Bila Reni, Erma, Boy, Epol dan sepupu-sepupunya datang bertandang ke Kem pada tahun 2006 dulu untuk recce Kem, kami dah tahu - kumpulan ni pasti seronok untuk dikendalikan. Mereka sangat rapat, bergurau senda, kutuk mengutuk - sungguh sangatlah apsere ! Leh masuk pala kita nih, Kucai komen masa tu. Kucai yang bawa mereka tengok site aktiviti dan kemudahan Kem.
Memang tak sabar nak buat Program untuk mereka.Masa bulan 5 & 6 tuh, kumpulan yang buat Program masuk tak henti-henti. Tengahari ada orang keluar, petang masuk lagi kumpulan lain. Sibuk betul kami bekerja. Bak kata Kudin, "kita ni bekerja bagaikan ada anak 11 nak diberi makan". Serius, membanting tulang siang dan malam. Er, malam taklah membanting tulang sangat. Setakat kibas-kibas tangan jadi hantu sahaja.
Bila Keluarga Hajah Habsah masuk, kami seronok sangat. Pengendalian untuk kumpulan ni pun lain dari biasa. Selalu, kalau peserta masuk, mereka jadi anak Pak Let dan Mama G dan jadi adik-adik pada Abang-abang Fasi. Ertikata lain, mereka jadi keluarga kami. Tapi kali ni, kami pulak yang jadi keluarga Hajah Habsah.
Kami panggil Hajah Habsah, 'Nenek'. Kami ada Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Teh, Mak Teh, Pak Itam, Auntie dan ramai lagilah. Mereka anggap kami macam keluarga mereka. Baiknya mereka ! Sehingga hari ni, masih terkenang-kenang Nenek. Nenek, bila nak datang lagi jumpa kami ?
Tak sedar, sekejap sangat masa berlalu. Terimakasih, Keluarga Hajah Habsah kerana sudi bersama kami dan menganggap kami macam keluarga sendiri. Terima kasih banyak-banyak juga sebab belikan kami Towel baru tuh. Dah bawak pergi Taman Negara, dan sekarang pakai kat Kolej pulak.
Jumpa lagi ye, Nek !
Balik dari Danau Race. Semua kotor-bolor dan penat lelah kena 'ambushed' dalam Hutan Gelam.
Penjaga Kubur yang tetap dan berpencen, Abang Blue (pakai spec) sedang menjaga 'musuh-musuh' yang gugur dimedan perjuangan.
1 comment:
mmg best giler... kalo nak compared family day yg sblm2 ni, ni yg btl2 happening walaupun ada 4, 5 family yg tak attend. kekdg sepupu2 yg kecik2 tu slalu nyanyi lagu lemak manis, siap tiru style pak let lagi.... kepada team KLD, timakasih byk2... senang2 keep in touch la ngan ktorg ni... nenek sihat2 jer...
Post a Comment