Klik sini untuk tengok CD PROMO KEM LAMBAIAN DANAU
++++++++++++
Bermula dari 17 hingga 19 Disember 2006. Ahad hingga Selasa. Kami buat bermula hari Ahad, supaya senang ibubapa nak menghantar anak.
Hari Sabtu, saya dan suami, anak-anak - Along dan Nadzrin dah berada di Kem. Fasi - Syafiq, Fikry, Wan dan Faiq pun ada. Kami menyiapkan semua yang berkenaan dengan Program.
Hari Pertama - Ahad, 17 Disember 2006
Saya dan Syafiq di dapur menyiapkan Mihun Goreng. Walaupun dalam pakej tiada sebut sarapan pagi, tapi takkan nak biarkan anak-anak tunggu makan tengahari baru nak makan. Toyak hantar Kuih Bakar. Fasi-fasi lain menyapu dan mengemas Anjung-Anjung.
9.30 pagi. Kumpulan dari KL sampai. Penuh satu van peserta. Mereka ditemani oleh Abang Fasi, Abang Iwan. Aunie Zu dan Uncle Sham pun sampai serentak. Juga penuh kereta dengan peserta. Auntie Zu dah siapkan air mineral dan buns untuk bekalan makan dalam van dan kereta. Thanks, Zu !
Baris 2 : Ain, HaziqKL, Amirul, Hafiz, Lan.
Baris 3 : Abang Iwan, Hurairah Rambut Maintain, Firdaus, Aunty Zu
Sebelum mendaftar, bagi makan dulu !
Mereka mendaftar dan Abang WanUPM dan Abang Iwan bawa semua ke Anjung. 'Main-main' dulu sementara menunggu kawan-kawan lain sampai. Abang-abang bersusah-payah nak bagi semua seronok dan suka. Sebabnya, masa ni kebanyakkan nya - 'muka seposen'. Muka nak nangis ! Haziq Selekom pun masa ni baik sahaja, diam sahaja :)
Seorang demi seorang sampai - dari Batu Pahat, dari KL, dari Muar dan orang-orang Melaka.
+++++++++
Urusan mendaftar berjalan lancar. Kami pastikan peserta sendiri yang mendaftar. Beritahu ibubapa, 'peserta' yang mendaftar, ibubapa boleh jalan-jalan tengok Kem. Faiq dan Fikry jadi guide, tunjuk Kem kat Ibubapa.
Peserta mendaftar sendiri. Biar mereka berpengalaman mendaftar. Macam-macam hal, terjadi. Gelak jer kitorang. Asal boleh jer, budak-budak ni tau ! Walaupun program ni untuk yang berumur 10 tahun hingga 17 tahun. Kami mendapat juga peserta 'bawah umur'. Qistina Balqis berumur 6 tahun. Ingatkan nak temankan abang sahaja, tapi dia juga jadi peserta. Dia hebat, semua aktiviti dia buat ! Dia adalah antara peserta yang terbaik. Ada yang menangis, mengigil takut nak nak buat 'Water Confidence'. Qis selamba jer, terjun !
+++++++++
Bila dah dapat fail, pen, brochure dan jadual aktiviti, semua mula membaca. Mula berkawan-kawan. Dah mula dengar suara Haziq Selekom :)
Siap urusan pendaftaran, Program dimulakan dengan Bacaan Doa oleh Abang Fikry.
Lepas tu, pasang khemah. Satu khemah untuk 3 orang peserta. Siap khemah, mula nak bergolek-golek dalam khemah.
Tiupan wisel untuk Makan Tengahari. Sebelum makan, abang-abang ajar adik-adik cara makan. Baca Doa dan Menjemput Makan. Kat rumah nanti, buat macam ni tau.
Lepas makan, solat Zohor berjemaah. Lepas Solat, Abang WanUPM bagi sedikit Tazkirah kat adik-adik.
+++++++++
Ice Breaking.
PakLet : Apa dia Ice Breaking ?
Eaimman : Pecahkan ais. Kita kena pakai hammer, yer ?
Ish, dia orang ingat, main pecah-pecah ais. Dah umur macam ni, ingat nak maaaaiiiinnnnnnn jer !
Ada pilihanraya memilih Tok Batin dan Mak Dara. Bakal-bakal pemimpin ni berkempen meminta pengundi-pengundi memilih mereka. Akhirnya Tok Batin ialah Firdaus dan Mak Dara pula, Mardhiah.
Mereka memilih nama kumpulan dan ketua kumpulan. Tema minggu ini - Ubat-ubatan. Antibiotik, Gamat, Koyok dan Minyak Cap Kapak.
Sudah berkawan-kawan semuanya. 'Ais, sudah pecah !'
+++++++++
Minum petang, solat Asar. Hujan turun !
Nak buat senaman sebelum aktiviti kat Dataran tak boleh. Last-last buat senamrobik di Anjung. Semua suka sebab Abang Faiq ajar ikut Lagu Pop-Yeh-Yeh. Korang joget ker, korang aerobic ?
Obstacles Run Around The Camp. Ni aktiviti lasak pertama untuk Kumpulan ni. Risau juga mula-mula. Tapi Qis yang kecil pun selamba jer 'slide down' turun tasik. Facis menjaga rapi adik-adik. Perlu hulur tangan, hulur tangan. Perlu dukung, dukung :)
Tapi dia orang enjoy. Semua orang buat semua halangan. Uncle Sham demo untuk Pilot Splash. Ingatkan budak-budak ni takut, tapi dia orang suka ! Air kat Pilot Splash naik hingga lebih 3 kaki. Uncle Sham, Along, Abang Cicha dan Abang Syafiq menyambut kat bawah.
to be continued ...
No comments:
Post a Comment