Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!
Showing posts with label summer camp. Show all posts
Showing posts with label summer camp. Show all posts

Wednesday, September 21, 2016

KEM CUTI SEKOLAH SESSI 2016




KEM CUTI SEKOLAH KLD
27-29 NOVEMBER 2016


HARI PERTAMA
MASA
AKTIVITI
10.00 pagi – 12 tengahari
Pendaftaran di Laman Bambu, KLD. Ucapkan Selamat Jalan Kepada IbuBapa. 
12.00 tengahari
Taklimat Program.
12.30 tengahari
Makan Tengahari
1.30 tengahari
Solat Zohor Berjemaah.
2.00 petang
Dirikan khemah.
2.30 petang
Aktiviti 1. Ice Breaking.
4.00 petang
Minum Petang. Solat Asar Berjemaah.
4.30 petang
Aktiviti 2. Kraf Perkhemahan dan Asas Survival di Hutan. Bina gadget, masak nasi dalam buah kelapa, bikin roti pintal !
6.00 petang
Bersihkan diri.
6.45 petang
Makan Malam.
7.15 malam
Solat Maghrib. Kuliyah Maghrib dengan Abang Zaim.
8.45 malam
Aktiviti 3. ‘Menjadi Insan Berjaya’, bersama Penceramah Jemputan, Encik Mohd. Kamal.
10.45 malam
‘Midnight Feast’
11.00 malam
Aktiviti 4. ‘Night Walk’
11.30 malam
Doa tidur. Selamat Malam
HARI KEDUA
MASA
AKTIVITI
6.00 pagi
Bangun pagi, bersihkan diri dan Solat Suboh berjemaah. Kuliyah Suboh.
7.00 pagi
Aktiviti 5. Senam Pagi dengan Cikgu Amin. Masa untuk Gummy Bear !
8.00 pagi
Sarapan Pagi. Sudah makan, pergi mushroom dan vegetable picking di Kebun KLD.
8.45 pagi
Aktiviti 6. 'Run, don't walk'. Aktiviti ala Running Man di kawasan seluas 10 ekar.
12.00 tengahari
Bersihkan Diri
12.30 tengahari
Makan Tengahari
1.30 tengahari
Solat Zohor berjemaah
2.30 tengahari
Aktiviti 7. Rafting. Rafting Race and Dragon Raft
4.00 petang
Minum Petang. Solat Asar Berjemaah.
6.30 petang
Bersihkan diri. Rehat.
7.15 malam
Solat Maghrib Berjemaah.
7.30 malam
Makan Malam BBQ
8.30 malam
Solat Isya’ Berjemaah.
8.45 malam
Aktiviti 8. 'How to study smart ?' Bersama dengan kakak-kakak dan abang-abang pandai ni ! Kak Mira (MPP, Uitm Melaka), Abang Yousaid (YDP Business Club Uitm, Melaka), Kak Qila (Penerima Anugerah Dekan, setiap sem untuk course Business Studies), Abang Hafidz (Penerima Anugerah Naib Canselor, Uitm), Abang Ayin (pelajar tahun 2 University Victoria, Wellington, NZ, 4.0 setiap semester semasa foundation di KYSB Melaka)
10.45 malam
‘Midnight Feast’. 
Aktiviti 9. Luahan Rasa, Bicara Hati. Kaunseling Kumpulan Kecil yang akan dibahagikan mengikut Tahun Peperiksaan. (No time limit)
11.00 malam
Selamat Malam untuk pelajar Tahun 1 hingga 5
HARI KETIGA
MASA
AKTIVITI
6.00 pagi
Bersihkan diri. Solat Suboh Berjemaah. Kuliyah Suboh.
7.00 pagi
Aktiviti 10. Morning Exploration on Wheels. Berbasikal ke kampung. (Yang tak tahu naik basikal, naiklah jeep dengan Abang Fasi !)
8.00 pagi
Sarapan Pagi
8.30 pagi
Aktiviti 11. Taklimat ‘War Game’
9.00 pagi
Perang Bermula !
11.00 pagi
Bersihkan diri. Buka khemah dan berkemas untuk pulang.
12.00 tengahari
Makan Tengahari.
12.30 tengahari
Majlis Penutup SCHOOL HOLIDAY CAMP KLD Penyampaian sijil penyertaan. Sessi bergambar.
2.00 petang
Selamat Jalan, adik-adik !!! Jumpa lagi di 



