Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!
Showing posts with label UKM. Show all posts
Showing posts with label UKM. Show all posts

Tuesday, August 01, 2006

Permanis, UKM

Jumaat hingga Ahad bersama Permanis, UKM. Permanis ialah Persatuan Anak-Anak Negeri Sembilan.

Biasalah di U, macam-macam Persatuan Anak Negeri. Masa saya dahulu, yang 'power' Persatuan Anak Negeri ialah Kelantan dan Johor. Sehinggalah semasa saya pada tahun 2, terjadi satu peristiwa berdarah - mereka bergaduh dan sehingga ada yang meninggal dunia. Boyfriend orang Johor, risau juga hati.

Tu peristiwa berpuluh tahun lampau. Seharusnya jadi sejarah dan pedoman. Tidak perlu lagi dengan perkara bodoh itu.

+++++++++++

Yang datang adalah bakal-bakal Pemimpin dan Mantan Pemimpin. Senang sungguh nak mengendalikan Program ni. 'Relax' jer kami :)

Aktiviti-aktiviti 'outdoor' yang mereka buat - 'Obstacles Run', Kayak, Rakit dan 'War Game'.

Aktiviti lain, Permanis buat sendiri. Banyak masa untuk fasi-fasi lepak. Sempat tangkap ular dan sessi kutuk 'insan hati terluka'.


Rakit fasi. Lama tak berakit, semua gian nak berakit. Cicha sorang jer yang tak berakit, jadi Jurugambar. Lagipun, 'abang navy', kan, takkan nak biarkan kumpulan dia kalah pulak. Rakit fari tempat kedua, sebab fasi mula berakit selepas 5 minit peserta berlepas. Fasi yang berakit - Matger, Kemang, PakLet, Asyraf, Tompel, Syafiq dan Toyak.

Banner.

Rakit mengelilingi pulau kecil di hujung tasik.

Baru nak bermula. Peserta mula dahulu, selepas 5 minit barulah rakit fasi masuk tasik.


Wah, kemain kayuh lagi ...


Ni gambar 'War Game' Air tak banyak, apa lagi bergelumang dengan lumpur semuanya. Suko kau eh ?

Berdua-duaan. Dengan anak saudara kesayangan ...

Eden tak kona dah anak daro mano, orang bujang mano nih.

Longuh tangan den mengayuh !

Monday, March 06, 2006

UKM dan UIA

Image hosting by TinyPic
Pemandangan Gunung Ledang dari Tasik Hijau. Pic oleh Cik Nettbiru.



MasyaAllah, apa nak saya tuliskan untuk lapuran minggu ni ? Lama saya termenung. Memikir dan mecari-cari nama yang saya ingat untuk Kumpulan kali ni. Saya kenal Mak Dara, Mai. Sebab dia ada tegur saya dua tiga kali. Dan beberapa orang yang lain.

Saya kenal Yati. Yati yang bagi kaunseling pada Toyak. Budak-budak fasi, bila tahu Yati ni bakal jadi Kaunselor, tiba-tiba semua punyai masalah. Tapi Yati bagi keutamaan pada Toyak. Berat masalah Toyak. Kes Toyak dan Abby. Tak, tak, Abby bukan seorang aweks. Abby ialah lembu kesayangan Toyak.

Yang lain, tak begitu kenal.

Tiba-tiba, saya rindu pada anak-anak saya minggu lepas - Group GEMILANG ENTREPRENEURSHIP LEADERSHIP CAMP. Minggu ni tiada anak-anak yang terjerit-jerit minta nasi, minta saya manjakan, menangis nak dipeluk (ni Zura dan Sya nih - hahahaha), yang nakal (zurahot, firdaus). Aduhai, we miss u guys ! Budak baik cam Nani Rubberband, Paan dan Umi, Mama ingat jugak.

Naper panggil Nani, rubber band. Dia nak getah gelang. Pastu susah-payah beritahu orang dapur,

Nani : mintak saya getah sayur, ada ?
Adi : (geleng kepala)
Nani : getah tempe ?
Adi dan Matger dan Syafiq : (beramai-ramai geleng pala)
Mama : (mula menyoalsiasat potpetpotpet ... )
Nani : (dok menyebut segala benda getah dalam dunia)
Mama : (hampir give up) nak rubber band ker ?
Nani : hah, rubber band
Mama : orang kampung Chinchin mmg sebut getah rubberband gitu, Nani. Mintak abang Toyak, kat setor banyak benda nih.

La, saya tulis lapuran grup mana lak nih ?

Okaylah, back to this week group.

Kami ada UKM - Kolej Idris al-Marbawi dan Universiti Islam Antarabangsa, Kelab Kayak.

++++++++++++++

Minggu ni minggu ramai fasi. Asst Kem Komandan ialah Zack. Ada Asri, Azlie, Iha, Toyak, Cicha, Dino, PG, Pakdi dan Fendi.

Minggu ni Pakdi dan Asri ada Projek Burger. Belanja kami burger pulak. Burger special yang dimarinate. Hampir sahaja burger tu dimarinate dengan pulut hitam. Mintak Matger lada hitam, diberi pulut hitam :) Tapi Pakdi, kalau Pulut Hitam pun, sure habis. Minggu depan, kita makan apa pulak yer ?

Ni makanan untuk clubbing session lepas balik dari 'Night Walk'.

Helloooooooooooooooo ! Iha buat Kek Batik. Resepi saya, tapi dia yang mengodek dengan ditolong Syafiq dan Adi. Pandai dah anak dara ni masak. Sedap, Iha !

(Eh, Asri apsal tak minum Coke tuh ? Ada lebih lagi sebotol )

+++++++++++++++

Itu sahaja lapuran untuk minggu ini. Sekian, Terima Kasih. Sila jenguk ke blog-blog GengLasak KLD untuk cerita lanjut (jika ada).

Abang Azlie Aku Anak Desa

Abang Dino Back To Start

Abang Zack Diriku Bagai Tapak Sulaiman

Abang Asri From TZM To Scoot

Abang PG Hanya Tuhan Yang Tahu



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...