Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!
Showing posts with label UTEM. Show all posts
Showing posts with label UTEM. Show all posts

Tuesday, January 22, 2008

Teambuilding Fakulti Kejuteraan Elektrik, UTEM

Saya kagum dengan Dekan Fakulti Kejuteraan Elektrik, UTEM. Prof Zainal sejak hari pertama telah bersama-sama dengan keluarga Fakulti Kejuteraan Elektrik tidur, makan dan menjalani program bersama-sama. Makan dalam pinggan plastik ungu kami yang femes tuh, makan bersila atas lantai, tidur dalam khemah dan mandi tepi tasik ! At the age of 60 ! Hebat, sungguh !


Semasa Ice Breaking, tulis nama atas kain untuk buat headband.

Kat KLD, takde pakai tag nama der, macam ni senang, satu kilometer dah nampak nama !

Tengah bincang buat cheers Fakulti

Sedamai taman firdausi
Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani
Indahnya damainya
Keluarga yang bahagia

Senam cara silat. Prof Md. Nor menerangkan pada saya, betapa hebatnya seni silat !

OTOS - one team, one spirit. Berbincang bagaimana mahu bergerak dalam satu kumpulan untuk mencapai satu matlamat !

So, formasinya begini ?

Training dulu !

Makan Time - Baked fish, sausage, burger, salads, lamb chops, ayam ....

Program Encik Kamal - bagaimana anda bekerja ? Dengan belon jer, Encik Kamal tahu carakerja kita .. hehe


Perwira Fakulti bersiap untuk berjuang !

Seranggggggggg !!!!

Where is the General ?

Keluarga bahagia Fakulti Kejuteraan Elektrik, UTEM

Bergambar ramai, tapi tak semua ada dalam gambar !

Tuesday, July 26, 2005

Kolej-Kolej Universiti

Hujung minggu bersama dengan dua buah Kolej Universiti. Kolej Universiti Tun Hussein Onn, Batu Pahat dan Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan, Melaka.

KUITHO ada 90 peserta dan KUTKM pula datang dengan 120 peserta. Programnya ada kami buat, ada mereka buat sendiri. Program training the trainers. Seniors trained juniors. (eh, iyer ker ?)



Image hosted by TinyPic.com
:: Basri, mountain biking di Canyon ::


Aktiviti-aktiviti biasa sahaja - night walk, water confidence, rafting dan war game.

Oleh sebab senior-senior yang handle program untuk maka senang lah sikit kerja fasi-fasi. Aktiviti pun yang senang-senang. Kalau obtacles run atau amazing race tuh, letih jugaklah fasi berlari. Ini rakit, memantau dari kayak sahaja.

Lagipun menjaga pelajar universiti, tentulah lebih mudah dari menjaga pelajar sekolah menengah dan tentulah sahaja 'kacang' kalau dibanding dengan menjaga adik-adik sekolah rendah.

++++++++++++++

Fasi bertugas minggu ni : Asyraf, Cica, Toyak, Azlie, Madas, Tompel, MatGer, Acoi, Adi dan Dida.

Lama Tompel tak bertugas. Cuti semester dulu, dia bekerja di Batu Caves, kerja dengan kontraktor eletrik. Dia macam biasa lah, perlu dingatkan dari masa ke se masa bahawa dia adalah pelajar Sain Pengajian Islam. Dia selalu terlupa, ingatkan dirinya itu pelajar Sains Sosial. Statement ni fasi-fasi Kem sahaja yang faham :)

Madas macam biasa, dengan muka garang dia tu. Azlie rambut dah jadi rambut Mawi :)

Acoi budak Sains Sukan, Uitm. Tp dia kerja dapur dulu :) Biasalah tu :)

Dida si-Ayang Dapur berkejar dari Uitm, Arau ke Kem. Syam dan Toyak jemput dia di Plaza Tol Tangkak, pukul 5.30 pagi. Nasib dia kenal mana Exit Tangkak. Kalau tersilap, tah kat manalah nak mencari dia. Dida dah grad dah, Diploma in Civil Engineering. Tengah buat preparation nak convo. Huh, budak dean's list ! Tengah tunggu nak sambung ke degree program.



Image hosted by TinyPic.com
:: Memel dan Sarah, lumba terjun di Jeti ::


Minggu ni Mak Toyak buat kenduri arwah. Lepas Maghrib, hari Sabtu (grup handle program sendiri) pergi makan kenduri. Tengah musim kenduri arwah kat kampung. Minggu lepas rumah MatSah, rumah Mak Cica.

++++++++++++++

Hari ni kena buat balik semua kerja-kerja yang hilang minggu lepas. Geramnya !



Image hosted by TinyPic.com
:: Arif Spyz, mat cool yang baru berani floating seorang diri. ::


Image hosted by TinyPic.com
:: Bina dan Memel, comel ! ::

:: Semua imej dalam entri ini oleh TokRimau. Thanks, Tok !!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...