Thursday, April 22, 2010

SummerCamp@KLD. Last Day - Don't Cry, Baby !

Balik dari War Game, mandi-manda, bersihkan diri dan kemas-kemas untuk pulang. Kami, fasi-fasi dah terasa sedih :(

Program SummerCamp memang lain dari program yang lain. Kalau program lain ada pegawai, ada urusetia, ada cikgu, ada HEP - yang ni cuma peserta dan kami sahaja. Mereka bergantung sepenuhnya pada kami. Sebab tu bangun pagi kena kejut, menangis tak nak bangun kena pujuk, sakit kena jaga dan segalanyalah. Sebab itu bila SummerCamp, Pak Let pilih fasi-fasi yang sesuai untuk kendalikan program sebegini. Fasi yang sabar ! Yang suka pada kanak-kanak, yang pandai melayan dan bijak menghadapi peserta.


Last lunch at KLD. Tetaplah itu keropok tak boleh tiada !

Ada kejutan untuk kami. Ibu Aliff ( Yang ada bakery di Taman Universiti, Sekudai - 012-7065675 /017-7538744. Anda boleh call dia untuk cake yg sedap, cantik dan yang penting HALAL !) bawa cake Elomo untuk celebrate harijadi Alif yang ke 8 tahun. Dengan cake 2 tingkat, dengan cupcakes yang comel-comel, banyaknya cakes !

Ni cake Elmo yang cantik tu

Happy Birthday, Alif Iqmal ! Kawan-kawan nyanyikan lagu selamat ulangtahun untuk Alif

Sebelah kiri itu, Ibu kepada Alif - yang baikhati berikan cake ini untuk kami semua.


Masa untuk berpisah. Dengan diketuai oleh Haziq Danish Hazlan, peserta-peserta mempersembahkan Nasyid Taubat yang mereka belajar dari Abang Ghaz setiap hari. Syahdu !


Guys, we love you !


'Us'



Beloved Taj Putera, senior SummerCamp - selalu kami usik, tapi tetap sayang !

Kak Izyan, Abang MB, Abang Yanto, Along, Abang Ghaz, Mama G dan Angah

Pak Let bagi sijil pada Haziq

Khalis yang kuat merajuk :)

Mirul, pun senior SummerCamp

Ameera, Wafiqa, Fina

Keluarga Bahagia

Sedamai taman firdausi
Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani

Indahnya damainya
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan sayang


Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau
Kenangan yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang t'lah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Setiap pertemuan, ada perpisahan. Untunglah perpisahan ini adalah sementara. Ada SummerCamp lagi, kita berjumpa. Pun begitu, kami semua sedih sangat untuk berpisah. Semua di stage, bagaikan tak mahu pulang, sedangkan ibu dan ayah dah menunggu.

Hugging each other, may this new friendship remains forever.

'Us'

The Guys




Tuai pada antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Kalau sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
SummerCamp 2010 berjumpa lagi

Tuesday, April 20, 2010

SummerCamp@KLD. Hari Keempat Pt 1

Hari terakhir bersama ! Macam biasa, lepas bangun, bersihkan diri dan solat Suboh. Tiap-tiap pagi Kak Izyan kena check semua gosok gigi ke tidak :) Ustaz Ghaz pun suka sebab semua dah rela bangun pagi, tak nangis-nangis bila dikejutkan.

