Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!
Showing posts with label info kld. Show all posts
Showing posts with label info kld. Show all posts

Tuesday, June 30, 2009

Tapak Khemah dan Musim Durian di KLD

Sila klik pada gambar untuk besarkan gambar.

Kerja keras anak-anak saya, sangat hebat. Paling kesian semasa menebang dan menaikkan Kayu Tembusu yang sangatlah berat itu.

Info : Antara ciri fizikal Pokok Tembusu Kayu: merupakan sejenis kayu keras berat, tahan lama, dan sering digunakan dalam industri balak.

Selain dari letak Pintu Gerbang ke Tapak Perkhemahan, setiap tapak khemah telah diikat batu dan dipenuhkan blok itu dengan pasir. Jadi, selesalah nak tidur, bagaikan berkhemah di tepi pantai :)

Blok untuk lelaki, kami letak nama-nama Bukit di Melaka dan blok-blok perempuan pula kami letak nama tempat bermula dengan nama 'Ayer'.

Kita tengok gambar, yer !

'Bukit Baru'

Tapak Khemah, hampir waktu Maghrib

Dalam hutan cepat gelapnya. Kami mula pasang lampu sebelum pukul 7 malam.

Masa ni Belia Alor Gajah sedang camping

Ini Tapak untuk Puteri - 'Ayer Paabas'. Tapak untuk Puteri, besar-besar, boleh memuatkan lebih 10 khemah setiap blok.

Tapak khemah, belakang tu Tasik. Kawasan tapak perkhemahan kami nyaman, sejuk sebab di bawah pokok-pokok dan dikelilingi pula oleh air

Dekat pagar tu, anak-anak teruna saya tanam pokok bunga ixora

Tapak Puteri, blok yang depan sekali. 'Ayer Paabas'

'Bearverly Hill' hehe

'Bukit Cina'. Abaikan daun-daun tu, pic nih saya ambil tadi (Tue). Pak Tua sapu campingsite pada hari Khamis. Jadi, campers masuk hari Jumaat, semua sudah bersih dan kemas.

Anak-anak teruna saya dengan Pak Tua. Dari kiri, Pak Tua, Fadly (UPM), Harry (UPM), Acid (UM), Amir (UiTM). Kacak, bijak, warak, lasak, pandai masak dan juga pandai kerja kontrak !

Masa kami sibuk-sibuk bekerja ni, itik liar ni, sibuk juga berenang keliling tasik. Comey mereka ni, ada lebih 10 ekor.

Hensem lah tuh !

Musim Durian

Di Kem tak de pokok durian, tapi kat rumah ada. Bawa ke Kem dan masak bubur kacang durian.

Si- Ika kalau durian, mak mertua lalu pun dia tak nampak !

Posing kat dapur - MB, TJ dan Ika

Seperiuk nasi (periuk nasi yang boleh masak untuk 100 orang makan) bubur durian.

Durian

MB, pakar kopek durian

Tuesday, July 22, 2008

INFO KEM LAMBAIAN DANAU

Solat Berjemaah pertama, Maghrib bersama Tuan Haji Haris, Imam Masjid Kampung Chinchin. SMK Teknik Bukit Katil, Melaka dan SMK Kamarul Arifin, Labis, Johor.









KEM LAMBAIAN DANAU

06-5246066 / 019-3682498

lambaiandanaukem@yahoo.com



Kem Lambaian Danau terletak di Jasin, Melaka. Dengan keluasan 10 ekar, KLD dikelilingi dengan tasik air tawar seluas 105 ekar. Suasana di KLD sejuk, hijau dan berudara segar. Dari KLD, anda dapat melihat pemandangan indah Gunung Ledang.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan semuanya berkonsep dan dekat dengan alam sekitar. Aktiviti dijalankan dengan pengawasan dan jurulatih yang mempunyai sijil kelayakan.







KEMUDAHAN DI KEM LAMBAIAN DANAU



Nama Dewan & Dataran Jumlah Peserta



Dewan Besar Seri Bahagia

800 pax

Anjung Kasih

200 pax

Anjung Tembusu

80 pax

Anjung Kayu

60 pax

Dataran Insan

400 pax

Dataran Gemilang

200 pax

Dataran Seri Bahagia

800 pax





Chalet, Tapak Khemah & Khemah



Tapak Puteri

80 pax

Tapak Putera

500 pax

Tapak Survivor 1

80 pax

Tapak Survivor 2

80 pax

4 men tent (igloo type)

