Menerima 400 orang peserta. Kumpulan paling ramai pernah kami kendalikan secara pakej. Dulu ada JIM yang ramai juga, tetapi mereka cuma ambil program tertentu sahaja.
Persediaan awal telah lama dibuat - buka Tapak Baru di Tapak Survivor. Tiada lagi Tapak Survivor dalam Hutan KLD. Tapak Survivor sekarang sudah berpindah ke tanah KLD, depan pagar besar.
+++++++
KMNS sampai selepas pukul 5 petang. Alhamdulillah, cuaca baik dan walaupun langit mendung - hujan tak turun ! Facis-facis menjaga trafik depan Kem. Mana kereta pensyarah-pensyarah dan pegawai-pegawai boleh parkir dan mana 10 biji bas nak turunkan peserta dan parkir. Sibuk !
Taklimat, undang-undang Kem dan pasang khemah.
Malam, Ice Breaking. Kami dah bagi tema kepada pegawai-pegawai KMNS. "Jenis-jenis penyakit". Anak-anak KMNS dengan nama kumpulan dan berbagai penyakit dalam bahasa scientific yang tak tersebut oleh kami ! Maka, PakLet dengan bantuan Kucai telah mengalihbahasakan penyakit-penyakit tersebut kepada Bahasa Melayu !
Selesai Ice Breaking - Night Walk dan Selamat Malam !
+++++++
Hari Sabtu.
Amazing Race, Obstacles Run dan Water Confidence. Pecah-pecahkan dan semua peserta buat aktiviti-aktiviti tersebut bergilir-gilir.
Malam pula buat Malam Persembahan. Ada yang best, ada yang boring. Lepas tu ada sessi ' Lemak Manis'. Facis hantar wakil, Abang Zul Husni. Entah sampai pukul berapalah 'Berlemak Manis' tuh ! Mama tidur dulu :)
Hari Ahad
Morning Exercise dengan Abang Kucai. Leftenan Muda Kucai kalau buat exercise ala-ala armylah jadinya. Buat taichi dan yoga gak -style Kucai !
Lepas sarapan, 'War Game'. Oleh sebab ramai, berperang di dua tempat. Perang Lelaki dan Perang Perempuan.
Balik ke Kem dan mandi-manda. Bersihkan diri dan bersihkan khemah.
Makan Tengahari.
Semoga Berjumpa lagi KMNS.
Kena denda. Sebab bangun lambat. Kena cium semua bas yang ada. Kena pastikan ada tanda bibir kat bas-bas tuh. Nasib baik tokeh bas tak tinggalkan semua 10 bas. Kalau tidak jenuhlah korang mencium !
Taichi dengan Abang Kucai
Ni pula tengok beryoga
Malam ada Malam Persembahan.
+++++++
"Andai kata kami jalan semua, taburlah bunga di atas jalan ......"
Sedang dengar penerangan dari Abang Wan dan Abang Iwan.
Sedang berperang
Serangggggggggggggggggggg .........
No comments:
Post a Comment