Pagi ni, Along punya Morning Exercise, senaman menari-nari. Ada Zapin dam Chicken Dance. Yang ni semua suka, bukan main semangat !

Streching dulu, betulkan urat-urat.

Budak cantik yang kami sayang, Mukminah dan Balqis

Belajar step nak menari ni. Exercise pakai selipar jer, sebab kasut basah

Anak dara berdua ni bukan main suka ber'chicken dance'

Happy Faces :)

Sarapan Pagi. Saya bukan masak ikut menu sangat, saya masak ikut permintaan. Pagi ni mereka nak meehoon ("pedas, tak pedas sangatlah, ye Mama"), makaroni goreng kicap dan scramble eggs. Ada juga bingka roti. Dan, tak boleh tiada, kena ada keropok goreng. Keropok ni, siang malam pagi petang kena ada sentiasa. Punyalah dia orang suka. Paling suka keropok ni, Wafiqah. Biskut pun kena ada juga.

Kucing ni, ada 3 kaki sahaja. di KLD, fasi-fasi panggil dia, BKU. BKU itu maknanya, 'Binatang kurang upaya'. Budak-budak ni semua suka kucing ni, tapi PakLet tak benarkan pegang.

Tarian Perang sebelum ke Medan Peperangan.

Posing lagi !

Mula-mula risau jer nak masuk air.



Lama-lama dah tak kisah dah.

Sukanya dapat main lumpur, kalau lah Ibu kamu tengok !

Bersungguh-sungguh tu, nak menang

Wafiq, Khalis, Amirul

Sunday, April 11, 2010

SummerCamp @ KLD. KCS 2009. Hari Ketiga. Bhgn 2

Selepas makan tengahari, solat Zuhur dan tazkirah, aktiviti kayak pula. Semua pergi kecuali yg kecil-kecil, Tahun Satu - Fina, Wafiqah dan Haziq. Walaupun tak dapat berkayak, Along bawa kami naik Bot. Kak Yan pun ada, pegang Haziq. hehe.




Along bagi penerangan mengenai Kayak dan Abang Yanto buat 'praktikal'nya. Tahukan anda, 12 buah kayak, digerakkan oleh Abang Yanto seorang, sahaja. Kagum kami.



Kami bersedia dengan membuat 'rafting'. Kami kena pegang kayak kuat-kuat, kalau tidak nanti, orang yang bergerak, boleh jatuh.

Abang Yanto berjalan atas 'raft' kami.


Pusing pula.

Ini ada pengalaman pertama kami, berkayak. Seronok sangat. Tambahan pula, abang-abang Fasi bagi kami penerangan yang jelas, ditambah dengan demonstrasi, senanglah faham. Pak Let ada beritahu, dia sentiasa percaya kepada perpatah Cina ini,

"Tell me and I forget. Show me and I remember. Involve me and I understand."

jadi begitulah caranya Pak Let mengajar kami, semuanya kami kena buat, barulah ada pengalaman dan nanti boleh pandai :)

Ini semasa Abang Yanto pusingkan kayak-kayak kami seorang diri


Lagi demo oleh Abang Yanto


Dah dibenarkan berkayak sendiri. Tapi dalam kawasan yang Along benarkan sahaja. Jangan melawan perintah, garang Mamat Abang Fasi ni. hehe



Satu demi satu kayak keluar untuk kami main kayak. Keselamatan tetap dijaga sentiasa. Angah, Abang Yanto dan Abang Ghaz menjaga kawasan, Along dalam Bot memerhatikan kami.


Dah petang, kena pulang T_T


Dah sudah main, kena simpan 'toys'. Sama sahaja di sini, dah sudah main kayak, kena susun semula di tempatnya. Kecil, besar, lelaki, perempuan, berkerjasama.


Nasi Ayam Mama G


Selepas solat Maghrib, makan malam dan rehat sebentar sebelum solat Isya'. Semua kacak-kacak berbaju Melayu :)


Makan malam sambil berbincang hal-ehwal negara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...