HARI PERTAMA. SELASA, 29/5/2007
MASA | AKTIVITI | |
10.00 pagi – 12 tengahari | Pendaftaran di Anjung Kelana, KLD. Jamuan ringan untuk peserta dan ibubapa. Ucapkan Selamat Jalan Kepada IbuBapa. | |
12.00 tengahari | Taklimat Program. | |
12.30 tengahari | Makan Tengahari | |
1.30 tengahari | Solat Zohor Berjemaah. | |
2.00 petang | Dirikan khemah. | |
2.30 petang | Aktiviti 1. Ice Breaking. | |
4.00 petang | Minum Petang. Solat Asar Berjemaah. | |
4.30 petang | Aktiviti 2. Obstacles-Run-Around-The-Camp N Water Confidence | |
6.00 petang | Bersihkan diri. | |
6.45 petang | Makan Malam. | |
7.15 malam | Solat Maghrib. Kuliyah Maghrib dengan Pak Imam, Ustaz Muhammad. Solat Isya’ berjemaah | |
8.45 malam | Aktiviti 3. Study Skill oleh Penceramah Jemputan. | |
11.00 malam | Minum Malam | |
| Aktiviti 4. Night Stroll (Jalan Malam, beramai-ramai) | |
12.00 malam | Selamat Malam |
Untuk yang datang dari KL, anda bolehlah menempah pengangkutan dengan kami. Harganya saya akan beritahu 2-3 hari lagi. Kami sedang berbincang untuk mendapatkan harga yang terbaik.
Yang dari tempat lain, jika anda turun di Bus Stand Tangkak atau Jasin, kami boleh tolong ambil anda di kedua tempat ini.
Tetapi kami amat menggalakkan ibubapa sendiri yang menghantar anak-anak.
Seperti di Tentative Program, masa untuk pendaftaran ialah dari pukul 10 pagi hingga 12 tengahari. Nak datang awal pun okay, sebab kami biasanya sudah bersedia dari pukul 8 pagi. Tidak perlu berhenti untuk sarapan kerana kami akan menyiapkan ' Jamuan Selamat Datang' untuk peserta dan ibubapa.
Anak-anak perlu mendaftar sendiri. Ibubapa mestilah menyediakan satu envelope berisi
Salinan Fotostat Surat Beranak Anak untuk pihak Insuran. Semasa pendaftaran peserta akan diberikan satu Fail, Alatan Menulis dan T-Shirt Kem Cuti Sekolah.
Sebaik pukul 12 tengahari, anak-anak akan mengucapkan Selamat Jalan kepada Ibu dan Ayah dan Program Kem Cuti Sekolah akan bermula :) Kita akan bermula dengan Taklimat Program. Makan Tengahari di Anjung Kasih. Cara buffet. Parents, tidak perlu bekalkan anak-anak makanan ye, kat sini makanan banyak.
Siap makan tengahari, siapkan diri pula untuk Solat Zohor. Di KLD, setiap waktu solat, diwajibkan berjemaah di surau.
Lepas tu, mendirikan khemah. Siap semua khemah, masa untuk Ice Breaking. Kenal-kenal dengan Abang-abang dan Kakak-kakak Faci dan bermesra dengan kawan-kawan baru.
Minum petang dan solat Asar.
Bermula aktiviti 'outdoor'. Water Confidence dan Obstacles-Run-Around-The-Camp.
Malam. Lepas Solat Maghrib, ada Kuliyah Maghrib sehingga masuk waktu Isya'.
Lepas Solat Isya, Study Skill. Belajar cara 'belajar' yang betul. Peta minda. Ada slide shows, video presentations dan LDK.
Minum malam dan selepas tu, pergi Jalan Malam. Boleh belajar tengok arah kiblat dari buruj di langit, ye dik !
1 comment:
Salam Mush .. eleh rindu jer, tp takmo singgah pun ...
mush, download borang kat sini : http://holidaycamp.blogspot.com/
pastu fax atau emel kat akak. asap.
jumpe lah nnt kalau mush dtg hantar adik :)
kak g
Post a Comment