Kem Bina Insan ialah nama kami bagi untuk Program Pemulihan Disiplin. Pesertanya pelajar-pelajar sekolah menengah yang 'hardcore'. Ni kira yang nakalnya tak tersebut.
Buat untuk 2 group. Satu sekolah dari KL dan satu lagi sebuah sekolah dari negeri Johor. Sekolah bandar dan sekolah kampung.
Nakalnya berbagai.
Sekolah Bandar : salah laku negatif seperti penagihan dadah, pergaulan bebas, seks rambang ( lebih separuh dari mereka pernah berzina), mencuri, pecah kereta, pukul orang, ponteng sekolah, merokok (semua orang hisap rokok) dll.
Sekolah Kampung : salah laku negatif seperti penagihan rokok, curi motorsikal, merempit, balik lambat main snooker, curi kelapa sawit dan banyak kegiatan mencuri lain.
Paling menakutkan, mereka tidak sedar apa yang mereka lakukan adalah dosa besar. Dari kaunseling kumpulan kecil yang dibuat, bagi mereka, 'berzina tidak apa', sebab sama-sama rela. Merokok juga tidak apa sebab 'cool'. Dan mudah sahaja untuk cari duit - 'pow' orang atau pecah kereta.
++++++++++
Setiap group kami buat program 3 hari 2 malam. Untuk kumpulan macam ni, maksimum peserta ialah 80 orang. Aktivitinya macam-macam dan paling penting ialah kaunseling kumpulan kecil yang dibahagikan mengikut masalah.
++++++++++
Dari Mama G :
Saya sedih tengok anak-anak ini. Nak salahkan ibubapa, mereka terpaksa keluar bekerja untuk mencari wang menampung kehidupan. Kalau seorang bekerja mana cukup nak sekolahkan anak, nak bagi anak makan, nak bayar sewa rumah.
Tengok mereka makan, takut dibuatnya. Setiap hari Ina, pembantu dapur masak nasi untuk 100 orang walaupun mereka hanya 40 orang. Masih teringat pada Amin yang minta pada saya, " Mama, masaklah sambal ayam." Walaupun saya geram tahap nak debik-debik budak ni, tapi saya masakkan juga. Dia ni dah masuk kategori jahat dah. Mula berzina pada umur 11 tahun. Tercekik saya dibuatnya bila dengar.
Kami pungut rokok 2 plastik penuh ! Seorang bawa paling kurang sekotak. Ada yang bawa hingga 5 kotak !
1 comment:
hardcore tahap tinggi dorg neyh....tahniah penganjur!
Post a Comment