Patutnya nak cerita pasal MaxiCall. Tapi I'm not sure, nak explain macam mana. Karang tersilap, rosak pulak otak budak-budak ! So, yang datang untuk Summer Camp tuh, nanti boleh experience yer !
Ianya pasal otak yang boleh di'folder-folder'kan. Zaman dulu, masa Mama sekolah, kalau belajar sambil dengar muzik, Mak marah. Zaman sekarang, belajar, dengar muzik dan tangan sambil-sambil tuh buat peta minda ! Barulah otak kiri dan otak kanan jalan serentak :) Semakin lama, semakin banyak cara untuk memandaikan manusia.
Consultant KLD pun dah sabar nak mengajar adik-adik peserta Summer Camp nanti. Tunggulah wahai Tuan Hasyim :)
Encik Nordin dah kena. Dia, kawan Pak Let. Biasanya dia dibayar beribu-ribu untuk memberi kursus. Di KLD, bukan sahaja dia memberikan diskaun yang banyak untuk Kem sahabatnya tapi mengajar anak-anak comel yang berpyjama sahaja ! Punyalah dia gelak, kali pertama dahulu :) Dia biasa memberi kursus kepada pegawai-pegawai korporat bertali leher, berkot sakan - tetiba di KLD .... hehe ... budak-budak kecik pakai pyjama ! Nasiblah Din, sapa soh kawan ngan kita orang :)
Well, memang tak sabar menunggu Summer Camp. Bukan sahaja Mama G dan Pak Let sibuk mengatur itu-ini untuk anda, abang-abang Faci pun dah sediakan banyak plan. Abang Zul dengan aerobic Watimang Landak dan Itik Gembo-gembonya. Along dengan ponco-ponco .. dan banyak lagilah.
Di Lambaian Senja. Tiga sahabat yang berkawan baik sejak Tadika - Along, Kerry dan Firdaus. Berpisah di alam Universiti. Along dan Firdaus ke Uitm bersama Fathi dan Kerry ke Kolej Matrik Kedah. Mama will miss u, 'budak-budak kecik' Kem ! Sepanjang 'percutian tunggu result SPM', mereka berempat sentiasa sahaja menghabiskan masa di Kem.
No comments:
Post a Comment