Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!
Showing posts with label KMNS. Show all posts
Showing posts with label KMNS. Show all posts

Monday, April 07, 2008

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan 2

Kalau Matriks NS 1, program berjalan lancar, yang KMNS 2 ni, asyiklah kena marah.

Sian, saya tengokkan. Aktiviti berjalan, tapi tidak dibuat dengan bersungguh-sungguh seperti KMNS 1.

Oklah, biar gambar menceritakan :

Malam Ice Breaking.
" Sedamai taman firdausi
Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani ....."

The girls :)
Indahnya damainya
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan sayang

Blind Walk yang 'fail' . Ketua yang tidak bertutup mata, gagal memberi petunjuk jalan kepada anak buah. Anak buah yang dengar arahan pula, tidak beritahu pada kawan-kawan lain. Akhirnya berjalanlah beramai-ramai berpenat lelah sekeliling Canyon yang amat luas tu ! Semua penat, termasuklah Kem Kom dan fasi-fasi dan juga Makcik Tukang Masak nih :)

Nyanyi lagu Kolej dengan penuh semangat

Taklimat Aktiviti

Siapa yang menang ? Yang menang, pergi dahulu :)

Diam jer ? bagilah sokongan kat kawan-kawan yang tengah paddle tuh !

Tubing Race

++++++++++++++++++++++++++++++

p.s. Anak-anak Matriks yang disayangi semuanya, selamat menjalani demam peperiksaan akhir ! Semoga berjaya dengan cemerlang :)

Tuesday, February 19, 2008

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

Februari 1 hingga 3.

Kumpulan paling best ! Walaupun ramai, tapi tak terasa penat dan rasa 'happy' sahaja bersama mereka. Dari saat mereka sampai sehinggalah melambai mereka di atas bas, mereka buat kerja kami senang sangat :)

Tema minggu ini ialah jenama kasut (really, kami dah hampir kehabisan idea pasal tema kumpulan. Tak nak recycle idea sebab nanti susah nak ingat peserta). Kasut Asadi, Kronos, Adidas (pastu ditambah jawa), Nike (tambah siam), Bata, Cap Ayam, Penguin, Fung Keong, Warrior ... alamak, lagi 2 apa ek ?

Cheers yang bagus-bagus sehingga susah nak pilih pemenang. Lagu kumpulan pun bagus-bagus juga. Paling saya suka tentulah Lagu Kronos .. kami Kronos.. kami Kronos ... kami Kroooonoooosss .... Cheers paling saya suka cheers Asadi yang part arigato, arigato, hait .. hait .. hait .. Comel tau !

Tepati masa, rajin, bertanggungjawab semuanya. Next week dah study week, kan ? Good Luck semuanya, semoga semuanya dapat result bagus-bagus dan dapat course idaman di Universiti kelak.

Selamat Datang, KMNS ! Fasi-fasi menjemput masuk peserta-peserta. Mereka datang dengan 10 buah bas.

Mendirikan khemah di Tapak Puteri

Khemah Puteri bewarna merah telah siap di pasang.

Malam Ice Breaking

Kumpulan Asadi dengan Cheers mereka

Taklimat Aktiviti Sebelum Danau Race

Tubing Race to get 'message in the bottle'

Pemandangan Gunung Ledang semasa Aktiviti Danau Race sedang dijalankan

Abang-abang Fasi menjaga keselamatan adik-adik peserta semasa aktiviti

Baca check-point betul-betul dan hafal 'password' Tak boleh tulis password, tau !

Panjat Bukit Tuah

Menunggu giliran untuk redah Paya Selut

Tepukan abang-abang fasi untuk kumpulan yang menang !

Water Confidence. Sebelum dibenarkan masuk ke tasik, mesti tahu cara memakai BA dengan betul. Abang Cicha sedang beri penerangan.

Abang Asri mengajar cara untuk mengapungkan diri dengan betul

Dah pandai mengapungkan diri :)

Ni kira dah pass nih, dah boleh buat formasi dalam air !

Aktiviti Obstacles Run. Meredah hutan paku resam dan periuk kera untuk ke Lake Crossing

Di Pilot Splash.

Posing sebelum naik bas balik ke Kolej

Bersalam dengan Abang-abang Fasi sebelum pulang ke Kolej

Dengan perempuan, abang-abang senyum jer :)

Bersih, lawa dan kacak semula untuk balik Kolej ! Semoga Program ini menjadi Kenangan Terindah dalam hidup adik-adik


Kenangan bersama kawan-kawan dan Abang Faiq

Wednesday, September 05, 2007

KMNS - Latihan Pusat Untuk KAKOM

Sila Klik pada gambar untuk lihat saiz besar

Keputusannya !

Dup dap dup
Dup dap dup
Jantung Berbunyi
Dup dap dup
Dup dap dup
Jantung Berbunyi
Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si-kucing belang
Tengok kami korang dah lari
Macam mana korang nak menang ...

Tahun lepas, kami handle Latihan Pusat KAKOM untuk Melaka, tahun ni pulak untuk Negeri Sembilan. KAKOM adalah Kejohanan Sukan antara Kolej-Kolej Matrikulasi.

Semasa mereka sampai dan sepanjang malam tu, agak risau sebab peserta-peserta macam tak bersemangat. Kami semua sekali ke Canyon, buat 'bonfire' kat sana dan ramai-ramai, 'brainstroming' untuk cari idea nak buat 'cheers' dan lagu tema. Berembun hingga pukul 3 pagi, barulah dapat idea dan semangat. Malam tu, beberapa Fasi dan Don tak tidur sehingga Suboh, untuk cantikkan 'cheers dan lagu'.

By morning, semua dah siap dan lepas morning exercise, practise sampai smeuanya perfect. Bukan senang nak perfect, tapi sebab semua orang cooperate, semuanya tak jadi masalah.


Morning Exercise. Nyanyi lagu Kolej

Ni cheers untuk indoor game

Lead by these guys

The Girls

Main Rakit gak !

Yang main rakit, main rakit, Yang main kayak, main kayak.

Sampai juga ke daratan akhirnya !


Kenalah 'cool down' lepas all the hard work. Dahlah tak tidur malam sebelumnya.

Geng Dapur bakar ikan

Dan bakar ayam juga !

Ni hari last. Ramai-ramai buat cheers

Comel jer, kan ?

All the lecturers joined in

Pengarah, Tuan Haji dan Ketua Jabatan pun joined sama. Camnilah, one team, one spirit !

Lecturer sudah naik shiekh atas buat cheers. hehe

Last kopek punya makan before balik Pilah

Bukak khemah

Posing di Tapak Puteri selepas bukak khemah

Selamat Berjaya, guys !

Yang abang-abang ni kalau boleh, nak ikut sama gi KAKOM tuh !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...