ehem ! Congrats ya, dear Fendi ! Wish i could see all of you - receiving yours scrolls in your best suit - sure hensem giler semuanya ! Tahniah, people.

Tuesday, August 01, 2006

Permanis, UKM

Jumaat hingga Ahad bersama Permanis, UKM. Permanis ialah Persatuan Anak-Anak Negeri Sembilan.

Biasalah di U, macam-macam Persatuan Anak Negeri. Masa saya dahulu, yang 'power' Persatuan Anak Negeri ialah Kelantan dan Johor. Sehinggalah semasa saya pada tahun 2, terjadi satu peristiwa berdarah - mereka bergaduh dan sehingga ada yang meninggal dunia. Boyfriend orang Johor, risau juga hati.

Tu peristiwa berpuluh tahun lampau. Seharusnya jadi sejarah dan pedoman. Tidak perlu lagi dengan perkara bodoh itu.

+++++++++++

Yang datang adalah bakal-bakal Pemimpin dan Mantan Pemimpin. Senang sungguh nak mengendalikan Program ni. 'Relax' jer kami :)

Aktiviti-aktiviti 'outdoor' yang mereka buat - 'Obstacles Run', Kayak, Rakit dan 'War Game'.

Aktiviti lain, Permanis buat sendiri. Banyak masa untuk fasi-fasi lepak. Sempat tangkap ular dan sessi kutuk 'insan hati terluka'.


Rakit fasi. Lama tak berakit, semua gian nak berakit. Cicha sorang jer yang tak berakit, jadi Jurugambar. Lagipun, 'abang navy', kan, takkan nak biarkan kumpulan dia kalah pulak. Rakit fari tempat kedua, sebab fasi mula berakit selepas 5 minit peserta berlepas. Fasi yang berakit - Matger, Kemang, PakLet, Asyraf, Tompel, Syafiq dan Toyak.

Banner.

Rakit mengelilingi pulau kecil di hujung tasik.

Baru nak bermula. Peserta mula dahulu, selepas 5 minit barulah rakit fasi masuk tasik.


Wah, kemain kayuh lagi ...


Ni gambar 'War Game' Air tak banyak, apa lagi bergelumang dengan lumpur semuanya. Suko kau eh ?

Berdua-duaan. Dengan anak saudara kesayangan ...

Eden tak kona dah anak daro mano, orang bujang mano nih.

Longuh tangan den mengayuh !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...