300 nos

Bilik Pandan 1 & 2

2 nos

Bilik Bayu 1 & 2

2 nos

Bilik Rimbun 1 & 2

2 nos





Peralatan PA System di Dewan-Dewan & Dataran



PA System Dewan Besar

PA System Anjung Kasih

PA System Dataran Insan

PA System Dataran Seri Bahagia

LCD Projector di Anjung Kasih & Seri Bahagia



Kemudahan Aktiviti

  1. Kayak (Klinik Kayak, Kayak Race dan Kayak Safari)
  2. Bot (untuk memancing, mengambil gambar dan menikmati alam sekitar tasik)
  3. Rakit (Bina Rakit, Rakit Race, Rakit Marathon, Rakit Safari, Lake Exploration on Raft)
  4. Water Confidence (aktiviti wajib sebelum peserta dibenarkan untuk membuat aktiviti air)
  5. Obstacles-Run-Around-The-Camp
  6. War Game (hanya terdapat di KLD !)
  7. KLD Amazing Race, KLD Explorace, Danau Race ( trekking – treasure hunt etc)
  8. Compass Marching / Orienteering. ( Di Canyon seluas 200 ekar !)
  9. Jungle-Trekking (6 routes)
  10. Hiking / Jalan Lasak ( Ke Gunung Ledang ex Asahan)
  11. Survivor Camp
  12. Layang-Layang
  13. Telematch
  14. Permainan Tradisonal
  15. LDK and Indoor Games
  16. Bird Watching
  17. OTOS (One team, one spirit – great for teambuilding courses !)
  18. Fishing





Thursday, December 06, 2007

ENTRI KHAS UNTUK PROJEK KEM CUTI SEKOLAH

Bagaimana ke KEM LAMBAIAN DANAU ?

Jika anda dari Lebuhraya Utara-Selatan

1. Exit di Tol Tangkak. Terbentang di depan, papantanda ' Selamat Datang ke Tangkak'. Belok kanan.


dan pandu terus ke Bandar Tangkak hingga berjumpa Traffic Light yang pertama.


2. Belok kiri di Traffic Light, Balai Polis Tangkak.


3. Pandu terus hingga ke sempadan Johor- Melaka ( lebih kurang 5 km dari Traffic Light). Anda akan jumpa landmarks ini :

Dataran Tangkak

Mahkamah Majistret Tangkak

4. Pandu terus sehingga anda nampak Papantanda ini :

dan anda juga akan jumpa :

..ini. Selamat Datang ke Negeri Melaka !

Belok kiri bila anda di Simpang Tiga dan jumpa Papantanda-papantanda seperti di bawah : (Ikut arah ke Jasin). Pandu terus.


5. Terus lagi hingga anda berjumpa Balai Polis Chinchin. Disebelah kiri anda.

50 meter dari BP Chinchin, anda akan nampak :

Papantanda KEM LAMBAIAN DANAU

Belok kiri dan pandu ke jalan naik bukit sedikit sebelah SK Chinchin.

Ikut papantanda Kem. (Sebelah kiri anda) dan sebelah kanan anda pula ialah,

Sekolah Kebangsaan Chinchin

6. Pandu terus. Selamat Datang ke KEM LAMBAIAN DANAU !!!


Jika anda orang Melaka, dari bandar Jasin. ( Dari Roundabout depan Balai Polis Jasin ke KLD ialah 8 km)

1. Pandu ikut Jalan ke Tangkak (Jalan Chinchin).
2. Anda akan berjumpa MRSM Jasin. Pandu terus.
3. Terus lagi hingga berjumpa SK Chinchin. Belok kanan.
4. Ikut papantanda KLD
5. Selamat Datang

Jika anda sesat atau punyai sebarang masalah sila telefon kami :

Pak Let 019-3682498
Pejabat KLD 06-5246066

Thursday, February 08, 2007

Apa anda perlu bawa ke Kem ?



  • Keperluan ibadah anda
  • Toiletries dan pakaian basahan untuk mandi di tasik
  • Pakaian sukan – seluar track dan t-shirt
  • Pakaian untuk tidur malam – seluar panjang dan baju berlengan panjang
  • Tutup kepala – cap, topi atau key
  • Kasut sukan atau sandal sukan dan beberapa pasang setokin
  • Selipar untuk ke tandas dan berwudhu’
  • Pakaian untuk pulang
  • Sleeping bag utk keselesaan tidur, jika ada.

Senarai Aktiviti

  • Jungle-Trekking
  • Compass Marching / Orienteering
  • Obstacle-Run-Around-the-Camp
  • Kayak/ Kayak Safari
  • Water Confidence
  • Swimming
  • War Game
  • Fishing
  • Triathlon
  • Mountain Biking
  • Hiking / Jalan Lasak
  • Treasure Hunt
  • Indoor Games
  • Bird Watching
  • Bina Rakit, Rakit Race & Rakit Safari
  • KLD Amazing Race / KLD Explorace
  • Survivor Camp
  • Lake Exploration
  • Telematch
  • Layang-Layang
  • Permainan Tradisonal
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...