Memang saya takleh nak update blog ni ikut masa. Amat sibuk sekarang. Maid lama dah balik Indonesia, menunggu maid baru yang tak kunjung sampai.
Ni cerita Kem Cuti Sekolah. Macam biasa, semua facis excited bila Kem Cuti Sekolah. Dan, bila KCS, kena letak abang-abang dan Kakak Facis yg baik-baik aje jaga adik-adik. Kena letak yang sabar-sabar tahap tinggi !
Semasa sessi pendaftaran KCS kami ada Kolej Matriks Johor. Ni mereka, setelah balik 'berperang'. Dengan kotor bolor berlumpur gitu, ingatkan adik-adik ni takut - rupanya asyiklah tanya, "bila lak kita nak main lumpur ? " oh, amboi !
Makan selepas mendaftar. Kami mmg siapkan minum pagi sebab kadang-kadang anak-anak ni, sebab excited, tak boleh nak bersarapan di rumah.
Aktiviti petang tuh, makanan dalam hutan dan kraf perkhemahan. Abang-abang facis dan Kakak Facis kamu ni, over tau. Siap buat garlic potato in foil utk makanan hutan ! Sebenarnya menu yg ada ialah : Roti Pintal (ala garlic bread dan gula butter), Nasi Masak dalam Kelapa Muda (sedap dan wangi sebab Along guna kelapa pandan, Ubi Kayu Bakar (hangus ,, hehehe) dan Garlic Potato.
Aqilah yg tidur di pangkuan Mama G. Kes Aqilah. Masa Mummy dia bekalkan susu dan botol susu, facis sudah sedikit panik :) Facis biasa mandikan adik-adik, sikatkan rambut, pakaikan baju, gosokkan gigi, tidurkan adik-adik. Cuci Bottom tuh, mereka panggil jer maid - Ina ker Maya ker. Tapi buat susu belum pernah lagi. Tapi Kak Bai dah fokus dah masa Mummy Aqilah ajar cara buat susu. Ok, setel dah isu tu.
Malam, Aqilah sudah nangis-nangis. Mak saudara dia ada, Mira (umur 7 tahun). Kami ramai-ramai pujuk dia. Pastu bila lagi dia nangis tak ingat dunia, kami cuba nak trick dia. Nak tipu kata malam karang Mummy dia datang. TAPI, kami berbicara dalam bahasa Inggeris. Konon, biar dia tak faham. Sekali dia beritahu Pak Let nak telefon Mummy dia. Pak Let bawa dia pergi Office. Kat office, dia cakap kat Mummy dia, in English - "Mummy, please pick me up, I want to go home". Nah kau, patut ler lagi dia dengar kami bincang hal dia, lagi menangis nangis dia. Puas Pak Let pujuk dia dan akhirnya terpaksa juga telefon Puan Leen. Nasib Puan Leen dan keluarga bercuti di A Farmosa Resort, Alor Gajah. Kalau dah balik JB, parah juga. Menunggu kedatangan Puan Leen, Mama G tidurkan dia dulu. Lelap lak atas tilam tebal tuh :)
Ni sessi bersama Encik Kamal. Baju kuning tuh, Yusuf, Ucop kami yang sakit jantung berlubang, yang pernah datang KCS yang lepas. Kini Ucop dah okay dah, tak perlu lagi makan ubat. Dan dia dengan sepenuh hatinya melasak sesuka hati. Yang sebelah Encik Kamal tu, Damia, adik Ucop. Umur 6 tahun.
2 comments:
ingat pula aku time join benda2 macam ni
penuh kegembiraan
pengalaman yang sukar ku tebus dengan apapun
salam ukhwah//////
Nak join KCS leh..available lagi tak? Hehehehe...rasa nak jd bebudak balik
Post a Comment