Kerja keras anak-anak saya, sangat hebat. Paling kesian semasa menebang dan menaikkan Kayu Tembusu yang sangatlah berat itu.
Info : Antara ciri fizikal Pokok Tembusu Kayu: merupakan sejenis kayu keras berat, tahan lama, dan sering digunakan dalam industri balak.
Selain dari letak Pintu Gerbang ke Tapak Perkhemahan, setiap tapak khemah telah diikat batu dan dipenuhkan blok itu dengan pasir. Jadi, selesalah nak tidur, bagaikan berkhemah di tepi pantai :)
Blok untuk lelaki, kami letak nama-nama Bukit di Melaka dan blok-blok perempuan pula kami letak nama tempat bermula dengan nama 'Ayer'.
Kita tengok gambar, yer !
Ini Tapak untuk Puteri - 'Ayer Paabas'. Tapak untuk Puteri, besar-besar, boleh memuatkan lebih 10 khemah setiap blok.
Tapak khemah, belakang tu Tasik. Kawasan tapak perkhemahan kami nyaman, sejuk sebab di bawah pokok-pokok dan dikelilingi pula oleh air
'Bukit Cina'. Abaikan daun-daun tu, pic nih saya ambil tadi (Tue). Pak Tua sapu campingsite pada hari Khamis. Jadi, campers masuk hari Jumaat, semua sudah bersih dan kemas.
Anak-anak teruna saya dengan Pak Tua. Dari kiri, Pak Tua, Fadly (UPM), Harry (UPM), Acid (UM), Amir (UiTM). Kacak, bijak, warak, lasak, pandai masak dan juga pandai kerja kontrak !
Masa kami sibuk-sibuk bekerja ni, itik liar ni, sibuk juga berenang keliling tasik. Comey mereka ni, ada lebih 10 ekor.
Hensem lah tuh !
Musim Durian
Di Kem tak de pokok durian, tapi kat rumah ada. Bawa ke Kem dan masak bubur kacang durian.
Di Kem tak de pokok durian, tapi kat rumah ada. Bawa ke Kem dan masak bubur kacang durian.
2 comments:
Wah dah siap pun tapak khemah tu yer....Cantik nampaknyer....
aunty..sedapnye durian tu...
Post a Comment