+++++++++++++++++++++++
Ada orang tu, excited sangat junior dia nak datang !
Pak Let lah tu, dia dulu sekolah di SMSJ. Laaaaamaaaaaaaa dulu ! hehe
SMSJ sampai awal pagi, sebab mereka datang bergilir-gilir naik bas yang satu. Nama Program mereka ialah, Kursus Kepimpinan Patriotisme Pengawas Sessi 2007/2008. Tengok nih, banner mereka yang lawa dan glamer.
Hari Pertama
Ice Breaking. Tema kali ni, nama bandar yang menggunakan nama binatang. Gua Musang, Kuching, Bukit Pelanduk, Sungai Siput, Alor Gajah dan Tanjung Sepat. Ice Breaking dibuat waktu petang sebab malam ada Ceramah oleh Penceramah Jemputan SMSJ. Selepas Ice Breaking, buat Water Confidence.
Lewat malam, Night Walk !
Biasalah, jerit, raung dan lari lintang-pukang :) Selamat Malam !
Hari Kedua
Selepas solat Suboh, Morning Exercise dengan Pak Let - Zapin Ayam.
Selepas sarapan pagi, Danau Race.
Danau Race sekolah menengah taklah semencabar Danau Race utk pelajar Universiti, tapi SMSJ buat dengan baik. Hampir sebaik SM Aminudin Baki, KL yang pegang rekod Kem bagi Kategori sekolah menengah.
Lepas makan dan solat, Bina Rakit, Rakit Race dan Rakin Sprint.
Malam, makan malam BBQ yang best dan ceramah oleh YM Dr. Tengku Azam.
Selamat Malam !
Hari Ketiga
Solat, senampagi dan sarapan.
WarGame
Abang Cicha kata, kamu terlalu 'excited' hingga habis tali botol tuh pun putus. Nasib baik pokok tak tercabut.
++++++++
Dari Mama G :
My dears, thanks so much for the wish ! terperanjat tau orang tua ni :) a very nice surprise. hehe.
Pesan dari Pak Let - jangan lupa work as a team, be creative in your thinking, berbudi bahasa dan jangan lupa moto kem - semoga anda menjadi insan baru yang tabah mindanya, hebat fizikalnya dan mulia pekertinya. Sepandai mana dan sehebat mana pun jika tidak tahu berbudi bahasa dan sombong tak kena pada tempatnya, tidak berguna.
Jumpa lagi dan sayang selalu dari mama
xoxo
Mama G
No comments:
Post a Comment